Kisah Hijrah: Semuanya Bermula Dengan Al-Quran

Tiba-tiba saya rasa nak bercerita kisah hijrah saya untuk kenang-kenangan dan perkongsian untuk manfaat bersama.

Penghujung tahun 2012 masa tu cuti sekolah… saya tak akan lupakan kenangan yang paling bermakna tu sampai bila-bila. Kawan suami kat sekolah ajak kami suami isteri belajar Al Quran kat rumahnya. Saya tak malu ceritakan pengalaman saya sendiri sebab saya nak kawan-kawan & saudara-saudara saya semua hari ni sama-sama kita dekati dan istiqomah membaca/memahami Al Quran, *اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ* saya bukanlah orang yang baik-baik. Saya sedar saya manusia biasa yang juga tak lepas dari melakukan kesalahan & dosa. Iman kita tidak berada pada tahap yang statik setiap hari. Pasti berubah-ubah. Tapi kita boleh cuba mengawalnya dengan mengingatkan hati kita serta melakukan amalan-amalan yang boleh mendekatkan kita dengan Allah.

Saya tahu dalam hati kita semua pasti ada terdetik rasa ingin berubah. Keinginan tu takkan tercapai jika ianya tanpa dimulakan dengan langkah pertama dan… Langkah pertama saya adalah (satu bonus) apabila setuju untuk sama-sama belajar Al Quran pada umur 27 tahun (2012) selepas diajak kawan suami Kak Tie dan Cikgu Din sekeluarga. (L takkan lupakan jasa kak tie sekeluarga dan kami akan sentiasa doakan segala kebaikan untuk kak tie sekeluarga dimurahkan rezeki, bahagia dunia & akhirat dan sehingga nanti dapat dikumpulkan bersama-sama dalam syurga Firdaus Allah.
*آَمِيـٍـِنْ …. آمــــــــين يا ربالعالمين.* )

Disember 2012 … bermulalah episod kami belajar membaca dan memperbetulkan tajwid dan makhraj sebutan huruf Al Quran dengan ustaz yang dijemput (seingat saya selama 2 tahun). Cuma kami berempat. Belajar lepas isyak selama beberapa jam kadang-kadang sampai pukul 12 tengah malam. Tuan rumah dan kami bergilir-gilir hidangkan makanan lepas habis kelas mengaji. Sebagai sedekah dan eratkan silaturrahim.

Kelas mengaji hanya beberapa hari sahaja dalam seminggu. Bayangkan dari merangkak-rangkak kerana cuba nak memperkemaskan tajwid dan makhraj (faham jela kan macamana slownya kami)
Tapi *الْحَمْدُ للَّهِ* Allah mempermudahkan proses pembelajaran kami. Ustaz cakap orang yang baca Al Quran tergagap-gagap tapi cuba juga untuk belajar dan membaca dengan betul diberikan 2 kali ganda pahala daripada orang yang sudah faqih & membaca Al Quran dengan lancar. Ambil masa tak sampai setahun *الْحَمْدُ للَّهِ* tahap bacaan kami mula diperbaiki. Allah bagi faham.

*مَاشَآءَاللّهُ* benarlah Al Quran itu mempunyai roh dan ianya dapat menghidupkan hati-hati yang ‘mati’.

Dari belajar Al Quran berjangkit kepada perbetulkan solat, menghadiri majlis-majlis ilmu dan memperbetulkan diri dari segi berpakaian. Saya masih ingat kali pertama saya sarungkan stoking pada kaki saya… masa tu saya cakap pada diri saya sendiri… Ya Allah, betul ke ini diri aku? Sebak. Rasa tenang tu saya masih ingat sampai sekarang. Tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata macamana rasa tu. Mungkin orang-orang yang pernah Allah berikan ‘rasa’ tu faham macamana rasanya. Menangis bila saya kenangkan semula. Segala puji bagi Allah  …dan bermulalah journey baru kami.

Awal tahun 2013 ayah saya meninggal… (semoga ditempatkan roh ayah bersama orang-orang yang beriman dan diampunkan segala dosa. *آَمِيـٍـِنْ …. آمــــــــين يا ربالعالمين.*) dan tak lama lepas tu saya terus deactivated fb.

Allahu. Perancangan Allah yang terbaik untuk saya. Kematian ayah saya sebenarnya memberikan kesan yang mendalam dalam hati saya. Saya berubah 360 darjah. Saya jadi kerap mengingati mati dan selalu fikir kalau saya yang akan mati nanti macamana keadaan saya. Sampai menangis-nangis saya fikirkan nasib diri sendiri dalam liang lahad. Terfikir pasal hari kiamat, fitnah dajjal dan macam-macam yang buatkan saya rasa risau hal-hal selepas mati nanti.  mula buat ibadah-ibadah sunat seperti puasa, solat sunat dhuha dll. *الْحَمْدُ للَّهِ* Allah berikan saya kekuatan untuk melakukan semua tu.

Kemudian, perlahan-lahan saya mula mencari tudung labuh. Dari bidang 45 kepada bidang 50 dan kemudian stay dengan bidang 60. Saya pakai mengikut apa yang saya rasa selesa sehinggalah sekarang. *الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن* Betul lah orang cakap kalau dah biasa pakai yang labuh, kita akan rasa kekok untuk pakai yang singkat. Doakan saya istiqomah. Orang kata nak berubah tu senang tapi nak istiqomah tu yang perlukan semangat kental.

Akhir tahun 2013 perlahan-lahan saya berniaga secara atas talian tudung labuh, stoking, purdah dan beberapa barangan muslimah yang lain. *الْحَمْدُ للَّهِ* dengan berniaga barangan muslimah menjadi salah satu asbab untuk saya cuba istiqomah. Selain itu, saya juga ingin berkongsi dengan muslimah diluar sana untuk sama-sama melabuhkan tudung. Tak cukup dengan memperbaiki cara berpakaian luaran, rohani kita juga memerlukan makanan… saya mulakan dengan mengikuti suami ke majlis-majlis ilmu di masjid. Doakan saya terus istiqomah. Mudah-mudahan.

Berbalik kepada cerita mengaji Al Quran tadi… saya masih belajar mengaji Al Quran tapi dah lama-lama rasa segan pulak belajar dengan ustaz. Jadi saya ingat nak cari guru perempuan. Hikmah saya ikut suami ke masjid, jumpa seorang makcik ni yang ajak saya sama-sama belajar mengaji Al Quran dengan dia. Saya setuju dan ikut mak cik ni. *الْحَمْدُ للَّهِ* (semoga Allah SWT memberikan rahmat yang berlimpah kepada makcik M yang sudah membuka jalan kepada saya untuk belajar Al Quran. *آَمِيـٍـِنْ …. آمــــــــين يا ربالعالمين.* )

Syukur *الْحَمْدُ للَّهِ* saya dipertemukan dengan ustazah yang mengajar mengaji Al Quran kat masjid dengan muslimah yang lain. Semua yang pergi kelas belajar Al Quran tu makcik-makcik saja. Saya yang paling muda. Tak ada kawan seusia tapi saya gagahkan juga hati niat nak belajar Al Quran dan perbaiki segala kelemahan. Kat tempat mengaji ada surirumah, yang pencen cikgu, nurse, dan lain-lain (kerja kerajaan dan swasta). Masing-masing mengambil peluang untuk belajar memperbetulkan bacaan Al Quran tambahan pula bila dah tak sibuk lagi dengan anak cucu atau pekerjaan.

Jadi ternyatalah tak ada tahap usia yang ditetapkan untuk belajar Al Quran. Tua atau muda semuanya digalakkan selagi kita masih bernafas. Belajar dengan ustazah ni ada diselitkan dengan hafazan Al Quran sekali. Satu hari kami kena hafaz 2-3 ayat on the spot. Diulang-ulang sehingga betul-betul hafaz. Nanti esok hafaz ayat-ayat seterusnya pula sehinggalah lengkap satu surah. Ustazah cakap bukan senang nak hafaz Al Quran. Orang yang betul-betul membersihkan hati sahaja dapat menghafaz Al Quran walaupun satu surah.  saya akui, sangatlah susah nak menghafaz kalau hati kita terikat dengan ‘hal-hal dunia’ secara berlebihan.

Selama belajar mengaji dengan Ustazah beberapa tahun *الْحَمْدُ للَّهِ* tahap bacaan dari segi tajwid dan makhraj juga makin diperbaiki dengan izin Allah. Ustazah ajarkan sekali hukum-hukum tajwid dan sebutan makhraj huruf yang betul. Kadang-kadang diselitkan dengan sirah-sirah nabi. Sejujurnya saya rasa sangat bertuah kerana dipertemukan dengan ustazah. Saya sangat kagum mendengar alunan bacaan ayat-ayat Al Quran daripada ustazah. Bacaannya bukanlah bertaranum sangat tapi bila dengar murottal beserta bacaan tajwid dan makhraj yang betul buat kita rasa tak puas nak dengar lagi dan lagi. Tak tau macamana nak gambar perasaan tu. Oh ya, anak perempuan ustazah pernah beberapa kali johan pertandingan hafazan Al Quran peringkat antarabangsa. Like mother like daughter.  *مَاشَآءَاللّهُ*

Sekarang ni saya masih lagi belajar cuma dah lama tak hadiri kelas dengan ustazah sejak suami ustazah meninggal hari tu. Banyak lagi yang saya perlu perbaiki.

Jadi saudara seagama saya semua, walaupun kita dah khatam Al Quran dari kecil lagi… teruskanlah belajar mengaji Al Quran. Tak kira berapa usia kita sekarang selagi nyawa masih dikandung badan, teruskanlah belajar dan mengaji Al Quran. Cari guru-guru mengaji yang mursyid. Dulu masa kecik-kecik saya belajar mengaji kat kampung bukan betul sangat tajwid dan makhrajnya.  tapi kalau pergi mengaji tu dah kira baguslah sebab budak-budak kan suka ngelat jadi sekarang bila dah dewasa janganlah malu untuk belajar semula dan jadikan rutin membaca Al Quran setiap hari samada kat rumah, masjid atau tempat kerja (waktu rehat).

Jom kita sama-sama mendoakan supaya kita diberi kefahaman dalam membaca dan mentadabbur Al Quran (lebih baik lagi beramal dengan Al Quran) serta doakan juga segala kebaikan untuk semua ahli keluarga, saudara mara, kawan-kawan, jiran-jiran, dan semua muslimin muslimah seluruh dunia.

Pernah saya terfikir, kadang-kadang perubahan baik kita harini mungkin juga asbab dari doa orang-orang soleh yang tak pernah jemu mendoakan kebaikan untuk semua ummah. Kita doakan kebaikan untuk semua dan semoga yang baik-baik sahaja akan mendatangi kita kembali. Doakan saya istiqomah. Jom Mengaji Al Quran !

– L

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *