Assalamulaikum dan Salam Sejahtera. Tujuan saya menulis disini hanyalah untuk sekadar luahan perasaan. Saya Aina (bukan nama sebenar) berusia 31 tahun, masih bujang. Saya tinggal sendirian di Selangor sejak dari 2011, diusia 21 tahun telah bekerja.
Alhamdulillah sekarang selepas 10 tahun merantau mencari rezeki saya sudah mempunyai kereta, rumah, motor dan kerja tetap serta mempunyai Degree.
Saya bekerja di Sektor Swasta International Company. Terus terang aku bukanlah seorang perempuan berpewatakan menarik, sedikit kasar dan ‘tomboy’ bermuslimah kata seorang kawan aku. Aku tak pandai nak mekap, nak pakai pakaian ikut fashion hijabster.
Sepanjang hidupku ini , kisah cintaku dengan 4 orang jenis lelaki yang berbeza. Cinta pertamaku masa zaman belajar dulu 12 tahun lepas dengan si A tapi tak bertahan lama habis belajar kami putus sebab si A memilih insan lain dan aku terima dengan redha.
Alhamdulillah selepas habis diploma pada tahun 2011 aku terus mendapat panggilan untuk bekerja di Kuala Lumpur. Selepas setahun aku berpindah bekerja di Petaling Jaya dan 6 bulan kemudian aku berpindah tempat kerja dengan Syarikat yang aku bekerja sekarang.
Nak dijadikan selepas aku mendapat pekerjaan aku banyak fokus pada kerja dan tidak mencari cinta atau mencari pasangan hidup. Tambahan pula pada tahun 2013 aku membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di peringkat Degree secara Separuh Masa.
Maknanya, weekdays aku akan bekerja dan weekends aku akan ke kampus untuk hadiri Kuliah. Jadi tiada masa untuk bercinta atau mencari pasangan hidup.
Ada aku kenal 1-2 lelaki tapi pasti tak lama oleh disebabkan aku tiada masa untuk lelaki atas faktor kekangan masa dan penat untuk berjumpa sesiapa.
Kadang-kadang kawan aku pun tidak sempat lepak. Alhamdulillah pada tahun 2018 aku Berjaya menamatkan Degree. Dan aku target untuk mencari pasangan hidup dan ingin menamatkan zaman bujang diusia 30 tahun.
Pada tahun 2017, aku ada berkenalan dengan si B melalui wechat selepas beberapa bulan kami kenal dan jumpa hubungan kami putus dengan tiba-tiba.
Aku sudah lupa atas sebab apa yang pasti faktor sibuk aku terhadap kerja dan pelajaran jadi itu mungkin penyebab hubungan kami putus.
Pada tahun 2019, aku ada berkenalan dengan si C tapi hubungan kami tidak tahan lama juga selepas beberapa bulan kami putus disebabkan kantoi status si C sudah berkahwin. Jadi aku tak mahu panjangkan cerita aku anggap tiada rezeki untuk aku pada waktu itu.
Nak dijadikan cerita selepas seminggu si B datang Kembali hubungi aku dan kami memulakan balik hubungan sebagai kawan biasa.
Kami keluar berjumpa beberapa kali dan aku bertanya apa perasaan si B terhadap aku dan dia menjawab dia masih sayangkan aku jadi aku dengan berani mengajak si B berkahwn kerana bagiku pada waktu itu aku merasakan mungkin masih ada jodoh antara kami.
Tetapi si B menolak dengan memberi alasan bahawa dia masih tiada wang simpanan untuk berkahwin dengan aku dan dia merasakan rendah diri sebab dia hanya kerja kilang biasa gaji sedikit,
Padahal si B merupakan seorang graduan Kejuruteraan UiTM mungkin nasib tidak menyebelahi si B dia tidak mendapat pekerjaan dalam bidang yang sama.
Tapi waktu itu aku tidak kisah kerana bagi ku cukuplah seorang lelaki yang beragama dan bertanggungjawab.
Selepas 3 bulan, aku mengalami kemalangan dan cedera pada anggota badan alhamdulillah tidak teruk adalah sedikit patah dan aku terpaksa cuti sakit selama sebulan. Sekali lagi hubungan aku dengan si B putus di tengah jalan atas alasan aku tidak sihat dan aku hilangkan diri dari si B.
Pada tahun 2020, aku berpindah kerumah sendiri dan dunia digemparkan dengan Covid-19. Pada PKP 1.0 aku menjalani hidup seperti biasa dengan berkurung dirumah baru jadi banyaklah jugak aktiviti aku dapat buat seperti menghiasi rumah dan bekerja dirumah.
Tipulah jika aku tidak merasa sunyi, melihat rakan-rakanku yang lain majoriti sudah berkahwin dan mempunyai anak. Tetapi aku menolak hasutan iblis itu jauh-jauh. Aku positive kan diri , banyak berhubung dengan keluargaku dan juga rakan-rakanku yang lain.
Pada tahun 2021, keadaan Malaysia makin teruk dan PKP 2.0 terpaksa dilaksanakan sehingga sekarang PKP3.0.
Oleh kerana terlalu lama duduk dirumah, kerja pun dirumah (Syarikat tutup sudah lebih setahun sejak dari PKP1.0 , aku tak masuk pejabat) jadi boleh dikatakan 24 jam berada dalam rumah.
Ada juga aku keluar tapi hanya untuk urusan seperti membeli barang keperluan sahaja, nak balik kampung jumpa family memang tak merasa la.
Sekali lagi perasaan sunyi itu hadir dalam diriku, aku melihat rakan-rakan sibuk ‘update’ anak-anak PDPR, baby baru lahir, masak apa tak jadi hari ini, dan macam-macam telah membuat hati kecilku terusik Kembali.
Jadi aku membuat keputusan untuk menyertai aplikasi mencari jodoh yang ada ditalian (ala, korang pun tahu kan tinder, baituljannah apa semua tu).
Yelah kan, dengan musim pandemik macam mana kita nak jumpa orang (kena ikut SOP). Semasa tempoh perkenalan tiada seorang pun yang berkenan dengan aku.
Jika ada yang match hari ini, chat biasa hari ini sahajalah. Esok akan diam, hahaha tapi aku okey jer. Sebab aku pun berniat untuk mengisi masa lapang duduk dirumah tapi kalau sangkut kira rezeki aku lah kan atau orang tua cakap jodoh, hahaha.
Dan sekali lagi si B muncul menghubungi aku. Kalau korang nak tahu aku tak pernah tukar nombor telefon dan aku pun masih save nombor si B dan kami juga masih berkawan di FB dan saling mengikuti di Instagram.
Si B membuat pengakuan bahawa dia masih sayangkan aku dan mengaku dia asyik melihat dan stalk aku di Instagram dan Facebook (mungkin si B nak tahu bahawa aku dah berkahwin atau belum, hahaha).
Pada waktu itu aku macam biasa nak cakap seronok dengar pengakuan tak ada lah hanya rasa biasa mungkin sebab aku dah tak ada hati dan perasaan dengan si B kerana si B banyak bermain Tarik tali denganku.
Tapi kalau dah memang jodoh dengan si B aku hanya redha dan terima dengan hati terbuka. Aku ada tanya si B atas sebab apa membuat pengakuan dia tidak menjawab dan waktu yang sama aku mengajak si B untuk berkahwin,
Tetapi si B menolak dengan mengatakan bahawa dia masih tiada wang simpanan untuk berkahwin dengan aku (atas alasan kena tanggung family)
Dan si B merasakan dia tidak layak untuk bersama dengan aku sebab apa yang aku ada sekarang jadi aku membuat keputusan untuk tidak menunggu si B bertindak kerana cukuplah setakat itu.
Bagi akulah kalau aku seorang lelaki aku akan berusaha untuk mencapai apa yang aku nak. Jangan jadikan alasan bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Padahal, pada masa yang sama aku tengah berkawan dengan si D, hehehe. Perkenalan aku dengan si D sangat indah. Indahlah sangat padahal bercinta musim pandemik sangat mencabar tahu.
Cuma kebaikan bercinta di zaman ini lagi baik kerana jimat, tak payah keluar dating, keluar makan, beli itu ini.
Aku pernah bertanya apa status hubungan si D mengaku sukakan aku dan memang si D memasang niat untuk membawa hubungan kami ke peringkat seterusnya. Aku seronok sekejap dan rasa Bahagia kejap. Hahahaha.
Sepanjang aku berkawan dengan si D aku dapat merasakan yang si D memenuhi ciri-ciri yang aku inginkan dari seseorang lelaki.
Rupa si D biasa saja, dan kami banyak berhubung melalui call dan ada berjumpa sekejap sebanyak 2 kali diluar (sekali lagi SOP aku amalkan ya! Aku tahu salah untuk berjumpa orang jika tiada alasan kukuh dan keperluan. Maafkan Aku!!!)
Dan aku menegaskan pada si D untuk tidak lagi berjumpa kerana kes Covid semakin bertambah dan si D tinggal bersama keluarga dan aku tak mahu si D membawa balik risiko.
Dan si D juga berjanji untuk berjumpa dengan ibubapaku selepas PKP ditamatkan untuk membincangkan mengenai hubungan kami ini.
Tetapi seperti apa yang aku jangkakan hubungan aku dengan si D tak dapat bertahan selepas si D mengetahui mengenai diriku (ada rumah, kerja dimana).
Jadi hubungan kami putus dan si D menarik diri dan merasakan tidak layak untuk bersama dengan ku dan memberi alasan si D mempunyai penyakit.
Si D meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan janjinya padaku.
Aku cuba memujuk si D tetapi si D meminta sedikit masa dan memberikan alasan serta si D menyatakan bahawa kami perlu berserah pada Allah SWT, andai kata sekiranya tertulis jodoh antara kami maka bersatulah jika tiada maka tiadalah.
Kecewa lagi aku.. Hurmm, tak apalah aku anggap bukan jodohku (positive kan pemikiran aku? Bukan positive Covid19 okey).
Ya, aku akui apa yang aku ada sekarang membuatkan lelaki takut untuk dekat dengan aku. Tapi bagi aku apa yang aku ada sekarang hanyalah duniawi sahaja tak kekal lama, dunia akhirat lagi penting. Tak adalah aku nak cakap aku pandai dalam agama tapi sedikit sebanyak aku tahu la.
Bagi aku, aku ingin seorang lelaki yang beragama, bertanggungjawab. Aku pernah bertanya pada yang pakar (orang lagi tua dari aku) dan kawan aku ada berkata untuk aku mencari pasangan yang Sekufu.
Jadi sekarang aku cuba bangkit dan meneruskan kehidupan aku. Menjadi persoalan aku sekarang, salah ke aku cuba jujur dalam perhubungan? Ke zaman Sekarang kena ada tipu sunat?
Ya lah, untuk mengelakkan orang ambil kesempatan keatas diriku. Kawan-kawan aku asyik bertanya aku bila nak kahwin?
Aku terlalu memilih la, mencari yang sempurna la. Tapi aku hanya senyum dan berkata doakan yang baik-baik untuk aku. Adakah aku terpilih? Hahaha, aku pun tak pasti.
Aku percaya bahawa jodoh itu ketentuan Tuhan yang membeza aku dengan orang lain adalah masa cepat atau lambat sahaja.
Korang tolong doakan aku ya. Semoga covid-19 berlalu dengan pergi dan kehidupan kita Kembali normal supaya aku dapat cari jodoh lagi. Hahaha.
Aku tak akan putus asa untul mencari jodohku, aku berdoa dalam solatku. Semuanya aku berserah pada Tuhan yang penting usaha dan doa aku tak putus. Betul tak? Hehehe.
Sekian, terima kasih.
– Rina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit