Kisah Hutan ‘Twilight’ UiTM Lendu, Melaka.

Untuk part I, (https://iiumc.com/uitm-lendu/).

Disebabkan mendapat sambutan, Jadi malam ni aku bawa korang kembali ke tahun 2012.

Ingatkan selesai lepas aku dibawa keluar dari Nursing College, semuanya akan kembali normal.

Ingatkan lepas aku dilepaskan dari persekitaran hospital dan bilik praktikal aku akan bebas. Tidak! Malahan ini adalah detik awal dan permulaanya setiap satu episod selepas-selepas ini.

Aku tahu mostly pembaca kisah benar ni yang study sama batch dengan aku tahu pasal hutan twilight. Aku tak cakap semua, tapi most of you guys tahu.

Maka marilah kita rewind back to 2012.

Dan nak dipendekkan cerita yang sangat panjang dan bercampur baur ni (since aku gather all these information daripada few people) waktu tu setiap hari Khamis petang student UiTM akan ada aktiviti ‘ko’ dikenali sebagai kesat.

Aktiviti kesat ni memang terkenal dengan Encik Sahak, bunuh harimau guna suduu/ garfu, kawat kaki ditengah jalan tar, budak UiTM Lendu tak kenal Encik Sahak ni tak lengkaplah kisah study korang.

Tapi ini bukan point cerita harini. Kisah ni bermula lepas habis aktiviti kesat tu.

Selalunya aktiviti kesat ni akan setel plus minus before 7malam, agak lewatlah, almost senja juga baru akan sampai ke kolej masing-masing.

Ditambah lagi dengan waktu tu most of student ‘part-one-jing’ semua stay kolej jauh-jauh Tun Ali, Tun Hamzah, Tun-tombak mostly area kolej baru lah.

Dan waktu tu dia ada dua jalan nak balik ke area kolej baru dari padang kawat , samada kau jalan jauh sikit ikut area sebelah bukit tonggek, atau kau ikut area Tasik Tun Fatimah dan pass-by tangki air Kolej Lekir.

Sini jalan shortcut tapi selalunya aku tak prefer jalan sini, setiap kali orang tanya kenapa, aku akan cakap malaslah situ banyak nyamuk. Tapi sebenarnya situ ada macam-macam.

Tapi senja Khamis tu aku dengan geng-geng lain ambil jalan shortcut, sebab nak cepat balik Kolej Tun Ali since malam ada rehearsal Citrawarna pula.

Aku setuju tapi dengan syarat dekat area yang aku merahkan kita lari, masing-masing setuju and terus gerak.

Nah! sekarang part yang aku tak pernah cerita dekat anyone.

Dekat area tangki air Kolej Lekir, waktu tengah berlari-lari anak tu, aku ternampak ‘something’ dekat tangki air! (aku tengah pejam mata ni guys, terbayang pula) Aku macam shot shot shot!

Cepat guysssss aku tak ingat lengan siapa aku tarik time tu, aku lari secepatnya sampai ke Tun Ali. Memang ngam-ngam ktorang sampai, dah nak Azan Maghrib, kau rasa?

Nak tahu apa ‘something’ tu? Sabarjap, kejap lagi korang akan tahu apa ‘something’ tu!

Yang part ni aku tak sure macam mana dia start, sebab masing-masing dah lupa, tak ada sesiapa dapat confirm macam mana tapi sampai je tingkat 2, depan bilik aku jatuh dan gelap!

(Again! Part ni korang akan diceritakan dari ruang lihat orang sekitar, bukan aku, kalau dorang kelentong aku, aku kelentonglah. Tapi most of cerita yang aku kumpul semua version macam ni)

Korang ingat first part yang aku cerita, kolej aku dekat Tun Ali, bilik 221, tingkat 2. Macam dekat bawah ni (extra sikit cerita ni siapa ada gambar eh)

Lepas aku jatuh, dan mula meronta-ronta, dorang dah start panggil siswa sekeliling yang nearby.

Dorang kata waktu tu lain macam aku punya kuat, walaupun baru habis Kesat, sepatutnya penatlah apa yang kuat sangat tak tahu.

Semua student yang masih berlegar-legar keluar masuk bilik masing-masing menjengah pintu bilik nak tengok.

As usual Gotam sampai semua kena jerkah, “Masuk bilik tutup pintu!” Time tu kalau diikutkan cerita aku dipegang oleh dua tiga orang student lelaki.

Tiba-tiba aku buka mata dan stop meronta. So dorang expect dah tenang, so dorang leraikan tangan dan nak papah aku masuk ke bilik. Dang!

Dalam sepantas kilat masing-masing yang dah tenang terus menggelupur, aku tolak semua orang dan berlari dengan sangat cepat.

Korang bayang dari tingkat dua tu ke bawah, dua tiga anak tangga aku lompat dengan mudah.

Dalam masa less than 2 minit aku dah berada opposite the road dari area kolej. Waktu yang sama orang sekeliling riuh berkejaran

“Tolong halang dia, tolong!”

Waktu tu ada yang dengan berbalut towel atas kepala pun turut sama cuba untuk halang aku dari terus berlari, tapi waktu tu aku memang lagi power dari Usain Bolt.

(Siapa yang kenal aku dorang memang tahu, itu bukan aku, sebab aku adalah makhluk tuhan atas dunia yang paling tak pandai lari) Larian tu tak penting, yang paling penting waktu tu arah mana aku lari.

Korang nak tahu ke arah mana? Arah ke Tangki Air Kolej Lekir!

Habistu tang mana Hutan Twilight UiTM Lendu? Hah! Berhadapan Kolej Tun Ali waktu tu ada hutan. Hutan situlah yang dorang gelar Hutan Twilight.

Aku berlari almost masuk ke area hutan tu menuju ke Tangki Air Kolej Lekir. Tiba-tiba beberapa meter before hutan tu aku jatuh terkulai tengah jalan!

Orang datang berpusu dari kanan kiri depan belakang, ada juga dari area Tun Hamzah turun. Terus dua tiga lelaki guna lutut dorang melipat kaki betis aku.

Korang faham tak condition waktu tu, dia macam dorang prepare siap-siap sebelum aku bertindak agresif lagi. Waktu tu aku tak bergerak, diam je kaku.

“Tolong tahan mana-mana kereta, bawa datang sini!”

Tiba-tiba aku buka mata, bukan buka mata yang biasa ye guys. Ini sejenis mata yang redup dan merenung.

Dorang dah get prepared kalau aku mula bertindak agresif, masing-masing rentap tangan aku, yang masih lock kaki aku waktu tu dah ada tiga orang, ada yang kata waktu tu even bahagian perut dorang tekan supaya aku tak bergerak.

Tapi dorang silap! time tu tak ada yang agresif tapi waktu tu aku mula menari dan ‘humming’. Curious kan lagu apa?

Hah! ingat lagi ‘something’ dekat Tangki Air Kolej Lekir? Inilah dia!

Aku menari dan humming lagu ulik mayang. Dalam dipegang oleh beberapa orang, jari tangan aku melentik.

Ya! Dekat Tangki Air Kolej Lekir tu aku nampak (aku tak sure ini ke nama dia) ‘Puteri Ulik Mayang’ dan di tengah-tengah jalan tu aku masih menari dan humming diselangi hilai tawa sekali-sekala.

Kereta dari arah mana tah sampai, dorang terus cepat-cepat angkat aku, pada masa yang sama dorang kuatkan Ayat Kursi yang masing-masing tak henti-henti dari tadi.

Aku? Masih humming! Yang berada dekat kepala aku paling kuat bacaannya.

Dorang cakap tengok muka bro yang dekat bahagian kepala tu, sikit lagi dia nak lempang muka aku time tu sebab sangat meremangkan bulu roma kondisinya.

Gila! Kalau aku pun aku takup mulut orang yang menakutkan macam tu.

Sorry guys, macam mana dorang akhirnya keluarkan benda tu malam tu tak ada version, sebab lepas daripada tu, Gotam suruh geng-geng aku naik bilik, bersihkan diri dan prepare untuk bacaan Yassin.

Malam tu semua budak kolej keluarkan kerusi depan bilik masing-masing dan baca Yassin secara besar-besaran.

Aku? Tak sure aku buat apa time tu. Yang aku sedar esoknya aku bangun, aku dekat bilik bawah bukan dekat bilik aku.

Tangan kaki aku berbekas-bekas lebam biru, ada luka luka kecil dekat bahagian siku dan dahi aku. Suara aku tak ada, dan badan aku lemah.

Sejak daripada tu, aktiviti ko diwajibkan selesai sebelum jam 6.30 petang dan semua orang kena balik terus dari padang kawat ke bilik masing-masing.

Aku dan geng-geng sentiasa ambil jalan jauh setiap kali nak balik ke kolej dari padang kawat atau dari mana-mana pun. Kalau ikut situ pun aku akan pejam mata, dorang tarik je aku lari cepat-cepat.

Fuh! Panjang juga episod yang ni, tak boleh nak letak Nenek Tua punya perjanjian dekat sini. Korang rasa?

– NS (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *