Kisah Julai

Sejak beberapa minggu yang lalu saya ada menyertai sebuah kelas agama secara percuma.

Dikendalikan seorang ustaz bertauliah di Masjid MTP Kuantan. Niat asal saya menyertai kelas tersebut adalah kerana ingin melihat mak dekat dengan agamaNya. Sebagai seorang yang dah berumur dan tidak bersuami, jika tidak diatur pasti aktiviti seharian mak hanya berada dirumah. Sedangkan mereka yang lain berusaha menggunakan baki masa yang ada untuk beribadah kepadaNya.

Lalu setelah diuar2 kan dilaman sosial berkenaan kelas tersebut, saya terus bertanya kepada mak, ” mak nak g kelas ngaji?’.

Pada mulanya kelihatan sedikit berat untuk menjawab, namun ku cuba juga memujuk dengan mengatakan bahawa ak yang ingin ke kelas itu tetapi tidak punya teman. ‘Saya nak g, tapi segan la mak kalu g sorang2’. Dan akhirnya dia bersetuju.

Hari pertama kami pergi, ustaz ceritakan sedikit sejarah Islam, asal usul Al Quran. Malam itu ak terpana. Tidak aku sangka, aku jahil ilmu Agama Allah.

Nak kata ak budak malas belajar? Tidak. Aku pelajar cemerlang sejak dari bangku sekolah. Aku graduan kejuruteraan di Universiti. Aku khatam Al Quran sewaktu umurku 11 tahun. Dahulu ak pelajari ilmu agama di Taski Abim. Dan pengajian ku tamat pada umurku 12 tahun. Solat, mengaji Al Quran, Sirah, semuanya ku belajar di sana.

Akan tetapi aku semakin meninggalkan ilmu agama dan mengejar ilmu dunia. Mula fokus PMR, SPM, dan ijazah. Ilmu agama cukup dengan ku hadiri ceramah2 di surau2.

Dan hari ini ternyata telahan ku silap. Aku jahil agama. Baru sehari ku hadiri kelas, ternganga mulutku mendengar hujah ustaz.

Kononnya niat asalku ingin mengajak mak menuntut ilmu, fikir diriku sudah penuh ilmu didada, dan kononnya kelas ini cuma mahu teman si bonda. Malu ak sendiri.

Aku anak muda, punya masa, wang, tenaga. Hadir ke surau konon sudah cukup amalnya. Fikir diri hebat berhujah dilaman sosial. Anggap diri mulia yang lain hina. Tapi hakikatnya aku langsung tak kenal agama.

Baru kelas pertama, mulutku ternganga.

Sebelum ini sejarah agama ak lakukan seperti kisah silam nenek moyang yang cukup sekadar ak tahu dan ‘pernah dengar’.

Tapi tidak! Ia harus dikuasai! Percaya Allah dan Nabi itu wujud. Akan tetapi keyakinan itu kurang. Buktinya, hari2 hidup tertekan kerana perbelanjaan. Zaman nabi hari2 hidup tak mewah, tertekan kah mereka? Serabutkah mereka kerana xmampu beli harta?

Sebelum ke kelas tersebut, ak seorang yang rajin juga mengaji. Kiranya, khatam Al Quran itu sudah biasa. Tapi setelah hadiri kelas agama tersebut, baru ku tahu sebutan hurufku salah. Sebelum ini ku ambik remeh. Asal cukup panjang harakat, ada dengung dah ok.

Bagaimana Allah nak nilai khatamku berkali2 selama ini, kalau sebutan hurufnya pun ada yang salah? Bagaimana nak nilai solatku tak henti setiap hari, kalau A Ba Ta ‘Tsa’ pun salah?

Kelmarin ustaz ada sebut, Al Quran adalah kalam Allah. Mukjizat. Ayat dari Pencipta. Tapi orang kita baca macam ayat tu turun dari bapak dia. (maaf ayat kasar sedikit)
Tapi betul, kita baca Al Quran (sekali sekala) tapi ada kita ambil kisah bacaannya betul atau tidak. Asal baca ohh okay dah dapat pahala. Dalam hati #done mengaji.

Terasa rugi diri ini. Amat rugi. Sepatutnya ak menguasai agamaku sejak dari bangku sekolah lagi. Akan tetapi pelajaranku tidak seimbang. Aku mengejar ilmu dunia kerana career. Dan akhirnya? Ak tetap kerani di kilang biasa.

Cuba bayangkan sekiranya kita dilahirkan non muslim. Sekiranya tidak mencari agama sebenar, mampukah kita untuk syurga?

Sama sahaja seperti kita sekarang.
Kalau kita tidak berusaha mengenal Islam. Kita tiada beza dengan mereka yang lain, menyembah tuhan kerana amalan keturunannya.

Maaf andai telahan saya berbeza, saya bukan ustaz mahupun tahfiz, cuma ayat2 ini lah yang sentiasa bermain di benak sejak minggu lalu.

Ingatkan dah ada degree dah cukup ilmu, tak sangka masih bertatih mengenal Islam.

Termenung sendiri.

– Jojo Arsyid

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *