Kisah Ibu Tiri Perangai Syaitan

Nama aku L. Aku rasa aku ni nak kena depression semula. Berbelas tahun aku simpan.

Sebab aku bukan jenis taip aib aku dalam wall mana-mana page macam yang biasa orang buat. Atau bercerita jadi mak cik bawang walaupun aku ada ipar duai dengan saudara-mara.

Sebab tu aku nak luahkan apa yang ada dalam hati aku ni dekat sini tanpa orang tahu siapa aku.

Kalau admin sudi siarkan aku bersyukur. Sebab mana tahu ada yang macam aku. Boleh jadikan cerita ni inspirasi dan tauladan.

Aku harap admin hide profile aku. Supaya nanti dekat akhirat aku tak kena hukum. Sebab cerita aib aku.

Aku ni anak yatim piatu. Waktu aku umur 15 mak aku meninggal kena buatan darah daging sendiri. Sebabnya tak puas hati mak aku beli tanah mak dia.

Walaupun yang dengki tu dapat tanah tak yah beli. Nenek aku bagi free sebab dia anak lelaki tunggal. Tamak kan manusia ni?

Ayah aku meninggal waktu umur aku 20 tahun. Tanah kubur masih merah, ayah aku kahwin lagi dengan janda umur 24 tahun anak sorang.

Diatur oleh kakak ipar mak aku sendiri. Sebab memang itu agenda dia. Nak bagi keluarga aku musnah.

Yang ayah aku kahwin tu sedara-mara dia juga. Katanya untuk tengok aku adik beradik. Tapi rupanya dia pun pakai bomoh jugak.

Dia tahu bapak aku pegawai kerajaan. Jadi dia bodohkan bapak aku. Kaut semua harta.

Sebab tu dulu bekas laki dia lari tinggalkan dia lepas dapat tahu dia amal syirik. Hidup aku macam dalam neraka dunia waktu tu.

Kalau korang pernah tengok sinetron indonesia yang famous dulu, ”tajuk bawang putih bawang merah” hidup aku waktu tu macam tu.

Ini bukan halusinasi tapi cerita betul. Memang macam tu la mak tiri aku. Penuh pura-pura.

Depan orang baik giler. Padahal macam syaitan dah perangai. Semua penduduk dekat kawasan tu percaya dia 100%.

Sebab dia memang boleh berlakon teraniaya dengan aku adik-beradik sampai mengalir air mata tahu, macam dalam filem. Korang rasa ada ke orang nak percaya dekat korang kalau jadi macam tu??

Memang tak sebab dia sangat pandai berlakon.

Kerja dia lepas bapak aku pergi kerja, dia preng motor pakai tudung, sambil mengenakan gincu merah dia, pakai make-up tebal ala opera cina, sambil pakai baju jarang dengan pakai kain panjang terbelah sampai lutut.

Korang bayangkan la..

Sebab selama aku hidup, dia sorang je manusia yang pakai macam tu waktu tu. Lepastu buat perangai macam budak bujang. Sambil bawa anak dia dalam raga motor.

Dia akan pergi melepak sambil fitnah dekat aku dan adik- beradik. Bapak aku sejak kahwin dengan dia makan kedai. Pasal dia tak masak.

Dan tak buat apa pun. Kalau balik rumah dia duduk dalam bilik tengok tv sambil makan jajan. Oh ye, kalau korang nak tahu dalam bilik dia penuh jajan dia beli berplastik macam dekat kedai runcit.

Dia beli macam orang berniaga tu lepastu gantung dalam bilik dia untuk tak bagi adik adik aku makan. Sebab adik aku pun kecik lagi. Sebaya anak dia.

Semua kerja rumah aku buat kalau aku balik dari asrama. Sebab aku dah biasa duduk dalam kemas dan bersih. Arwah mak aku ni sejenis perfection.

Semua kena kemas, kena teratur dengan bersih.

Disebabkan dia ni tersangat la rajin rumah aku yang pernah menang rumah tercantik dari segi kebersihan dengan landskap penuh pokok bunga jepun dan spesis orkid tu dah jadi macam hounted house.

Memang nampak macam rumah tinggal. Macam tak da orang duduk. Bersawang, penuh dedaun sampah dengan rumput. Kain langsir tu dah penuh sarang labah- labah.

Pokok bunga banyak yang mati. Dapur penuh pinggan tak basuh. Mungkin nak bagi makan dekat jin dia kot.

Bilik air jangan cakap la. Berlumut dengan berlendir. Kalau salah pijak memang jatuh la.

Adik aku waktu tu baru je sekolah rendah. Tapi hidup dia, macam gelandangan. Hari – hari pergi makan rumah pekerja bapak aku. Adik aku yang sorang lagi umur 12 waktu tu bawak. 

Alhamdulillah ada yang sudi bagi adik-adik aku makan walaupun gaji dia orang sebagai buruh sikit. Semoga Allah swt sahaja balas jasa mereka.

Aku waktu tu walaupun budak aku rasa hairan pasal apa bapak aku marah. Padahal dia ni jenis tegas sebab atuk aku dulu askar melayu.

Aku tau mak tiri aku ni pakai guna-guna lepas aku tak sengaja nampak dia masukkan sesuatu dekat bahagian atas dalam bekas air minuman yang jenis orang dulu -dulu pakai tu.

Ala yang jenis ada batu dengan ceramic tu. Sekarang pun aku pakai water filter jenis tu. Sebab air dia jenis bermineral, manis. Sambil -sambil tu dia baca apa aku tak tau. Sama juga dengan dalam beras, dia buat benda sama.

Sejak tu aku perasan ayah aku jadi lupa diri, dulu rajin solat malam, mengaji, benda benda lagha ni insyaAllah dia tak buat.

Dia selalu pergi surau. Lepas kahwin baru, semua tu dia tak buat. Kalau adik aku sakit laju je dia bawak pergi klinik.

Ni apa pun dia tak ambil tahu. Adik aku tu sampai demam 3 hari berturut dia tak peduli. Aku ni kena pergi beli panadol dekat kedai runcit.

Sebab apa aku cakap, dia memang tak nak dengar seolah-olah kami tak wujud. Di sebab kan aku ni budak asrama penuh aku jarang balik. Tapi disebabkan masalah aku alàmi ni berterusan prestasi akademik aku merundum.

Aku tak boleh nak fokus sebab adik-adik aku terbiar tak da siapa tengokkan. Aku pulak sedap je makan cukup. Aku jadi depression dan akhirnya aku decide tukar ke sekolah harian biasa.

Jadi hari – hari aku boleh tengok adik aku. Masak untuk dia orang guna duit yang abang aku bagi sebagai security guard dekat tanah tinggi. Aku nekad berhenti lepas aku dapat tahu adik aku yang paling kecil tu kena dera dengan mak tiri aku.

Setan kan perangai dia. Adik aku tu kecik lagi. Depan ayah aku, dia konon sayang adik aku.

Marah aku berkemuncak bila ada satu hari tu dia nak tuang dekat adik aku air panas. Aku lempang dia dekat situ jugak.

Pandai dia berdrama reka cerita cakap aku yang mula kan dan dia lah yang teraniaya dan macam biasa ayah aku percaya kan dia macam biasa.

Aku pulak bergaduh dengan ayah aku sampai kena label anak derhaka. Hancur hati aku ayah aku dan satu-satunya orang yang aku paling bergantung hidup aku tak percaya aku. Aku tak tahu nak cerita dekat siapa.

Jadi aku decide nak jumpa pakar psychology lepas guru kaunseling aku advise aku jumpa dia untuk kesihatan mental aku dan pakar ni akan bagi nasihat dekat aku macam mana cara terbaik mengatasi tekanan perasaan dari berlarutan.

Sebab adik-adik aku cuma ada aku untuk teruskan kehidupan. Aku kena kuat dari segi mental.

Setiap hari aku pergi sekolah aku naik bas, dalam 3 km aku nak sampai stesen bas tu. Kadang ayah aku hantar waktu dia nak pergi kerja. Kadang aku tumpang orang.

Waktu balik kalau dia ingat dia ambik. Kalau dia lupa aku jalan kaki. Atau kalau nasib baik ada kawan arwah mak aku tumpang kan.

Dia orang pun memang tahu perangai mak tiri aku tu. Cuma benda yang paling menakutkan aku bila waktu balik sekolah aku kena jalan kaki, yang hutan kiri kanan penuh sebab jalan kampung. Kadang ada jugak sinalau balakas aka babi hutan dekat situ.

Lepastu banyak penempatan warga asing dalam tu. Aku berserah dan bertawakal kepada Allah swt agar aku selamat sampai rumah hari-hari demi adik -adik aku.

Alhamdulillah aku dilindungi nya. Orang tengok aku kadang tu, tengok je, kadang tu ada yang macam tak perasan aku lalu.

Sambil berjalan sambil aku baca doa pelindung, dalam hati takut sebab risau sebab dekat situ pernah terjadi kisah yang menggemparkan malaysia tentang kes rogol dan bunuh student tingkatan 2 sebab mak dia terlewat ambil dia beberapa minit je lambat.

Jadi korang faham tak macam mana perasaan aku nak tempuh benda tu hari-hari. Sampai ada kawan aku cakap aku gila sebab berjalan jauh nak balik rumah seorang diri waktu nak senja. Aku terpaksa balik lambat walaupun tengah hari dah habis kelas.

Sebab tak ada bas nak masuk kawasan kampung aku selain jam pukul 4. 00 petang. Kalau terlepas bas tu alamat kena ambil bas pukul 7 petang pulak.

Itu la kehidupan aku hari-hari selama aku bersekolah nak habiskan sekolah sampai tingkatan 5. Mentally tortured and tanggungjawab yang aku kena pikul waktu aku patut nya menjadi seorang pelajar cemerlang.

Rasa terlalu panjang story ni, jadi korang nanti kan yang seterusnya di mana aku diganggu belaan bapak kepada mak tiri aku ni dekat kampung dia dalam part 2.

– L (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. astaga, punya kesian. baik minta bantuan org agama ubat bapa kau😢 ndu ba sis, semoga baik2 saja ah. from fellow sabahan here

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *