Kisah Kehidupan

Assalammualaikum buat para pembaca sekalian semoga anda dalam keadaan yang baik-baik saja. Saya bahasakan diri dengan panggilan aku ye. Aku merupakan seorang anak jati kelahiran daripada selatan tanah air. Sorry sekiranya entri aku ni sedikit panjang.

Aku merupakan bekas salah seorang pekerja di kedai serbaneka 24 jam yang paling famous bukan saja di Malaysia malah diluar negara sekalipun. Kedai tersebut mempunyai kedudukan carta organisasi dan tempat paling atas adalah Field Manager (FM), Manager (SM), Assistant Manager (ASM), Retail Associate (RA) dan Store Associate (SA).

Namun, field manager tidak tinggal bersama di dalam kedai tersebut tetapi office nya di tempat kedai serbaneka lain cumanya tugas field manager hanya memantau daripada jauh. Maka di dalam kedai yang tempat aku bekerja ni hanyalah ada seorang pengurus, seorang penolong pengurus dan jawatan yang lainya.

Jawatan aku adalah penolong pengurus (aku tak bangga dengan jawatan ini). Aku diberikan jawatan tersebut disebabkan oleh education background dengan zero pengalaman. Aku bersyukur ada orang sudi hire aku dan sandarkan aku dengan jawatan sebegitu with zero experiences.

Tetapi langit tak selalunya cerah sampai ke petang, hujan juga pada waktu tengah hari. Minggu pertama aku kerja aku buat kerja basic seperti cleaning dan cara mengendalikan mesin cashier and how to interactions with customers and etc.

Start minggu kedua barulah aku dimasukkan dalam beberapa group WhatsApp dan bermulah pengurus aku menunjukkan sedikit demi sedikit perangainya. Aku dengan jawatan sebegitu banyak perkara aku kena belajar tetapi, pengurus aku apabila minta ditunjuk ajar dia suka marah-marah aku, kekadang memaki kebiasannya di dalam group whatsapp dia buat macam tu.

Apabila tanya bersemuka dengannya dia jawab acuh tak acuh kekadang menengking. Aku ni yang zero pengalaman of course aku banyak tanya dan banyak perkara aku tak tahu. Selepas aku dapat tahu sikap pengurus aku macam tu kebanyakan aku belajar daripada pengurus daripada kedai serbaneka lain tetapi dibawah satu daerah yang sama.

Setiap kali aku belajar melalui whastapp aku akan sediakan nota kecil untuk aku supaya tidak melakukan kesilapan. Pernah aku melakukan kesilapan hanya sekali saja tetapi aku punya pengurus marah aku macam aku buat kesalahan besar. Sejak pada tu aku berhati-hati, setiap perkara baru aku belajar aku buat nota untuk diri aku.

Oh ya, lupa nak bagitahu pengurus aku tu boleh jadi pengurus sebab dia bermula kerja start daripada bawah sebab tu banyak perkara dia tahu cumanya bila dia jadi pengurus tapi dia kurang ilmu dalam mengurus.

Kenapa aku kata begitu, sepanjang aku kerja tu ada seorang RA iaitu jawatan dibawah aku dia hantar notis 24 jam. Hal ini berpunca daripada seorang pengurus tersebut. Dia tak pandai menjaga pekerja bawahan dia.

Pernah satu hari, seorang RA tersebut hanya mempunyai sebuah motosikal dan kebetulan motosikal dia rosak, on that day RA ni dia kena bank in duit. Mesin CDM kat tempat kawasan aku kebetulan tu rosak maka kenalah keluar pergi CDM kat tempat lain tetapi tiada transport untuk pergi.

Sepatutnya tugas aku tetapi aku tak belajar lagi perkara ini maka RA aku kena push dengan pengurus aku. Di dalam pemikiran aku sekiranya pekerja bawahan dia tak mampu untuk melakukan bukan ke pengurus datang membantu bersama-sama.

Tetapi tidak bagi pengurus aku, dia push RA tu sampai boleh dapat pergi CDM dan aku sekali terkena tempias siap dia kata aku banyak kasi alasan itu ini. Hakikatnya pada hari tu aku sorang jaga pagi nak kena layan customers mana sempat nak baca whatsapp apatah lagi untuk membalas whastapp tersebut.

Selang beberapa hari, semua kedai serbaneka dalam satu daerah telah melakukan audit. Tetapi audit tersebut telah dilaksanakan mengikut turn dan kebetulan audit tu dilakukan di kawasan yang jauh dengan kedai aku. Perjalanan nak pergi kesana mengambil masa lebih kurang sejam lebih. RA ini menghantar notis 24 hours disebabkan kejadian ini.

Macam biasa pengurus aku memaksa RA untuk turun pergi audit. Pengurus aku tidak mengajak RA ni untuk pergi satu kereta dengan dia. Yang dia tahu hanya push pekerja bawahan dia saja. Setelah RA ni melawan kata-kata untuk tidak dapat hadir dia memaki teruk dalam group whatsapp.

RA aku ni dia takde transport untuk pergi maka pergaduhan bermula diantara RA dengan pengurus dan sekali lagi aku terkena. Aku yang masih baru bekerja dan tambahan pula aku baru saja kerja pada waktu malam. Semestinya aku letih kurang tidur. Akhirnya pengurus aku pergi sendiri dan RA aku terus menghantar notis 24 jam disebabkan dia dah tak tahan dengan sikap pengurus yang sebegitu.

Berbalik pula dengan kisah aku, aku pula terpaksa menghantar notis 24 juga. Hal ini demikian kerana pada satu hari tu, jadual aku adalah aku kena kerja waktu pagi bersama-sama dengan seorang SA (pekerja baru) beserta pengurus akan masuk dalam jam 11 pagi sampai 7 malam macam tu. Tetapi aku punya pengurus langsung tak masuk kerja tanpa bagitahu dengan dia punya pekerja bawahan dia serta dengan field manager.

Bagi pandangan aku seorang pengurus yang baik dan bagus at least dia perlu memaklumkan kepada pekerja bawahan dia supaya sentiasa bersedia. Namun tidak bagi pengurus aku. Dia langsung tak masuk kerja tetapi mengarahkan aku macam-macam dalam urusan management di dalam kedai tersebut. Dia arahkan aku melalui whastapp dari A to Z buat kerja disamping aku ni kena ajar budak baru lagi.

Aku jadi penat sangat pada hari tu. Jadual aku dengan SA tu adalah dari jam 7 pagi sampai 3 petang. Maka dalam jam 3.30 petang macam tu baru aku balik kerja setelah aku berpuas hati dengan kerja yang aku buat pada hari tu. Dalam jam 3 lebih macam tu, aku punya field manager tanya dalam group whatsapp mengenai form pekerja baru dah email ke belum.

Aku dengan taktahu apa-apa, aku kena push dengan pengurus aku untuk datang balik di tempat kerja. Bagi aku tak logik disebabkan waktu kerja aku dah abis maka selebihnya waktu pengurus aku bekerja tapi langsung tak masuk kerja malah push-push aku untuk pergi balik semula ke kedai.

Oh ya lupa nak bagitahu semasa dia arahkan aku macam-macam buat kerja tu aku adalah terbuka status whatsapp dia.. aku tengok happy je dia siap jalan-jalan dengan husband and anak dia. Yang aku dikekahkan umpama hamba dia.

Pada petang tu juga, aku punya waktu rehat diganggu sebab aku dah kat rumah dengan dia push aku untuk pergi ke kedai semula disebabkan field manager nak dokumen tu perlu diemailkan, aku pon telah mempersoalkan dia dengan dua soalan saja iaitu ‘bukan ke sekarang ni waktu **** bekerja?’, ‘tapi **** kemana?’.

Lepas aku menghantar whatsapp macam tu ke pengurus aku punya hangin macam tertelan sarang tebuan, hahaha. Dia balas macam-macam tapi aku tak balas satu chat apa-apa pon sebab bagi aku, aku hanya mempersoalkan dia dengan soalan berfakta.

Field manager bising juga dalam group whatsapp disebabkan pengurus tak valid dekat kedai tanpa bagitahu dia, tetapi aku punya pengurus balas whatsapp field manager tu menunjukkan dia ada kat kedai tetapi dia takde kat kedai tersebut malah pm aku kat whatsapp sambil push aku untuk datang ke kedai settlekan apa yang FM nak.

Aku punya pengurus siap dia cerita ke field manager serta one of my brother yang aku ni umpama seorang yang problem dalam bekerja maka aku telah diremoved dalam semua group whatsapp. Dia tak ceritakan hal sebenarnya pon kenapa aku bertindak sebegitu.

Oh ya dia kenal abang aku that’s why dia ceritakan pada abang aku. Tetapi bila aku baca balik semula apa yang dia ceritakan pada abang aku semuanya macam kelakar. Semuanya nampak macam aku yang salah. So, pada malam tu juga aku pulangkan semua barang company serta dengan surat notis 24 jam sebab dengan hanya 2 soalan aku mempersoalkan dia aku kena removed dalam semua group.

Selepas aku pulangkan semua barang company aku whatsapp personal dengan pengurus aku tu, aku minta maaf sambil aku kasi sedikit kata-kata nasihat kat dia supaya berubah sebab vendor-vendor tahu dengan sikapnya sebegitu.

Aku terlalu terkejut dengan apa yang berlaku ke atas diri aku. Aku juga tak sempat merasa gaji first aku. Serius sedih aku pernah bekerja situ dan hanya tidur 5 jam selebihnya aku bekerja. Terpaksa bekerja lebih masa time tu disebabkan kekurangan pekerja. Public holiday aku kena kerja tapi semuanya berubah dan aku terpaksa hantar notis 24 jam, aku beralah.

Serius aku sedih dengan apa yang berlaku. Aku tak sangka semuanya berlaku dengan sekelip mata. Nak tanya pembaca sekalian lah, kalau menghantar notis 24 jam agak-agak dapat tak gaji?

– Chempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *