Assalamualaikum. Hye saya Diey kalau sudi baca sampai habis saya ucapkan terima kasih banyak-banyak.
Saya baca semua komen tentang post terdahulu saya. Ni link confessions saya yang lepas, (https://iiumc.com/isteri-yang-tidak-lagi-menawan-di-mata-suaminya/).
Minta maaf kalau ada wanita yang terasa dengan kata-kata saya. Waktu saya menaip tu saya sangat patah hati sebab saya cemburu barangkali kenapa aset wanita seksi itu lebih “elok” dari saya. Jadi saya menaip dengan melulu. Maafkan saya ya.
Saya tergelak baca komen yang kata saya ni kalau pakai seksi macam hantu sebab ramai yang ingat saya montel. Hahahaha.
Sebenarnya saya BMI normal, body saya tak montel pun cuma “aset” yang menggelebeh sejak saya pregnant lagi mungkin sebab hormon.
Saya cuba workout, makan supplement dan teknik urutan untuk naikkan balik tu masih belum nampak hasil lagi, mungkin kena tunggu lama sikit.
Dan part tak seksi di rumah tu, saya memang terlebih seksi dah tapi mungkin sebab selalu berjauhan suami saya puaskan nafsu dia dengan cara tu. Tak apalah bukan itu yang saya nak highlightkan pun.
Saya nak share tentang macam mana saya boleh berubah daripada wanita seksi kepada wanita yang lebih tertutup. Waktu zaman muda dulu memang saya bertudung tapi pakaian saya tak sopan sangat.
Saya ingat lagi bapa saudara saya selalu tegur saya pakai baju adik. Tapi teguran dia saya tak terima sebab anak dia pun 2×5 dengan saya.
Sehinggalah selepas kahwin saya banyak masa di rumah sebab saya kerja freelance, saya kerap isi masa lapang dengan baca al-Quran yang ada tafsir tu. Ayat yang sangat menyentuh hati saya,
“Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata:
“Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu” dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya),
Dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 5)
Saya terus terbayang keindahan syurga. Saya suka baca surah ar-Rahman, sungguh indah ayat itu. Tetapi waktu itu saya belum terbuka hati nak menutup aurat.
Cuma saya mula konsisten solat sunat dhuha kerana saya terbaca semua anggota tubuh badan kita yang sempurna ini perlu dibayar balik pada Allah.
Hadis Riwayat Muslim menyatakan: “Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah.
Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah.
Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat dhuha.”
Lepas saya konsisten dua perkara ni selain memang tak pernah tinggal solat yang wajib tu saya mula rasakan perubahan dalam diri. Dulu saya kedekut sangat tau, saya berkira-kira dengan duit saya.
Tetapi sekarang saya menjadi lebih pemurah, saya tak kisah berbagi rezeki pada orang susah, saya tak minta diskaun lagi dengan peniaga kecil, saya istiqamah sumbangkan duit setiap bulan pada yayasan kebajikan, saya selalu bagi hadiah pada orang yang saya sayang, dll.
Saya ke mana-mana selalu akan jumpa orang yang akan tolong saya, sebab pjj banyak perkara saya uruskan sendiri termasuk beli barang basah, tukar tong gas, hantar anak sekolah, dll. Dan alhamdulillah kalau saya tak cukup duit pun Allah akan bagi jalan keluar.
Tambahan lagi saya kerja freelance memang income tak menentu. Tapi Allah cukupkan semua keperluan saya. Malah Dia tak pernah uji saya dengan ujian anak-anak.
Anak-anak saya subhanallah elok sempurna semuanya, beradab dan sihat.
Bila saya tengok orang lain yang lagi bagus berbanding saya tetapi diduga dengan ujian sukar mendapat anak, anak yang tidak sempurna, anak yang suka memberontak dan sebagainya, saya terus terfikir besarnya nikmat Allah bagi pada saya ni.
Jadi saya tanya diri saya, saya nak bertangguh-tangguh lagi ke dalam menutup aurat? Allah yang suruh kita menutup aurat, dan kalau itu adalah suruhan Allah tentulah wajib kita tunaikan bukan? Sama macam solat dan puasa serta zakat juga.
Jadi saya mula beli pakaian yang lebih sopan, pakaian saya yang zaman dulu-dulu tu saya pakai dekat rumah je di depan suami.
Dan orang yang paling happy bila saya menutup aurat ialah ibu saya sendiri. Saya nampak airmata dia hampir mengalir bila tengok saya pakai sarung kaki. Subhanallah.
Kawan-kawan doakan saya istiqamah ya. Saya jauh dari sempurna lagi tapi saya ingin sekali masuk ke dalam syurga sebab bagi saya dunia ni memenatkan. Penat sangat nak harapkan orang yang di depan cakap sayang tapi di belakang usha perempuan lain.
Saya akhiri cerita saya dengan satu sabda Nabi s.a.w supaya kita semua tahu Allah sangat sayangkan kita melebihi sesiapa pun.
Dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku. Jika ia mengingat-Ku saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku.
Jika ia mengingat-Ku di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat). Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta.
Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berlari.” (HR. Bukhari no. 6970 dan Muslim no. 2675).
Minta maaf sekali lagi untuk post saya yang terdahulu yang mengguris hati sesiapa. Dan saya maafkan sesetengah komen yang mengguris hati saya juga. Salam kosong kosong ya.
Sekian.
– Diey (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit