Assalamualaikum semua, apa yang saya nak luahkan ini tentang tawaran saya untuk suami saya berpoligami.
Dulu saya ada buat tawaran poligami dekat suami selepas 10 tahun usia perkahwinan kami tapi suami saya tolak.
Nak tahu apa dia jawab, katanya dia adalah anak sulung dari 5 beradik.
Arwah ibunya dulu sibuk dalam kerja menyambut kelahiran di desa sebagai bidan line ungu atau jururawat masyarakat.
Manakala ayahnya pula selalu tiada di rumah kerana berada dalam hutan untuk hapuskan komunis sebagai tentera.
Katanya lagi sejak kanak – kanak lagi dialah yang membantu hidup arwah ibunya dalam menguruskan rumah.
Sehinggalah buat kerja rumah itu telah menjadi habit dalam hidupnya seharian.
Bila dia berkahwin dengan saya yang bekerja sebagai obestric dan gynecology doctor.
Sehari – hari hidupnya sebagai house husband worker. Bila buat kerja rumah itu sudah menjadi normalisasi dalam hidupnya.
Dia kata tak sesuai untuk hidupnya berpoligami kerana dirinya bukan orang gaji untuk buat kerja yang sama dekat banyak rumah. Maka cukuplah berbakti untuk satu rumah sahaja.
Letihnya diri dekat sini, sibuknya diri dekat sini dan tidur pun dekat sini.
Saya okay untuk berpoligami kerana 2 perkara.
Pertama disebabkan didikan agama oleh arwah abi saya dan kedua sikap pengorbanan suami terhadap hidup saya amatlah tinggi. Mana taknya 90% hidup saya untuk kaum ibu dan bayi di hospital.
Manakala lagi 10% barulah hidup saya untuk keluarga di rumah. Suami sayalah yang menguruskan semuanya termasuklah bila saya balik ke rumah jam lewat malam.
Masa saya tidur dia akan letak anak – anak yang masih kecil di sisi saya.
Dalam hidupnya jimak bukanlah tujuan utama kecuali bila saya minta.
Saya penat di hospital dalam mengerjakan tuntutan agama dalam menjaga nyawa kaum ibu dan bayi serta menjaga maruah kaum ibu.
Suami saya pula penat di rumah dalam mengerjakan tuntutan agama kerana selepas balik dari mencari rezeki untuk keluarga. Dia fokus pula kepada menguruskan rumahtangga.
Arwah abi saya kata hidup ini adalah amanah dari Allah. Jadi mari kenali apa itu amanah Allah untuk kita.
- Jaga hubungan dengan Allah
– berusaha menjalani hidup ini mengikut setiap apa yang disyariatkan dalam agamaNYA
– berusaha menghiasi hidup ini dengan Sunnah Kekasih Allah
- Menjaga hubungan sesama manusia
– berbuat baik
– mencegah kemungkaran
- Menjaga hubungan dengan haiwan dan alam
– berbuat baik
– jangan merosakkannya
Manusia ini adalah milik Allah, hati manusia pun milik Allah dan Allah juga yang membolak – balikkan hati manusia.
Jadi dalam hidup kita jangan letak sifat cinta pada manusia tapi letaklah sifat cinta itu pada Allah.
Kerana selagi mana kita mencintai Allah selagi itulah kita akan mencintai setiap amanah dariNYA.
Sama juga kepercayaan jangan letak dekat diri manusia tapi letaklah kepercayaan pada Allah.
Kerana selagi mana kita mempercayai Allah selagi itulah kita akan mempercayai amanah dariNYA.
Cara inilah yang saya pegang dan amalkan sepanjang keberadaan di di hospital.
Arwah abi saya ajar hakikat kepada cinta adalah tanggungjawab manusia terhadap amanah dariNYA.
Manakala asbab kepada cinta pula adalah usaha dan pengorbanan manusia terhadap amanah dari Allah.
Sebab itulah bagi saya okay sahaja jika nak berkongsi suami kerana suami saya mampu dari segi bekalan untuk mati, bekalan ke hari tua dan bekalan membina rumahtangga.
Apatah lagi suami saya ini hanyalah pinjaman dari Allah untuk saya.
Namun nak buat macam mana habit suami saya dari kecil adalah menguruskan rumah.
Bak kata suami saya sibuknya abang dekat sini, letihnya diri abang dekat sini dan tidurnya diri abang pun dekat sini.
Maka cukuplah hanya berbakti untuk satu rumah sahaja. Saya pun kejar redha Allah dan suami pun kejar redha Allah.
Saya kejar redha Allah dengan jalan yang lain dan suami kejar redha Allah dengan jalan yang lain. Namun tetap kami bersatu di persimpangan utama menuju ke jalan Allah reda.
Begitulah hidup kita di dunia kerana hakikat kepada bahagia adalah syurga. Manakala asbab kepada bahagia pula adalah redha dengan setiap ketentuan dariNYA.
Alhamdulillah hari ini usia perkahwinan dah 15 tahun dan dikurniakan 5 orang anak.
Terima kasih..
– Ummu Yusuf (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit