Kisah Kelam Hemisku

Anda pernah rasa kerja bawah kuku besi?
Pesanan untuk ibu mengandung jaga emosi
Elakkan Hypertension macam aku.
Aku pernah trauma yang kuat dengan bos kuku besi ini .Sehinggakan melibatkan tekanan darah tinggi sehingga kini kesannya & hypertension .Bayi yang saya kandungkan terjejas kidneynya.

Semua ini kuasa Allah.Siapa kita nak menindakkan.Baby kelimaku salah satu kidney tidak berfungsi.Sebulan sekali jumpa pakar.Dugaan Allah bagi untuk orang yang kuat semangat macam kami.

Aku minta maaf kalau coretan ini makcik bawang marah pada aku sebab ini pun nak membawang.
Dua tahun baby sudah besar baru ada kekuatan nak buat confession ini.
Baru 15 tahun keje hari ini hendak meluahkan!!
Bekerja dengan bos kuku besi tidak akan aku lupa sampai mati.Siapa tidak kena apa yang aku kena agak lega.
Orangnya tidak akan cakap banyak tetapi siaplah SKT awak , habis!!

Pemberatan kerja yang diberikan menyebabkan kerja tertangguh
Kerja jawatan lain pun kena buat last last kerja sendiri tertangguh-tangguh!

Kalau engkau tu bendahari cabuk
Engkaulah pengurus jualan ,
dalam masa yang sama engkaulah pengurus belian,
pengurus stok , pengurus Saham
& setiausaha
Rasa rasa mampu buat?!
Umpama sampah
Akhirnya engkau terbakar!! Hangus!!
Siapa aku hendak arahkan orang bawahan engkau buat kerja masing-masing
Mereka pun banyak tugas SPM & PT3.

Dahulu aku seronok uruskan Koop.Lepas engkau menjajah ia menjadi paksarela jalankan semua kerja jawatan lain untuk orang lain aku dituduh macam-macam?
Kenapa dulu engkau tidak arahkan ALK koperasi buat kerja masing-masing
Dua tahun engkau datang baru kacau bilau Koop kau buat kami?

Lepas Itu pandai pulak engkau tuduh cakap
Cikgu Koop conflicts of interest!!
Eh !! Cikgu je pun kami
Macam macam engkau siasat Koop dgn
PK Ko tersayang engkau pun sama!!
Itu maha dasyat kaki bodek!

Kerja hakiki mengajar haru biru
Tapi dilangsungkan juga
Kerja dibereskan juga walaupun lambat
Rintihan kecil cikgu Koop .

Untuk bos kuku besiku
Dengar sini kalau engkau hendak tahu
2009 Akaun Koop aku bantu buat kerana salinan asal hilang dan kami back up apa yang ada.Tiada mengadu domba salahkan orang itu orang ini.
2010 bendahari sebenar engkau tidak buatpun akaun.Resit&bil diikat rapi dalam plastik sahaja.Siapa yang buat ? Aku jugak cover kerja orang.Aku mohon di keluarkan bendahari itu.2011 hingga 2013 pun orang lain bendahari tapi aku yang pengurus jualan ini volunteer kerja bendahari ! Engkau tidak tahu! Engkau hanya tahu menuduh aku salah.2014 hingga 2016 ya aku bendahari dan memang aku siapkan jugak apa yang tertangguh.Tapi engkau pandai untuk semua kelewatan engkau salahkan aku seorang!
Nampak cerdik tapi bodoh!Alasan sebab aku nampak ketua disitu?

Aku mengaku lambat siapkan audit Koop
Tapi bukanlah kes jenayah!!
Itu jawatan sukarela honorium pun aku tak pernah mintak!!
Siap bagi aku 70++ markah SKT?!!
Markah ini aku tidak tengok sendiri
Kawan-kawan terlibat pengurusan yang maklumkan.Sulit konon!

Yang masa yang sama mabuk teruk mengandung.
Darah kurang
Baby dalam kandungan turut terbantut tumbesaran
Tidak larat nak kerja
Menyiapkan audit sampai pengsan2 menangis menahan stress
Tak pernah alami hypo baru tahu macamana!
Mujur kawan bantu waktu aku pengsan di bilik guru sewaktu kandungan 8 bulan.

Dua kawan yang lain pun kena benda yang sama isu lain!!
Siap mengamuk tukar sekolah keduanya!
Mereka berjaya dapat tukar!
Mangsa 70++ engkau

Aku jaga koop siang malam
Urus stok sekolah setiap tahun baru
memang tidak bercuti mana
Yang engkau tahu cari salah aku!!

Team sukan dapat Johan daerah pun engkau nilai aku 70++
Result PT3 meningkat kot!
Nightmares!!
Kuku besi

Aku sahaja yang masih kekal
Doa Ibu mengandung termakbul
Doa orang teraniaya!!

Nah sekali Integriti datang siasat engkaulah

Rupanya banyak salah laku kewangan engkau dah buat!!
OMG!!
Sprm kes!
Pertama kali Nazir Integriti datang
Perghh padu sungguh!
Ini namanya baling batu sembunyi tangan

Dalam dua tiga minggu engkau diberi arahan tukar !
BINGO!!
Satu sekolah bahagia!
Dari sekolah gah ke dicampak ke hulu!

Aku akan ingat sampai mati wahai bos kuku besi. Aku langsung tidak diberi peluang bela diri.Alasan segala pertanyaan engkau balas dengan sendu pandang sinis sahaja.Engkau tanya mana wang jualan aku cakap bayar pembekal , engkau nilai aku macam sampah.
“Apa awak cakap saya tidak hendak dengar.Tunggu Report audit! “ SELFISH!!
Nah tup tup tahun yang engkau kuiri sgt tu.Dapat juga untung 28 ribu, So what?
Yang menyiapkan akaun A to Z , aku lega tohmahan engkau beri aku bagi untung pada engkau!!

Sempena engkau pindah aku tak mampu nak pergi majlis tu sorry.Bukan dendam.Benci!!

Dari 2010,2011,2012,2013,2014,2015 & 2016 aku uruskan Koop dengan Team aku hanya setahun rugi itu pun sebab stok akhir tinggi sangat tahun 2013. Bila menyimpan stok berlebihan dari pendapatan mesti la rugi!!
Ingat sikit aku cikgu bukan kerani akaun engkau hendak paksa itu ini.Guna khidmat akauntan luar RM1800 kena bayar.Tapi aku buat percuma untuk sekolah!Tahu pulak mahal? Kalau auditor SKM baru RM900 lebih paling kurang kena.Tapi engkau kan nak tunjuk lagak ambil swasta!!

Sebenarnya aku nak mintak auditor tu revise semak balik stok akhir 2013 .
Tapi aku tahu engkau nak suruh siapkan semua cepat!!!
Akaun tahun yang lain!!
Ralat tak habis Lagi ni.!!
So aku akur sahaja dengan report audit engkau !

Aku bersalin dengan perasaan lega.
Baby masuk NICU untuk pantau kidneynya
Walaupun tahu kerja yang sangat banyak menanti.

Berita paling gembira yang aku dengar engkau kena siasat NAZIR INTEGRITI
Bukan senang team nazir nak datang kalau tiada kuiri dalam urus tadbir engkau & penyelewengan sekolah!!
Mengata dulang paku serpih.
Namun ianya sulit.

ALK Koop lain nak bantu aku.
Tetapi mereka pun tidak tahu hendak bantu sebab hanya aku tahu perakaunan, mereka sendiri kurang faham.Setakat buat fail, minit mesyuarat boleh lah!!
Buat buku tunai, penyata untung rugi, kunci kira-kira surrender yang lain.

Alhamdulillah
Bos baru yang gantikan engkau boleh terima justifikasi kenapa 2013 Koop rugi kerana pegangan stok tinggi.
Lima enam tahun uruskan Koop setahun je rugi kan.
Jangan hina kami & reputasi kami team Koop lama

Part engkau batalkan Cek elaun pekerja RM2800 untuk 10 bulan siap call bank!

Kesian pekerja sambilan ditarik elaun
Alasan dah menjaja barang di Koop
Kesian hak orang !
Kalau ada hasad begitu lah manusia.
Di akhirat engkau jawablah hak pekerja ditarik balik itu.

Idea engkau bagus
upgrade Koop
Alhamdulillah jadi cantik
Kos mana engkau guna?

Tapi frust you have to go!
Tapi tidak bermakna kami teruk!
Rugi sebab stok tinggi tau !
Ini aku tidak tulis lagi yang stok Koop banyak sebab barang lapuk tak laku engkau!

Konon buat pembaharuan! Identiti Sampin engkau tukar terus jadi macam alas meja.
(Team pantun bertanding daerah pernah jumpa alas meja sama kain sampin mereka!)
Viral sekejap.
Engkau pergi mereka mohon pengetua baru bertukar sampin lama balik !
Budak tidak suka citarasamu!
Bukan setakat budak kami para cikgu pun menderita!

Koop baru cantik
Tahniah!!
Aku satu team mohon undur
Kerana rasa cukup lah
Kami kan dah tak berkeberhasilan.
Kenangan Koop memang indah
Tetapi jadi kelam dengan nilaian 70++ engkau.

Engkaukan pandai
Patutnya dah tahu dalam kunci kira-kira
Berkait dengan stok akhir, stok awal, saham & aset, Akhirnya kenapa aku bendahari yang bertungkus lumus menyiapkan tidak tidur siang malam. Akhirnya aku nilaian buruk!

Engkau selalu cakap integriti
Tapi engkau sendiri tiada integriti

Tak kan aku nak bagi anak2 aku makan duit haram!?

Jadi kenapa nilai aku dengan teruk sekali .Patut kalau kau nak seret aku dpt 70++ seret sekali ALK Koop yang lain waktu tu .Sesungguhnya engkau kejam.Aku malas nak bising ke NUTP walaupun ada mendesak. Sebab aku tahu engkau dengan bongkak akan siapkan justify kenapa 70++
Weih 70++ tu markah buruh tak pergi kerja!!

Katanya tahun ini engkau akan tamat perkhidmatan. Betul ke kerana isu Sprm engkau ini mungkin tidak dapat pencen?
Good luck?!!

Adakah ini semua doa doa org bawahan teraniaya sama dengan izin Allah ?!

Memang bab pengurusan yang engkau didik kami .Tapi humanity engkau very low, very bad !!!

2015 tahun paling worst engkau nilai kami.
Hampir semua kami dapat bawah 90%

2016 engkau ditukarkan ,YES!

Melalui Hrmis sempat aku semak
2016:92%
2017:96%
Itupun selepas engkau tercampak kesana
Allah Maha Besar!

2018 Alhamdulillah
Bos baru yang lebih sporting & terbuka
Harap kekal lama sikit!

Kalau aku ni tidak boleh buat kerja kenapa dalam 10 tahun perkhidmatan dua kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang aku dapat?
Aku bukan jenis bodek bos
Masuk bilik bos pun aku lari!!

Lega segalanya terluah.
Takut sangat terkena meroyan waktu kritikal hari Itu.Aku kena kuat demi anakku.Maafkan mama tidak menjaga mental mama waktu itu anakku.Sehingga tumbesaranmu terganggu.

Rupanya ada rakan guru lain stress dengan engkau juga setiap tahun mintak bertukar sekolah dan melahirkan anak pra-matang.Sehingga kini anak itu perlu berulang pakar paediatrik.

Memang sentiasa berserah pada Allah.Berapa ramai Staf kerja bawah engkau stress & pergi psikatari. Dan bertukar sekolah sebab tidak boleh kerja dengan kuku besi ! Kerana kami kakitangan kerajaan jadi istilah SYMP sudah sebati.Tapi kami juga ada perasaan dan keluarga.Jangan tanya aku sekolah dimana.Dalam syukur ada lelahnya.Redha ? Memang aku redha hingga hujung nyawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *