Kisah Hidupku Bekerja Selepas Tamat SPM

Mengimbau kembali cerita aku 40 tahun yang lalu.

Sekarang umurku dah masuk 58. Walaupun tidak berpelajaran tinggi tapi aku cuba sedaya upaya untuk membalas jasa kedua orang tuaku yang hidup di dalam serba serbi kekurangan pada ketika itu.

Awal2 aku nak bagitau, penulisan aku ni agak tunggang langgang. Apa yang aku terlintas, baru la aku tulis. Maklumlah dah hampir nak jadi warga emas beberapa tahun lagi.

Ini kisahku…….

Adik beradik aku ramai, aku anak nombor 3, perempuan. Ada satu kakak sudah pun berkawin waktu itu dan sorang abang yang belajar jauh di sekolah berasrama penuh.

Adik2 di bawah aku berderet, ada yang sekolah menengah, ada yang sekolah rendah dan ada yang masih kecil2 lagi. Jarak usia kami rapat2.

1985, aku tamat spm. Result spm tidak melayakkan aku untuk ke mana2. Aku masuk kelas menaip. Itupun tak dapat sijil… cuma pandai menaip, hidup 10 jari je la.

Pada tahun itu aku mula kerja kilang yang hanya bergaji rm170 sebulan. Naik bas kilang percuma pergi dan balik. Makan kat kantin sangat murah. Kadang2 bawa bekal.

Gaji aku cukup2 untuk keperluan dan simpanan sendiri sahaja. Belum dapat berbakti kepada mak ayah lagi. Bagi aku, hidup tidak menyusahkan mak ayah aku pun dah cukup baik.

Pada satu hari, aku tengok simpanan dalam dompet aku tebal la sikit. Aku diam2 pergi beli rice cooker size besar untuk mak aku. Sesuai untuk adik beradik aku yang ramai.

Aku kesian mak aku masak nasi guna periuk biasa, pastu kena kecilkan api bila nasi hampir kering. Aku nak memudahkan kerja dapur mak aku.

Bila ayah aku tengok aku bawa balik rice cooker tu, ayah aku tanya berapa harga. Aku cakaplah RM103. Tiba2 ayah aku masuk bilik, keluar balik, terus beri aku RM103. Aku ambik lah hehe!

Umur 18, konon nak berbakti kepada mak ayah la kan. Mungkin ayah aku kesiankan aku, kerja kilang gaji kecil. Ayah aku pun tak tergamak nak terima pemberian dari aku. Mungkin….

Tak apa la, itu permulaan niat baik aku untuk berbakti..

1986, kerana ada kepandaian menaip, rezeki aku dapat juga merasa kerja kerani di jabatan swasta, bergaji rm250 sebulan.

Tambang bas pergi balik lebih kurang RM30 sebulan. Dapat simpan RM150. Masih ada baki RM70 sebagai duit poket untuk digunakan dengan begitu jimat cermat sekali.

Makan tengahari kat ofis kebanyakan dapat makan percuma sebab boss aku baik, selalu menjaga kebajikan pekerja. Minuman pun dapat percuma kerana disediakan dapur mini kat ofis.

Gaji pertama aku masa kerja kerani yang aku simpan RM150 sebulan tu, aku berhajat nak beli set meja makan yang berharga RM450 untuk mak ayah aku.

Balik dari kerja, aku selalu singgah kat kedai perabut. RM450 zaman tu, bagi aku tinggi nilainya. Saat tu mampu tengok je, berkenan dalam hati sorang2.

Alangkah berserinya ruang tamu mak ayah aku jika aku dapat beli set meja makan 6 seater itu. Berangan…

Masa tu gaji dapat cash. Duit simpanan RM150 tu aku simpan dalam laci berkunci dalam bilik aku. Kalau nak simpan duit dalam bank, kena pergi bank, isi borang. Leceh… jadi aku simpan je dalam laci.

Baru beberapa hari aku dapat gaji pertama, rumah aku kena pecah masuk. Keadaan dalam rumah berselerak. Duit simpanan aku RM150 turut sama lesap. Sedih!

Rumah aku selalu tiada orang walaupun ramai penghuni. Kami adik beradik lagi banyak duduk di rumah atuk dan nenek yang tinggal berdua. Malam2 baru mak aku balik. Tapi bukan setiap hari la macam tu.

Bulan kedua aku dapat gaji, aku terus beli kerusi makan yang berharga lebih murah dari yang aku impikan, berharga RM250. Sebulan gaji aku!

Aku pun tak ingat macamana aku boleh hidup bulan tu sedangkan kesemua gaji aku, telah aku gunakan untuk beli set meja makan.

Mungkin masih ada saki baki simpanan masa aku kerja kilang dulu yang ada dalam dompet. Aku ni jenis yang tidak suka bazirkan duit sesuka hati.

Aku bahagia bila melihat adik2 aku dapat mengulangkaji pelajaran dengan lebih selesa berbanding dulu, meniarap kat atas lantai bila nak menulis.

Bila diaorang dapat manfaatkan meja yang aku beli tu. Sekaligus menjadi penyeri ruang tamu rumahku syurgaku.

Bulan berikutnya, aku masukkan kipas siling pula. Aku masih ingat, kami adik beradik hidup di dalam rumah beratap zink tanpa kipas. Dapat bayang tak bahangnya macamana?

Aku ketepikan kemahuan diri sendiri kerana ingin berbakti kepada kedua orang tuaku walaupun aku hanya bergaji kecil. Tapi angan2ku tinggi menggunung melebihi dari ketinggian gaji aku haha!

Percaya @ tidak, beberapa bulan bekerja, aku tidak membeli sehelai pun pakaian sendiri. Hampir 100% aku guna gaji aku untuk keperluan keluarga.

Pakaian yang aku pakai untuk berkerja kebanyakannya pakaian terpakai yang diberikan oleh sepupuku dan isteri majikan aku. Aku hargai sangat2.

Setahun berlalu, dengan gaji yang ciput itulah aku mampu upah orang mengecat rumah, beli itu ini, dapat ringankan belanja dapur ayah aku.

Tahun kedua bekerja, aku dah dapat reward untuk diri sendiri. Dapatlah beli beberapa helai pakaian. Dapat beli kasut, handbag dan segala barangan peribadi aku. Harga jangan cakaplah, semuanya murah2… orang kata asal ada!

Masa tu aku juga mula berniaga secara kecil kecilan dengan menjual barangan di dalam katalog. Aku jual kepada kawan2 ofis dan kepada pekerja2 ofis sebelah2.

Pendapatan aku sudah bertambah sedikit demi sedikit. Aku jual secara ansuran tau! Jualanku mendapat sambutan. Jiran2 juga turut sama membeli barangan denganku.

Selepas itu, aku mula berjinak membeli emas kecil2 yang sepadan dengan pendapatanku. Kesemua hasil dari gaji dan perniagaan aku digunakan untuk benda2 yang berfaedah.

Dari gaji RM250 kerja tahun 1986, gaji aku naik jadi RM300. Dari 300, naik lagi 350. Masa gaji aku 350, orang kwsp datang ke pejabat. Tahun tu baru aku mencarum kwsp dan pekeso.

Syarikat dulu2 ada yang langsung tidak membuat caruman kwsp dan perkeso. Nasib baik wakil kwsp tu datang. Kalau tidak, sampai ke sudah aku tidak mencarum.

Dengan caruman tu la aku dapat merasa i-sinar, i-citra, i-lestari. Umur 50 dan 55 yang lalu dapat lah merasa kesemuanya.

Tahun kenaikan gaji masa aku kerja dulu, aku dah tak ingat. Yang aku ingat, kenaikan RM50 tu sangat besar nilainya. Aku bekerja selama 5 tahun di situ dan berhenti kerja kerana menjaga 2 anak.

1995, aku mula kerja balik dengan gaji RM450 di syarikat lain.

Tahun 2000 ke atas, gaji 800++.

Tangga gaji orang yang tidak berpelajaran memang macam ni la. Kalau tak ada pendapatan lain, memang semput hidup.

Berbalik kepada kisah aku dulu2…..

Oh ya, dalam aku berusaha nak bahagiakan keluarga aku, jodoh aku sampai awal. Aku kawin pada tahun 1988 waktu aku berusia 21 tahun.

Masa kawin tu, aku banyak guna duit sendiri untuk persiapan kawin. Pelamin aku, kakak angkat aku yang sponser. Alhamdulillah.

Pelamin dulu2 bukan ribu riban macam sekarang. Dua tiga ratus pun dah meriah sakan. Bab kenduri pula, ayah aku yang aturkan semuanya.

Alaa kenduri kecil2 jemput saudara mara terdekat, jiran2 dan kawan2 je. Allah permudahkan urusan perkawinan aku. Aminn.

Ayah aku ni pelik sikit, untuk kemudahan asas di rumah, dia tak berapa nak titik beratkan sangat. Kesian mak aku.

Tapi kalau untuk perkawinan kami adik beradik, dia lah yang bersungguh, beli katil baru, tukar langsir baru, dan persiapan2 yang lain juga.

Kalau bukan ada perkawinan dalam keluarga aku, langsir kusam tu la yang menjadi penghias di ruang tamu.

Ayah aku sebenarnya seorang pesara kerajaan, tapi disebabkan aku mempunyai adik beradik yang ramai, jadi perbelanjaan ayah aku jadi terbatas.

Mak aku lah yang memainkan peranan untuk lebih berjimat supaya kami semua cukup makan dan pakai.

Nak mewahkan kami dengan keperluan asas pun ayahku tak berapa mampu kerana terpaksa beri laluan untuk perkara2 yang lebih mustahak seperti makan pakai dan persekolahan kami.

Kami adik beradiklah yang sepakat menyediakan itu semua bila masing2 sudah bekerja.

Sebulan selepas kawin, aku pindah dari rumah orang tuaku. Aku mulakan hidup baru bersama suami dengan menyewa rumah di depan ofis aku. Pergi kerja balik kerja jalan kaki.

Tahun demi tahun berlalu… Adik2ku ramai sudah yang berjaya. Mak ayahku makin senang.

Berkat mak aku yang begitu menjaga kebajikan atuk n nenek aku. Mak ayah aku juga melahirkan anak2 yang sebegitu.

Bila adik2 aku dah mula dapat berbakti kepada keluarga, aku beransur2 dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak2 dan kehidupan rumahtangga aku pula.

Tapi aku tidak pernah melupakan keluarga besar aku. Ada je sumbangan dari aku untuk adik2 yang masih bersekolah @ persiapan bila menjelang raya.

Aku ingat pesanan arwah ayah aku, “kalau kita berpendapan kecil, buatlah cara kecil. Jangan lupa orang tua”.

Iye… aku tidak pernah lupa, sebab tu la sebahagian besar dari gaji ciput aku, aku habiskan untuk keluarga.

Dan sekarang usiaku sudah di penghujung. Apa yang aku buat kepada mak ayah aku, anak2 aku berlipat ganda buat pada aku.

Jika dulu, gaji aku kecil… hanya setakat itu saja yang aku mampu untuk membahagiakan mak ayah dan adik2 aku.

Sekarang Allah anugerahkan anak2 aku bergaji besar, aku bahagia dengan kehidupanku kini. Anak2 aku memuliakan aku sebagaimana aku memuliakan mak ayah aku.

Kat atas tu aku ada cerita, sudah mampu beli emas kecil2 hasil dari perniagaan kecil kecilan campur dengan gaji aku.

Emas2 tu sampai sekarang masih ada dalam simpanan aku ye. Bezanya, dulu aku beli yang kecil2, bila yang kecil2 tu terkumpul jadi banyak, aku tukar kepada yang lebih besar.

Semasa aku mula2 beli emas dulu, harga emas RM30++ je satu gram. Sekarang satu gram sudah hampir RM500. Nampak tak perbezaan.

Aku anggap nilai emas yang melambung sekarang ni sebagai pulangan aku berhabis duit untuk keluarga sewaktu aku muda2 dulu.

Aku berhenti kerja ketika anak2 sudah mula bekerja. Berbelas2 tahun dah aku tak kerja.

Buat anak2 sekelian, ingatlah jasa kedua orang tuamu! Tidak akan jatuh miskin seseorang anak yang memuliakan kedua orang tuanya.

Setakat ni saja perkongsian aku, semoga menjadi dorongan untuk sama2 berbuat baik kepada keluarga terdekat terutama mak ayah dan adik beradik.

Peribahasa orang tua dulu2, APA YANG KAMU TANAM, ITULAH YANG AKAN KAMU TUAI, adalah benar!

– Makcik Jijah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *