Kisah Hidup Ini

Assalamualaikum dan terima kasih kepada admin jikalau coretan ini disiarkan.

First and foremost, umurku 17 tahun ambil aliran sains dan bakal menduduki exam bulan 11 insyaaAllah. Aku anak bongsu daripada empat orang beradik. Aku seorang yang out spoken dan kalau bercakap tiada erti mengalah dalam kamus hidup (few aspect i guess?)

Cerita ni sebenarnya relate tentang ayahku sendiri. Beliau seorang penganggur, bukan apa dah setengah abad dan tidak bekerja. Dulu ayah bekerja sebagai seorang arkitek guys, ARKITEK.

Bunyinya gah, poketnya akan kelihatan seperti penuh dan gaya seharusnya ada. Tapi itu pandangan masyarakat konvensional yang sentiasa memandang pekerjaan profesional sebagai suatu pekerjaan yang peroleh gaji tinggi.

Ayah seorang yang amat penjimat dan boleh dikelaskan sebagai cheapskate atau skinflint. Dari kecil lagi ayah akan ajar untuk berjimat daripada segi penggunaan elektrik, duit dan peralatan supaya duit tak dihabiskan dengan perkara sia2.

Gajinya dulu mencecah belasan ribu, aku tau pun sebab ayah pernah cakap pada ku seorang sebab suruh belajar pandai

Ayah belajar oversea di Australia, U di Tasmania course architechture dan tawaran JPA pada zaman Tun M. Dulu ayah belajar sek sains, aku belajar sekolah biasa sama seperti semua adik beradik ku.

Ditakdirkan Tuhan tiada satu pun masuk U seperti yang dikatakan ayah. Aku pun dirasakan tiada harapan, WTH aku baru f4 masa tu.

Akulah harapan keluarga kerana yang bongsu, meski kakak ku belajar di ipts tetap tak diklasifikasikan oleh ayah sendiri sebagai tidak belajar di U sepertinya kerana ‘swasta’. Semua anak tak masuk U semua salah mak aku kerana guru tak reti mendidik.

Sejujur-jujurnya aku tak pernah berbangga dengan pekerjaan ayah. Kalau kawan tanya pekerjaan, aku kalau boleh sembunyikan sebab malu tapi sekarang tak, bantai je cakap kerja sendiri meski itu dusta.

Kami sekeluarga selalu jadi bahan ayah melampiaskan amarah. Amat sedih untuk aku kenang yang perkataan carutan banyak aku belajar daripada ayah sendiri sebelum aku tahu membaca.

B*stard semua tu perkataan biasa, ayah beragama orangnya solat tak tinggal tapi cuma environment kerja yang gila buat ayah aku jadi mcm tu.

Actually ayah aku ni narcisist berdasarkan apa yang aku baca sebelum ni. Ibu lah yang menjadi mangsa, nak nak dah pencen dan sentiasa di rumah.

Ayah berhenti kerja sebab stress kata ibu, aku sebagai anak sedih meski gaji ibu dapat menampung. After berhenti, tak pernah bekerja semula.

Walau hidup aku sebenarnya sikit pun tak berubah. Alhamdulillah. So mak aku kena bayar itu ini. Sekarang aku pakai braces dengan duit pencen ibuku, Huarhhhhhhhhhh rasa macam anak derhaka dah la minta swasta pula.

Aku selalu sakit hati dengan sikap narcisist ayah dan dulu rasa nk commite suicide sebab frust dengan hidup. Nauzubillah. Tapi dapat dibendung kerana rezeki ada ibu yang penyayang gila nak mati dan sentiasa mendengar.

Kalau tak tau narcisist tolonglah search, sikap orang macam ni buat aku rasa takut nak kahwin dan berkawan dgn lelaki meski aku bukan pemalu.

Malas nak cerita lebih2 walau dah lebih. Doakan sekiranya ayah aku terkena buatan orang, sedarkan kami dan doakan ayah aku. Plus doakan kejayaan aku dapat biasiswa dan straight A+ untuk trial dan SPM.

Thanks semua walaupun coretan ni membosankan.

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *