Kisah Lalu

Hai, aku ni bukan selalu baca page ni, cuma sekali dua pernah lalu kat FB orang lain, so tahu kewujudannya. Tapi hari ni aku menulis untuk saja luahkan perasaan di hati sebab aku terjumpa kisah lalu aku hari ni dan tak tahu nak share dengan siapa. Sekadar luahan saja-saja.

Masa umur aku 18 tahun, aku sambung pengajian di salah satu institut di utara. Masa tu aku single tapi ramai je member. Member aku semua ada girlfriend kat situ dan selalu dating. Satu hari diorang ajak aku join diorang dating berjemaah untuk kenalkan aku dengan sorang kawan kepada geng girlfriend diorang sebab katanya baru la best bila semua ada partner.

Darah muda aku, biasalah, nak juga ada gf so aku setuju jelah. Aku boleh dikatakan anak orang senang la, segak juga la, dan pernah je ada gf tapi putus lepas SPM. So aku memang ada taste sendiri juga kat perempuan yang aku suka.

Member-member aku duk kata girl ni sesuai dengan aku sebab dua-dua pendiam, dan geng-geng gf diorang kononnya strongly recommend sebab budak perempuan ni baik. Girlfriend-girlfriend member aku semua cantik dan outgoing, so aku percaya kat recommendation diorang dan setuju untuk jumpa. So bertemu la kami semua di kafe.

First time aku jumpa girl tu, honestly first impression aku ialah… tak cantiknya… huhu. Nampak old school, macam tak pandai berfesyen. Tak mekap langsung, pemalu dan awkward tapi suka senyum tunduk-tunduk. Muka dia bersih je tapi bagi aku kategori biasa sangat. Jahat kan aku.

Aku tengok barang-barang dia macam barang murah… beg, jam, kasut, dompet… jujurnya, aku tak nak kenal dengan dia. Tapi aku takut dengan gf-gf member aku, sebab diorang layan girl tu macam adik diorang, macam sayang sangat la. Bodohnya aku, setuju je untuk tukar nombor telefon atas sebab takut tu je.

Lepas perjumpaan tu aku tak contact dia. Tapi satu hari member aku tanya, “Amacam, dah kenal-kenal ke belum?” Aku cakap dalam proses. So aku mesej la girl tu. Dia pun serta-merta reply. Lama-lama banyak kali jugalah aku text dia sebab, jujurnya untuk mengisi kebosanan.

Girl ni lama-lama aku dapat rasa dia semacam naif dan people pleaser. Dia tak pandai mulakan perbualan, tapi bila kau bercerita ke dia macam beriya sangat bagi perhatian. Bagi aku dia macam try hard please orang, so aku yang bosan ni selalu la create topic saja tengok dia respon macam mana.

Masa berlalu, lama-lama aku jatuh hati dengan few other girls yang cantik-cantik kat tempat belajar tu. Lama-lama aku dah start mesej girl lain dan jadi gf aku. Tapi still mesej girl yang asal tu, cuma tak pernah dating dengan dia walaupun dah 2 bulan text sebab aku malu kalau orang nampak aku dengan dia.

Aku pernah warn dia jangan panggil nama aku kalau jumpa. Tapi aku tak tahu kenapa aku mesej dia lagi dan tak jujur je dengan dia yang aku dah ada girl lain. Sebab aku tak nafikan dia memang baik, dia reply text aku pun macam sedap je baca mesejnya.

Aku dapat rasakan dia sebenarnya sangat bijak. Dia pandai bagi nasihat. Aku tahu aku jahat, maybe aku rasa seronok ada few girls kononnya nak sangat kat aku…

Satu hujung minggu ni dia text aku cakap dia sakit perut sangat… kawan-kawan dia semua pergi dating. Dia cakap dia minta maaf takde niat nak mengadu tapi perut dia sakit sangat, boleh tak dia kirim ubat di kedai luar sebab koperasi tutup hari Ahad. Kedai luar tu kena jalan jauh… aku pulak dah janji dengan girlfriend aku nak teman dia makan.

Aku tipu dia cakap ada group discussion di luar dan mungkin balik lewat. Dia pula yang minta maaf sebab ganggu aku… aku assume dia kirim ubat pada orang lain.

Aku pun proceed teman gf aku makan kat kedai luar, tiba-tiba mata aku nampak dia jalan kat luar dari cermin kedai. Muka dia pucat, dia jalan slow bawa plastik… tiba-tiba aku rasa bersalah. Dia nampak sakit… dia jalan jauh beli ubat. Dia memang people pleaser dan naif, tiba-tiba aku sedar dia takkan kirim kat orang lain ubat tu sebab dia takut nak susahkan orang.

Aku tunduk. Aku rasa bersalah. Dalam 10 minit lepas tu aku text dia tanya ok tak? Satu tick je. Dalam setengah jam aku text lagi, satu tick je. Aku jadi cuak. Gf aku pun pelik. Aku tipu kata aku ada hal urgent jom balik kampus. Dia ikut je.

Aku cover-cover depan gf aku jalan balik kampus sambil mata tengok kiri kanan takut dia pengsan ke. Perjalanan balik blok asrama dia dari kedai luar memang jauh untuk jalan kaki. Ahad takde bas dalam kampus, teksi je. Tapi aku dapat rasa dia tak berduit orangnya, dia takkan guna teksi.

Sampai je aku di asrama, lebih sejam aku tunggu, baru dia reply cakap dia ok. Aku kata kenapa lambat reply? Dia minta maaf cakap dia baru on wifi. Tak ada mobile data ke? Dia cakap dia jarang beli mobile data, dia bergantung kat wifi je.

Aku suruh dia rehat. Dia cakap thank you sebab concern kat dia. Aku makin rasa bersalah. Aku confuse sama ada aku jatuh hati kat dia atau aku kesian. Tapi malam tu aku fikirkan dia.

Beberapa hari kemudian, member-member aku ajak dating berjemaah. Diorang suruh aku duduk berdua je dengan dia sebab katanya pergilah spend time sama, tak pernah nampak aku date dengan dia pun. Masa tu member-member aku tak tahu aku dah ada gf lain… bodohnya aku masih tak jujur.

Aku pun pergi jumpa dia, first time kami berdua je. Dia request duduk tempat ramai orang. Aku follow tapi dalam hati takutnya gf aku nampak. Maka aku pun cakap kat dia, “Ceritalah betul-betul pasal diri awak sebab saya tak kenal awak sangat pun lagi, awak je selalu dengar cerita orang.” Dia pun bagitau…

Dia anak orang susah, tak pernah ada boyfriend-boyfriend ni. Dari umur dia darjah 2 tolong mak jual kuih kat sekolah dan balik sekolah sambung jual di kejiranan… sebab tu dia tak pandai melawa… tak pernah beli baju sendiri, semua baju pakai baju pass down dari makcik-makcik dia. Patutlah nampak old school…

Dia bagitau dompet dia best friend bagi ole-ole dari Jakarta masa Form 3… beg dia abang belikan dari Mesir dah lama, abang belajar sana under scholarship. Patutlah nampak lusuh-lusuh dan bukan branded pun, macam sekadar barang orang beli kat kedai tepi jalan asalkan ole-ole.

Tiba-tiba aku kesiankan dia. Lepas tu dia cakap, dia tau aku ada gf… dia banyak kali nampak aku dating dengan orang sama, so dia tau dah cuma tunggu aku je bagitau dia. Aku panic sangat. Tapi dia cakap, takpe dia ok je… dia pun tak expect lebih-lebih sebab dia pun tak pandai bab-bab bercinta. Dia cakap kita jangan awkward, jadi kawan. Dia janji tak text aku lagi. Lalu dia pun pergi…

Seminggu lepas tu memang dia tak text, aku pun malu so aku padam terus nombor dia. Lama-lama member aku pun semua tau dah yang kitorang tak contact, dan aku pura-pura baru je declare dengan gf aku tu. So life goes on peacefully. Tak lama tu aku dapat tau dia dapat offer masuk UiTM second intake. Aku dapat tau pun lepas dia dah pindah.

Beberapa tahun berlalu. Bila zaman Facebook tengah popular, semua duk cari kawan lama kan. Aku tiba-tiba terfikir nak cari dia. Dan aku jumpa dia di FB. Terkejut aku, dia dah lain. Dia cantik! Dia tak pakai baju lusuh, fesyen dia dah seiring usia.

Dari gambar-gambar FB, muka dia nampak lain, nampak confident. FB dia penuh dengan gambar-gambar aktiviti di UiTM tahun akhir. Kawan-kawan dia ramai, dia nampak ramah reply komen-komen. Dia nampak popular. Betul ke ini orang yang sama.

Aku hantar friend request kat dia. Time ni aku dah single balik. Lama dia tak accept, so aku tak malu DM dia. Dia reply cakap tak ingat siapa aku. Aku cakap kawan lama dari institut di utara. Baru dia accept tapi aku rasa dia tak ingat aku.

Aku selalu like gambar dia dan sesekali komen. Cara dia reply macam zaman dia reply mesej aku dulu-dulu, sopan je. Aku semacam jatuh hati dengan dia tapi malu sebab dulu aku reject dia dan mainkan dia.

Dia ditag dalam satu gambar, judulnya “Penerima Biasiswa JPA Tahun Akhir”. Patutlah dia dah pandai bergaya, dia akhirnya dah ada duit. Dulu dia bukan tak cantik, tapi dia terlalu susah. Dan dari dulu aku memang dah agak dia memang pandai.

Aku stalk dia setahun sampai dia grad, tiba-tiba dia post akan ke luar negara untuk sambung belajar dengan scholarship. MasyaAllah memang betul-betul pandai. Aku cuba friendly-friendly dengan dia, tapi dia masih reply aku biasa-biasa. Now aku pula yang try hard.

Tapi satu hari hati aku rasa hancur bila dia post gambar dengan seorang lelaki yang nampak segak. Aku dapat rasa itu boyfriend dia walaupun dia tak tulis. Makin lama gambar-gambar dia banyak ada lelaki tu. Lama-lama aku give up dan unfriend dia.

Beberapa tahun berlalu, kini aku dah bekerja. Aku ke tempat kerja naik LRT. Satu hari mata aku tertangkap satu insan yang aku sangat familiar. Dia! Dia duduk di seat hadapan aku tapi di hujung sekali.

Pertama kali aku jumpa dia face to face selepas sekian lama. Tapi matanya ralit memandang sambil menekan-nekan tablet di tangan. Approaching stesen KL Sentral dia sedia untuk turun. Aku yakin itu dia.

Sekarang, aku nampak barang-barangnya semua branded. Jam tangan, tudung, baju, kasut, beg tangan, semua branded dan dia sangat bergaya. Bezanya dengan pertama kali aku jumpa dia. Dulu aku judge dia… dan dia sekarang dah pandai mekap. Tapi raut wajahnya yang baik tetap sama.

Dari jauh aku tersenyum. Dalam hati aku minta maaf, dan aku ucapkan tahniah sebab dia berjaya dalam hidup. Orang baik Allah balas dengan benda baik. Aku nampak cincin permata di jari dia. Aku assume dia dah berkahwin. Aku doakan dia bahagia selama-lamanya dan maafkan aku.

Malam ni aku saja mencoret masa silamku di sini. Adik-adik di luar sana, jangan judge people masa zaman belajar. Sekelip mata mereka boleh upgrade. Jangan jadi jahat macam aku ya. Nostalgia di zaman dulu kala. Terima kasih pada yang sudi baca.

– Aiman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *