Untuk part I, (https://iiumc.com/kisah-anak-luar-negara/).
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih pada yang baca dan tinggalkan comments pada confession sebelum ni. Tahniah juga pada yang share bahawa mereka juga mengucapkan ‘I love you’ pada anak-anak.
Kali ini aku akan berkongsi dari perspektif seorang Muslim dan Islam di Amerika. Aku berkongsi pengalaman aku ye mungkin Muslims in other parts of US may or may not experience what I experienced. Here goes my story.
Kami tiba pada musim panas. Lebih kurang 2 minggu sebelum semester bermula. Kami pilih apartment yang dekat dengan masjid dan kampus. Both pun walking distance.
Di US ada yang disebut masjid atau Islamic Center. Disebabkan kami masih jetlag dan perbezaan masa dengan Malaysia ialah 12 jam jadi ada ketikanya kami terbangun awal. Suami aku pergi ke masjid untuk Subuh pada pukul 4 pagi. Dari situ kami mula kenal dengan orang Islam yang lain.
Sheikh Saleh. Sheikh Saleh berasal dari Sudan dan migrate ke US. Hampir setiap waktu solat dia ada di masjid kecuali bila bekerja.
Rumah dia yang paling jauh dan dia akan offer pada sesiapa yang nak tumpang ke masjid. Bagi aku ramai yang akan jadi saksi kebaikan dia di akhirat.
Orangnya sangat baik. Aku jumpa isteri dia sekali je. Mereka berdua belum ada rezeki anak tapi aku pasti ada balasan indah untuk this couple due to their kind heart.
Sebelum kami pulang ke Malaysia, Sheikh Saleh dan isteri pindah ke negeri lain sebab nak bekerja dengan kawannya.
Sheikh Adel. Sheikh Adel ni ada masalah penglihatan. Isteri dia yang akan drive dan hantar dia ke masjid. Bila isteri dia ada class (isteri sambung master in Mathematics) dia akan jalan kaki ke masjid.
Dia ada 3 anak perempuan. Yang sulung dapat highest score for her SAT dan dapat sambung belajar di Cornell University.
Cornell ni one of the top schools di US also an Ivy League university. Sheikh Adel dan isteri juga dari Sudan. Sheikh Adel ni orang kuat masjid. Kadang-kadang bila aku pergi masjid dengan suami aku, dia akan tanya “how are you sister?”.
Pernah sekali aku masuk ke pejabat masjid sebab dia minta tolong suami aku tengokkan pc. Aku nampak ada surat di atas meja. Terus Sheikh Adel cakap “Go on, you can read it”. Rupanya surat tu datang dari banduan penjara.
Kebanyakkannya minta pihak masjid bagi terjemahan Quran, bahan bacaan Islam serta cara untuk solat. They are reverts.
Tapi pihak masjid tak dapat nak bantu banyak sebab kekurangan dana dan atas faktor tempat kami juga kurang orang Islam. Kebanyakkan yang Muslim pun adalah students dari Saudi. Tapi dorang ni pun jarang ke masjid.
Abu Hani. Orang Palestin yang dah lama migrate ke US. Ada kedai kebab di downtown (pekan/bandar). Abu Hani selalu solat Maghrib dan Isyak di masjid lepas dia tutup kedai. Tapi dia akan solat dengan topi, tshirt dan seluar paras lutut.
Mula-mula aku pun pelik tapi bila aku tahu dia salah seorang yang dirikan dan bina masjid tu aku tak persoalkan appearance dia. Aku sedar yang pahala dia lagi banyak dari aku. Hihi.
Anas. Anas ni student dari Saudi. Dalam ramai student Saudi, dia ni je laa yang kerap ke masjid. Isterinya dari Madinah dan Anas dari Riyadh.
Isterinya bersalin di US dan dapat anak American nama Abdullah. Aku laa jaga Abdullah ni for months lepas ibunya habis cuti sebulan lepas bersalin.
Aku teringat ketika berpuasa pada musim panas, aku teringin nak makan KFC. Di bandar kami pun ada KFC tapi tak halal. KFC yang ada ayam halal was 3 hour and a half from our place.
Bayangkan kalau aku nak makan KFC aku kena drive dari rumah aku di Bangi sampai ke Taiping haha. End up aku google je gambar ayam KFC and tengok je laa yang mampu.
Setiap hari Sabtu masa bulan Ramadhan kami jemput rakan-rakan dari gereja untuk turut serta dalam majlis berbuka puasa.
Yang datang terdiri dari orang-orang tua. Ada satu peristiwa semasa jemaah wanita mula solat maghrib, seorang nenek Kristian ni berdiri, aku yang tak boleh solat hanya memerhati. Bila jemaah selesai beri salam, dia pun duduk.
Rupanya dia berdiri sebagai tanda hormat sedangkan tak perlu pun dia buat begitu.
Orang-orang Arab pun sanggup kongsi duit dan beli kambing dari orang Amish untuk sembelih cara Islam sebab tempat kami tinggal ini memang susah nak dapat makanan halal. We had to travel to buy them.
Pernah sekali aku nak beli lengkuas tapi susah nak jumpa konon nak masak lauk pagi raya. Kalau beli kat Amazon plak sampai lepas raya akhirnya aku masak simple je. Haha sedih aku bila banding menu aku dengan menu orang Malaysia masa tu.
Masa kejadian tembakan di Christchurch kami semua terkejut dan berdebar sebab masa kejadian tu kami masih lagi hari Khamis. We don’t want any crazy person to do the same to us.
Aku pun serba salah nak bagi suami aku pergi solat Jumaat. Akhirnya Sheikh Adel update yang pihak polis di bandar kami akan berkawal di luar masjid semasa waktu solat. Minggu depannya kami travel ke bandar lain.
Kebetulan masuk waktu solat Jumaat jadi kami singgah solat di sebuah masjid yang besar. Ada juga polis yang berkawal di kawasan masjid. Sebenarnya dari bangunan dan fasiliti sesebuah masjid tu pun kita boleh tahu komuniti Islam situ bagaimana.
Contohnya ada masjid 2 tingkat yang kami selalu singgah di bandar bersebelahan. Masjid ini ada sekolah agama, playground dan juga basketball court. Memang proper sebab kebanyakkan Muslim di kawasan itu bekerja sebagai doktor atau jurutera.
Tapi ada satu masjid yang segar dalam ingatan aku. Masjid ni kami singgah semasa travel ke Chicago. Masa tu musim fall. Kami berhenti untuk solat Maghrib dan Isyak. Kami berpandukan google maps.
Mula-mula aku tanya suami aku betul ke kita dah sampai sebab kawasannya agak ghetto dan gelap. Siap nampak racoon melintas jalan lagi. Haha.
Suami aku keluar dan check. Bila dia cakap okay baru kami keluar dari kereta. Risau juga sebab Chicago ini salah satu tempat yang mempunyai kes jenayah tinggi di US.
Buka je pintu masjid, kami disambut seorang brother berkulit gelap. Sangat welcoming dan sopan mungkin dia tahu kami travel and we don’t seem local to him.
Dia pun tunjukkan aku tandas wanita sambil cakap “You can take wudhu in there”. Tandas ada sebuah je tapi cukup lengkap.
Tisu, hand soap dan tempat tukar diapers baby pun ada dalam tandas tu. Sebab dia nampak kami ada anak kecil, dia tunjuk pada microwave dan cakap “You can use this to heat food for her”. Aku senyum dan ucapkan terima kasih. Masjid ni dari luar nampak kecil.
Bagi aku besarnya macam surau di kampung. Azan maghrib dilaungkan dan dari sebalik langsir aku nampak seorang lelaki kulit putih melaungkan azan.
Sebak dan sayu dengar azan sebab di Malaysia dah biasa dengar sampai tak kisah pun tapi bila pergi ke negara di mana laungan azan tak boleh dilaungkan melalui speaker, aku jadi sebak.
Sungguh aku rindu azan semasa di US. Satu nikmat yang aku harap jangan lah kita take for granted ye.
Jemaah lelaki mula tiba. Ada yang berkulit brown, black and white. Selesai solat aku ternampak ada nota yang menyatakan bahawa masjid ini perlukan dalam $25 sebulan untuk bayar bil. Terkedu aku. Sungguh jujur orang yang menjaga masjid ni.
Sebenarnya banyak masjid yang aku singgah untuk solat semasa kami travel di sana tapi entah kenapa masjid yang kecil di kawasan ghetto ini laa yang cukup menyentuh hati.
Bersyukur laa kita dapat amalkan Islam dengan mudah. Di sana aku tahu kain sehelai di kepala aku cukup untuk dijadikan target oleh pihak yang membenci Islam.
Tapi pada masa yang sama aku dapat rasa keindahan Islam apabila mereka cakap bahawa “our masjid is yours too”; they really mean that.
Di papan notis masjid ada diletakkan iklan orang yang mencari pekerjaan. Aku tak jumpa nota yang melarang jemaah untuk tidur, larangan untuk bawa kanak-kanak etc. Not many don’ts’ and you feel welcomed.
Walaupun tak lama aku tinggal di US tapi kenangannya sangat manis bagi aku. Teringat ketika kami solat di tepi Sungai Mississippi dan kadang kala when the weather got too cold dan tiada masjid berhampiran, kami terpaksa solat di dalam kereta.
Kami bergilir-gilir ambil wudhu di Walmart dalam keadaan tergesa-gesa sebelum orang masuk pastinya pengalaman yang aku akan kenang selamanya. Aku juga bersyukur bertemu orang yang baik-baik dan mengubah pandangan aku terhadap Amerika dan Americans.
Semoga apa yang aku kongsikan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku ada terselit kebaikan that you can take with you.
Maaf ye aku tak pandai mengarang. Terima kasih sudi baca. Aku harap kali ni confession aku cukup panjang laa ye. Hihi. Terima kasih.
– Midwest//HanJiPyeong (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit