Assalamualaikum. Nama saya Seri Mastura. Maaf kalau artikel ini panjang sebab saya x suka sambung2 and kalau iium x siarkan cerita saya penatlah kalau saya taip panjang2.
Ok saya belum berkahwin walaupun dh berusia berusia 32 tahun. Mungkin sbb saya anak tunggal dan ibu ayah saya bercerai ketika umur 12 tahun dan saya biasa berdikari. Saya masih ingat waktu itu pada tahun 1997, ayah diberhentikan kerja sebab kegawatan ekonomi yang teruk. Ibu saya surirumah. Ibu sy sebenarnya berpelajaran tinggi tapi disebabkan dia cantik ayah saya tidak membenarkan ibuku bekerja sbb dia jenis cepat cemburu. Selepas ayah berhenti kerja, ekonomi kami agak goyah. Ibu berkeras nak bekerja tapi ayah dengan egonya tidak membenarkan. Sambil2 tu ayah buat kerja2 biasa seperti ambil upah cuci kereta, kemas longkang and part time servis aircond dan housekeeper. Tapi rezeki tu kadang2 ada kadang2 tidak. Ibu mula rasa tak puas hati dan mereka bercerai sebab ayah tetap dengan pendirian tidak membenarkan ibu bekerja selagi masih menjadi isterinya.
Akhirnya pertengahan tahun 1997, ayah dan ibu bercerai dan saya mengikut ibu berpindah di flat kos rendah di tengah ibu kota. Ibu ambil mcm2 upah dobi, memasak untuk catering sementara menunggu peluang pekerjaan dari ijazah ibu. Agak sukar untuk dapat tawaran kerja sebab ibu dah lama tinggalkan dunia pekerjaan selepas berkahwin.
Masa tu walaupun hidup cukup2 makan tapi saya bahagia. Tengok ibu berikan layanan pada saya secukupnya. Kadang saya balik mkn telur dan kicap. Kalau ade rezeki lebih dptlaa makan ayam, udang atau sotong. Kadang saya dan ibu makan nasi lauk ikan kering dan sayur kangkung sahaja. Alhamdulillah.
Ditakdirkan lepas upsr saya dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh di selatan. Ibu membenarkan sy pergi sebab sekolah tu bagus dan masa depanku lebih cerah walaupun terpaksa berjauhan.
Ayah.. waktu itu sy takut nak hubungi ayah sebab ibuku sangat marah dengan ayah. Ibu selepas sah bercerai terus bawa saya lari dan ayah tidak dapat mencari kami. Masa tu telefon bimbit tak ada lg.
Bermula persekolahanku di sekolah berasrama. Masuk tahun kedua ibu beritahu dia dapat bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat. Waktu di tingkatan 3 ibu beritahu dia dah naik jawatan setiausaha dan akan berkahwin dengan org besar syarikat tempatnya bekerja. saya masa tu happy laa sebab cara ibu cerita bakal ayah tiriku seorang yang kaya raya, rumah banglo kereta mewah bersusun2. Dalam hati dapat bayangkan ada bilik sendiri, rumah ada swimming pool haha.
Jadi lepas kahwin, ibu pun tinggal di rumah banglo kepunyaan ayah tiriku. Memang seperti dibayangkan. Tapi yang x bestnya rumah tu penuh dengan keluarga ayah tiriku dan mereka memang selalu pandang sinis dekat saya. Menurut mereka, ibu punca rumahtangga ayah tiriku musnah dan mereka masih menyukai bekas isteri ayah tiriku. Dan ex wife dia selalu dtg buat baik pada ibu dan ayah mertua ibuku. Ibu pulak semakin membiarkan aku semenjak ada suami dan dia nampak bersungguh2 untuk mengambil hati ibu mertuanya. Saya pulak masa tu remaja dan suka memberontak.
Alkisah saya merajuk teruk dengan ibu saya dan makan hati dengan layanan keluarga ayah tiriku. Oh ya.. ayah tiriku macam tidak menerima kehadiranku mungkin sebab saya cuma anak tiri. Saya tidak layak beri arahan pada org gaji dan driver di rumahnya. Ok fine.
Saya pun cuba menjejaki ayah namun malangnya ayah sudah berpindah dan saya tak tahu mana nak cari ayah.
Tahun 2005 ketika umurku 20tahun. Waktu itu saya masih di university. Segala cerita tentang ibu ayahku saya ceritakan pada kawan baikku aiza namanya. Dia yatim piatu. Dia sangat menyokong usaha saya untuk menjejaki ayah kandung saya. Saya telah pergi ke segamat mencari saudara ayah sebab atuk nenek belah ayah dah lama meninggal. Pakcikku dan makcikku saya tak pasti tinggal di mana kerana last sekali saya jumpa mereka ketika umurku 9thn. Akhirnya saya sampai di kampung ayah. Nasib baik saya terjumpa dengan satu tokey kedai gunting rambut yang pernah rapat dengan ayah saya. Dia yang bgtau mana ayah saya tinggal. Rupa2nya ayah dah berkahwin lain dan menetap di JB dan bekerja di singapura.
Aiza setia menemani saya sehingga ke johor bahru. Kami menaiki bas dan keretapi sahaja. Kami pergi ke alamat yg diberikan pakcik tadi. Alangkah gembira saya dapat berjumpa ayah yang sekian lama terpisah. Ibu tak pernah memburukkan ayah cuma dia tak suka saya tanya pasal ayah. Sebab tu saya memendam rasa bila rindu kat ayah. Ayah peluk saya erat2. Ayah dah ada 4 org anak dengan isteri baru. Hidup sederhana. Ibu tiriku masyaAllah sungguh baik. Dia bersusah payah kemaskan satu bilik stor untuk dijadikan bilik tidur untukku. Anak2 yg lain dibiarkan berhimpit satu bilik. Maklumlah rumah kecil. Adik2 ku masa tu paling tua berusia 4thn. Mmg selang setahun ayah dpt anak baru.
Disebabkan kesusahan hidup ayah, saya nekad untuk bekerja pada cuti sem untuk mebantu keluarga ayah sebab mereka anak beranak hidup cukup2 makan.
Ibu pula, dah ada 2 org anak dengan ayah tiriku. Tapi saya enggan balik ke rumah ibu kerana kepulangan saya tidak dialu2 kan. Tapi saya masih menghubungi ibu bertanyakan khabar
Pada tahun 2010, ibuku telah diceraikan. Mengikut kata ibu, ayah tiriku dah berkahwin lain dan madunya kerap cari pasal dengan mereka sehingga ibu berpisah. Tambahan pula adik beradik ayah tiri tidak sukakan ibu dari dulu lagi. Nasib baik ex ayah tiri ada berikan sebuah condo. Yang sedihnya anak2 ibu dengan ayah tiri tidak dibenarkan ikut ibu konon tak mahu hidup mereka melarat. Mereka dijaga oleh ibu mertua ibuku.
Ibu menghubungi saya menangis semahu2nya dan mahu tinggal bersamaku. Saya berterus terang yang saya sudah tinggal dengan ayah di JB dan bekerja di sana. Ibu terperanjat dan ingin berjumpa dengan ayah untuk meminta maaf dan menyesal kerana menyingkirkan ayah dlmdan hidupnya. Selama perkahwinan dengan suami baru dia tak pernah merasa bahagia walaupun hidup diselubungi duit.
Saya bawa ibu bertemu ayah. Dalam hati saya rasa bersalah kerana mungkin tindakan saya buatkan ibu tiriku berkecil hati. Bagaimana kalau ayah dan ibu masih menaruh perasaan sesama sendiri.
Pada tahun 2012, ibu telah berjumpa dengan ayah. Jenuh saya nak pujuk ayah untuk berjumpa ibu. Akhirnya ayah bersetuju. Ibu tiriku nampak redha je dan dia menyokong keputusan ayah untuk terima ibu semula.
Tahun 2012, ibu tiriku mengandung lagi dan ayah pula berkahwin semula dengan ibuku. Kami tinggal di rumah yang besar sedikit kerana ibu mmg businesswoman yg bergaji besar. Saya perasan ibu tiriku semenjak mengandung kesihatan dia semakin kurang baik. Selalu ditahan di wad akibat darah tinggi mungkin faktor usia dan berat badannya yg agak besar. Ibuku yang menjaga anak2 ayah bila ibu tiriku tak larat. Mungkin juga sebab ibu terlalu merindui anak2nya menyebabkan ibu menjadi sangat penyayang.
Ketika kandungan ibu tiriku mencecah 34 minggu ibu diserang sakit kepala yang teruk. Tekanan darah ibu tiriku naik mendadah dan mula muntah2. Ayah telah membawa ibuku ke hospital dan ibu tiri ditahan di wad dan pembedahan dilakukan segera. Anaknya selamat dan dimasukkan di nicu. Ibu tiriku setelah bertarung nyawa akhirnya dia pergi jua meninggalkan kami dan anak2nya yang masih kecil.
Ayah waktu itu tak tentu arah. Nasib baik ibuku ada dan dia bersedia untuk pikul tanggungjawab menjaga anak2 tiri.
Maka sekarang hidup kami, alhamdulillah. Bisnes ibuku berkembang baik dan ayah lebih bertoleransi dan biarkan ibu bekerja sementara ayah jadi manager ibu. Kalau ada rezeki lebih kami akan bercuti sekeluarga dengan adik2 ku yg lain. Kami juga membawa anak2 ibu yg lain ketika bercuti.
Saya rasa sangat bahagia. Kalau dulu saya anak tunggal, ibu bapaku bercerai dan semua yg saya lakukan seorang diri tanpa siapa ambil kisah sekarang saya dikelilingi ibu ayahku dan adik2 yang ramai. Bila org tanya kenapa saya x kahwin lagi jawapan saya sebab saya banyak komitmen dan saya masih x puas hidup dengan family saya sekarang ni. Saya bersyukur sangat kehidupan saya berubah sgt dan saya harap ianya berkekalan. Buat ibu ayahku happy anniversary yg ke 33 tahun semoga terus menjadi loving couple (tolak 15thn sebab bercerai) hehe..
Sekian saja cerita saya
– Seri mastura
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit