Kisah Lama

Assalamualaikum & selamat pagi. Terima kasih admin siarkan perkongsian kisah saya.

Saya seorang wanita yang berusia dalam lingkungan lewat 20-an dan juga merupakan pesakit mental Major Depressive Disorder with anxious distress. Masih menjalani rawatan klinikal di hospital kerajaan.

**Coretan ini mungkin panjang.

3 tahun lepas, saya pernah berkenalan dengan seorang lelaki di tempat kerja saya. Pekerja baru. Saya staf lama di situ. Kami mula bertegur sapa dan berkenalan melalui media sosial terlebih dahulu. Sebulan kemudian, dia menyatakan perasaannya terhadap saya. Saya pun sama.

Kami berpacaran seperti pasangan lain. Kami sangat kerap keluar berdua menghabiskan waktu bersama kononnya pada setiap hujung minggu. Kami pergi pantai dan food hunting selalunya.

Dia terlalu baik melayan saya ketika itu, dan saya sangat yakin dalam hati mengatakan ‘he is the one’.. Kerana ketika itu, saya merasakan dia memberikan perhatian dan kasih sayang yang sangat baik kepada saya, menandakan dia seikhlas dan sepenuh hati sayangkan saya.

Setiap masa dan hari, dia menghubungi saya. Saya rasa oh inilah dunia aku yang punya. Beberapa bulan kemudian, tiba2 dia mendiamkan diri tanpa sebab. Hanya silent treatment sahaja dilakukan.

Ketika itu, saya push dia untuk berikan penjelasan dan sebab kenapa tiba-tiba berubah. Ajak jumpa, dia taknak. Mengelak, beri alasan sakit, saya sanggup pergi ke farmasi belikan keperluan ubat supaya dia pulih untuk berbincang semua.

Rupa2nya dia dpt emel tentang hutang pengajiannya yang tidak habis dahulu. Saya pujuk dan kami teruskan bersama lagi. Saya move on, tapi sudah ada kerisauan akan berulang lagi. Hati saya tak sedap. Tapi saya redho dan masih bahagia, anggap dugaan kecil sahaja.

Walaupun saya sedar pemikiran dan pendapat kami tidak selari sepanjang perkenalan itu, tetapi saya tetap merasakan dia sangat sempurna di mata saya.

Pada saya, tidak semestinya pemikiran dan pendapat kena sama baru sekufu. Juga tidak semestinya tahap pendidikan seseorang kena sama, baru dikatakan sekufu. Tidak semestinya perangai mesti sama baru dikatakan sekufu. Tidak semestinya latar belakang keluarga kena sama, baru dikatakan sekufu.

Saya hanya meraikan sahaja perbezaan itu semua. Memang kami berbeza semua itu, tetapi saya tidak merasa apa2, hanya rasa normal sahaja. Oh ya, waktu ini, rakan sekerja kami tidak mengetahui hubungan ini. Hanya 2/3 orang sahaja yang rapat dengan saya.

2 bulan kemudian, dia mengajak saya bertunang. Saya sangat teruja. Saya rasa tak sangka, bagaikan mimpi “ada juga orang nak kat aku”. Haha.

Sebab saya rasa saya tak cantik, tak menarik di mata sesiapa, selalu fail dalam perkenalan dengan lelaki, tak bijak mcm dalam circle kawan2 baik saya, mereka bekerja bidang profesional, akauntan, pharmacist, dentist, medic, engineer, sedangkan saya hanyalah orang biasa sahaja yang rasa loserlah, tapi saya tetap suka berkwn dgn circle saya. They always make me happy.

Orang kata, kalau kita ni rasa tak bijak, kita mestilah mencari circle dan dikelilingi orang yang bijak dan berjaya, supaya satu hari nanti, kita akan jadi seperti mereka. Mungkin tidak pada luaran, contohnya terus jadi doktor. Tetapi mungkin boleh mengembangkan minda dan pemikiran kita supaya lebih luas dan terbuka pandangannya.

Back to the story asal, saya terus buat persediaan untuk majlis pertunangan. Dalam tempoh itu, saya sudah mula perasaan sikap dingin dia terhadap saya. Saya merasakan dia sudah kurang layanan terhadap saya. Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena tetapi saya tak pasti.

Waktu itu saya hanya perasaan sahaja, mungkin sebab kita nak buat benda baik, bertunang. Just normal I rasa. Dan selama saya kenal dia, saya nampak dia seorang yang suka mengelak untuk berbincang, melarikan diri dari masalah, tiada rasa tanggungjawab untuk selesaikan masalah, selalu beri alasan jika diajak berbincang.

Seminggu sebelum bertunang, saya pernah beritahu dia bahawa dia ada masa lagi untuk menarik balik diri dari bertunang dengan saya. Tapi dia mengatakan yakin dengan pilihan ini.

Saya ok, tapi tipulah, saya tetap rasa semakin tidak sedap hati, tetapi saya abaikan sahaja. Saya juga pernah tanya, ada apa-apa yang dia nak tegur pasal saya? Tetapi, dia jawab tiada. Kami teruskan.

Selepas kami bertunang, dia makin mula berubah, mesej susah nak balas. Dia selalu mengatakan dia sibuk. Padahal kami satu tempat kerja. Saya tahu kerjanya standard sahaja sibuknya macam biasa sebelum ini. Saya biarkan sahaja dahulu walaupun hati saya rasa tak tenang. Hujung bulan, mak ayah saya pergi umrah.

Usai balik dari umrah, cukup sebulan lebih sedikit tempoh pertunangan kami, dia telah mula ulang balik hal seperti sebelum ini. Saya buat cara yang sama.

Rupa-rupanya dia sudah tiada hati pada saya. Mungkin ada dia tidak berkenan dengan sikap/perangai saya, tetapi dia pilih untuk tidak tegur/ berterus terang langsung. Mungkin sebab dia memang dah taknak hubungan ni.

Kami tidak pernah bergaduh sepanjang perkenalan kami kerana dia tak suka bergaduh katanya. Walaupun saya sebenarnya jenis suka bergaduh, bertekak, berbalah, suka lawan2 mulut kata orang, mungkin hobi. Sebenarnya bergurau je, bergurau nak menang. Tetapi dengan dia, saya cuba menjaga hati dia supaya tiada pergaduhan dalam hubungan ini.

Dia mengaku bahawa dia hanya berpura-pura bahagia bersama saya. Dia kata dia sudah tiada masa bersama keluarganya hanya disebabkan habiskan masa dengan saya.

Dia mengaku dia teruskan hubungan ini jugak sebab dia cuma kasihankan saya, sedangkan dia memang nak putus sebenarnya. Dia mengungkit semula duit yang dia habiskan untuk saya selama berkenalan.

Saya sedih dan merayu sungguh2, tapi dia tidak layan sudah. Tahun itu tahun yang sangat menghancurkan hati saya. Sebab sangat sayang dan sangat percayakan seseorang yang sebenarnya tidak pernah sayangkan saya. Tidak ikhlas dengan saya.

Di situlah trigger utama saya untuk mendapatkan rawatan mental. Memohon bantuan psikiatri untuk pulihkan mental dan diri saya yang sudah tidak berfungsi menjalani kehidupan seharian sebagai manusia normal. Kerana tidak mampu sudah menguruskan emosi sendiri dengan baik.

Pada mulanya, ada rasa terkejut, tidak percaya dengan apa yang berlaku, merasakan itu hanyalah mimpi semata-mata, menafikan realiti, tidak terima kenyataan. Saya susut berat kira2 10kg dalam tempoh kurang 2 bulan selepas putus tunang. Numbness. Try to suicide and many more.

It is not the end of my life, but it is just the beginning of my story to the happy life yang Allah beri.

Setiap kali hujan yang turun, pasti akan ada pelangi yang mewarnainya. Everything happens for a reason. Allah knows what the best for us. Di setiap kesulitan pasti akan ada kemudahan. Ini semua rezeki dari Allah. Thank you Allah.

**Memang panjang coretan ini. Thank you readers.

– Pikachu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

    • inshaAllah & ameen. Terima kasih sis. Alhamdulillah saya sudah pun berkahwin dengan lelaki yang terbaik yang Allah hadirkan untuk saya. Kesihatan mental saya pun semakin pulih, berkat sokongan dan kasih sayang yang suami saya berikan. Di saat kita dah mula reda dengan ketentuan Allah, di saat kita dah mula pasrah dengan ujian itu, di saat kita tidak lagi mempersoalkan keperitan menanggung seksaan jiwa itu walaupun ketika itu kita masih belum jumpa hikmahNya, sebab kita sudah mula makin percaya bahawa Allah uji kita, sebab nak hapuskan dosa2 silam kita, di saat itu jualah, Allah hadirkan orang yang jauh lebih baik dan lebih ikhlas ingin bersama dan membimbing kita. Allah know what the best for us and everything happens for a reason. ❤️

  1. Salam,
    Ini bukan lelaki Red Flag. Tapi Blacklisted Man! Untrustworthy. Kak, dia memang x berminat untk beri komitmen pun dengan akk at the first place. Dia hanya nak geli2 ja dan sekadar penuhi masa lapang.
    Alhamdulillah, akk selamat dari menikah dengan laki mcm tu.
    Doalah kepada Allah. Mohon sungguh-sungguh pada Allah agar Allah sembuhkan jiwa akk. Sentiasa fikir bahwa akk berhak bahagia. Tak perlu berdendam dan tak perlu juga memberi maaf. Cukup akk doa, minta Allah beri pembelaan buat akak. Wassalam.

    • inshaAllah & ameen. Terima kasih bro. Alhamdulillah saya sudah pun berkahwin dengan lelaki yang terbaik yang Allah hadirkan untuk saya. Kesihatan mental saya pun semakin pulih, berkat sokongan dan kasih sayang yang suami saya berikan. Di saat kita dah mula reda dengan ketentuan Allah, di saat kita dah mula pasrah dengan ujian itu, di saat kita tidak lagi mempersoalkan keperitan menanggung seksaan jiwa itu walaupun ketika itu kita masih belum jumpa hikmahNya, sebab kita sudah mula makin percaya bahawa Allah uji kita, sebab nak hapuskan dosa2 silam kita, di saat itu jualah, Allah hadirkan orang yang jauh lebih baik dan lebih ikhlas ingin bersama dan membimbing kita. Allah know what the best for us and everything happens for a reason. ❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *