Kisah Hitam Lesen Kereta

Assalamualaikum warga pembaca IIUMC. Saya Sya.

Seperti yang kita sedia maklum, lagi beberapa bulan sahaja lagi cuti persekolahan akan bermula. SPM pun sudah semakin hampir dan akan ramai pelajar atau ibu bapa sendir yang nak ambil lesen memandu.

Di sini saya nak cerita kan tentang kisah hitam semasa saya belajar memandu.

Saya berasal dari luar Bandar means bukan Bandar kan dah nama pun luar Bandar, okay macam ni ceritanya, lepas saya habis SPM saya pun nak ambil lsen memandu kereta, jadi saya pun pergi tempat agen lesen tu.

Sebenarnya kat tempat tinggal saya tu ada je pusat latihan memandu Cuma saya tak tahu pun. Saya memang tak tahu kewujudan temoat tu tapi mak ayah saya tahu.

Haih… kenapa saya mengeluh sebab kali pertama saya pergi kat tempat agent U saya dah Nampak dah yang pak cik yang akan ajar saya tu ‘sesuatu’ sangat.

Yes… pakcik yang dah tua yang dah baya macam atuk saya dah. Tapi saya teruskan jugak ambil lesen dengan agent U. Tapi agent U ada tanya,

“Awak nak lesen special ke nak yang biasa? Kalau special ni memang dah gerenti lulus kena bayar lebih sikit dalam RM500 gitu tapi tak pe pak cik bagi awak kurang kena bayar RM450 je.”

Semua faham tak kat sini yang bayar lebih sikit tu. Okay.. siapa yang nilai atau uji pelatih tu.. dah tentu tentu JPJ so sekarang ni yang special tu maknanya nak rasuah Encik JPJ lah ni untuk bagi kita lulus.

Tapi semua jangan risau saya tak ambil pun ‘special’ tu. Sya masih waras. InsyaAllah. Jadi saya ambillah jenis lesen biasa je tanpa bayar lebih kepada pak cik tu.

Mula je KPP 02 saya… saya dah rasa tak suka dengan pak cik tu. Saya benci, sakit hati sampai saya rasa nak doakan keburukan pak cik tu pulak. Saya tahu semua ni salh tapi saya memang tak puas hati dengan pak cik tu.

Dahlah pak cik tu ajar sya dengan tak ikhlasnya saya rasa pak cik tu layan saya dengan sanggat teruk sampai dia tengking tengking saya depan orang ramai…

Dan yang paling teruk sekali pak cik tu gatal gila nak mampus. Saya minta maaf lah kalau ayat saya ni sangat teruk. Saya minta maaf. Mula mula sebelum ambil lesen lagi saya rasa pak cik ni sesuatu. Ya Allah…

Sebenarnya pak cik ni memang gatal gila gila dari dulu lagi. Semua orang yang belajar dengan pak cik ni tahu perangai dia yang sebenarnya.

Setiap kali saya pergi tempat latihan memandu semua orang tanya, “Pak cik ada buat apa apa tak kat awak” sebab semua tahu perangai dia macam mana. Dan sebenarnya pak cik ada buat sesuatu pada saya… dia pegang saya. Dia gosok gosok peha Sya.

Saya raaa nak menangis bila dia buat saya macam tu. Saya hormat dia dulu tapi sekarang saya harap benda buruk jadi pada dia. Saya tahu tu salah. Setiap kali saya habis belajar dengan dia, rasa hormat saya pada diasemakin berkurang dan tiap kali habis belajar saya akan menangis.

Saya ada beritahu mak saya tapi kami tak boleh buat apa apa. Mak saya suruh saya tepis je kalau pak cik cuba buat something lagi pada saya.

Okay tu baru satu kisah hitam.. lagi saya yang saya dah ceritakan di atas ialah lesen ‘special’. Ada seorang mak cik ni biasalah dah tua seingat saya kalau nak ambil lesen memandu kena test computer dulu tapi mak cik ni tak buat pun test computer.

Dengan syarat bayar RM2000 lebih rasanya. Lessen biasa hanya RM1000 lebih. Kalau RM2000 lebih ni tak perlu ambil ujian computer terus lulus ujian memandu litar dengan jalan raya pun terus lulus. Walaupun awak langgar divider jalan, tak pakai seatbelt, tak bagi signal tak reti langsung bawa kereta tetap lulus.

Saya punya perasaan bila tahu ni rasa sakit hati, marah dan rasa berdosa. Sebenarnya kebanyakan yang belajar dengan pak cik tu semuanya nak ambil lesen special ni. Pak cik tu yang dalangnya.

Saya yang ambil lesen biasa ni gagal tau dalam ujian jalan raya, huhu… doakan saya lulus tau untuk ujian jalan raya ulangan dan yes saya masih dengan pak cik tu lagi. Doakan saya dilindungi Allah sentiasa.

Oh ye saya ada tanya kawan kawan saya dari tempat lain, ada tak lesen special ni tapi diorang kata tak de pun. Nak rasuah JPJ pun tak de. Maknanya kat tempat saya ni jelah ada banyak orang ber rasuah.

Saya pun tak faham kenapa nak bagi anak bini makan duit haram. Astagfirullah. Saya sebenarnya nak report pada SPRM tapi saya tak mampu. Saya tahu kami dilindungi tapi tetap takut.

Akhir sekali saya nak nasihat kan kepada semua pembaca kalau nak ambil lesen ananti pilihlah cikgu yang terbaik, yang awak percaya, jangan pilih berdaarkan pemakaian dia maknanya dia pakai kopiah ke pakai serban ke tu semua tak bermakna pun.

Sekarang ni disebabkan pak cik tua tu saya dah mula benci semua lelaki yang tua tengok muka diorang teringat apa yang pak cik tu dah buat pada saya. Selain itu, yang nak ambil lesen tu fikir dengan waras ye. Maknanya sama ada awak nak ambil lesen special atau tidak. Fikir azab Allah.

Itu sahaja daripada saya. Maafkan saya kalau gunakan bahasa yang kasar dan banyak typo dan saya minta jangan kecam sya dan juga family saya.

Terima kasih yang sudi membaca. Assalamualaikum.

– Sya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *