Kisah MA Yang Kejam Permainkan Hati Selama 4 Tahun

Semoga kisah saya jadi pengajaran buat semua.

Pada mula2 perkenalan, dia hantar gambar saya sekeluarga kepada mak saudara saya & tanya siapa yang belakang di sebelah kiri. Mak saudara bagitahu itu saya. Gambar diambil daripada fb adik saya.

Dia mintak tolong mak saudara untuk tanya saya, adakah saya masih single sebab dia nak berkenalan dengan “SERIUS”.

Mak saudara duduk jauh & sibuk, masih tak sempat bertanya. Dia mendesak, hari2 tanya mak saudara saya, katanya takut orang lain ambil nanti. Nampak serius betul2 kan?

Selepas mak saudara bagitahu, saya berbincang dengan ayah & mak. Dalam masa yang sama masih ada pilihan lain, anak kawan ayah yang kerja engineer, offshore & bissnessman. Disebabkan keliru banyak pilihan, saya mintak tolong ayah untuk buat keputusan.

Ayah memilih si dia yang bekerja sebagai medical assisstant di Temerloh yang beza umur 1 tahun lebih tua daripada saya. Saya betul2 terkejut dengan pilihan ayah.

Ayah memilih dia sebab dah kenal dia sekeluarga sebab kami tinggal sekampung. Saya pertikaikan dia yang status dua pupu & bermisai.

Selepas ayah nasihat, nabi tak melarang nikah 2 pupu sedangkan sepupu pun boleh. Saya dan mak akur dengan keputusan ayah.

Saya tak memandang rupanya yang bermisai, anggap pilihan ayah & mak adalah pilihan terbaik. Terus mak saudara bagi no telefon saya kepada dia & terus kami berkenalan.

Selepas 4 tahun hubungan kami, dia ajak bertunang. Saya tanya kenapa tiba2 nak bertunang? sebab sebelum tu ada isu yang kami gaduh sehingga putus seketika.

Isunya, dia bagitahu kawan dia yang saya hanya sebagai kawannya. Saya hairan dan saya persoalkan, dia kata kawan kerja di klinik lain tak rapat sangat. Tapi, kenapa perlu bagitahu saya ambil master kepada kawannya yang tak rapat, sedangkan kawannya tak tahu kewujudan saya.

Dia bagi no saya kepada kawannya untuk tanya tentang pengajian master saya. Bagitahu tentang master saya boleh, tetapi tak boleh bagitahu saya sebagai partner. Saya hairan. Akhirnya, dia mintak putus sebab saya tak memahami dia.

Saya pilih nak move on, sebab rasa tak dihargai. Lagipun kami tiada sebarang ikatan & family tak tahu yang dia kembali teruskan hubungan selepas dia mintak putus dulu disebabkan genetik dekat katanya.

2 hari selepas dia mintak putus isu dia bagitahu saya hanya sebagai kawannya, dia muncul chat semula mintak maaf selepas dia berbincang dengan kakaknya.

Saya jawab ok saja tak soal apa2 pun & dia minta untuk rest. Saya abaikan mesej tu sebab saya pun perlukan ketenangan selepas cuba move on, tapi pilih berbaik semula. Keesokkannya, dia chat bagitahu dah ada di kampung & nak jumpa untuk berbincang.

Perjumpaan ni dia melamar saya untuk bertunang 2 hari lagi, dengan perancangan tarikh kahwin dia nak pada 2/2/22.

Saya anggarkan dia dah plan awal untuk semua ni, sebab bila saya bertanya hari apa pada tarikh tu, dia terus bagitahu hari Rabu tanpa tengok kalendar.

Saya masih risau dengan lamaran dia yang tiba2 selepas isu gaduh. Dia bagi penjelasan dan keyakinan, dia serius nak bertunang & berkahwin dengan saya, selepas berbincang dengan kakak & abang ipar dia.

Dia bagitahu lagi, kita dah lama berkenalan dan 4 tahun dah kenal macam2 dah katanya, inilah masanya yang sesuai. Yakin dengan penjelasan dia, akhirnya saya setuju untuk bertunang 2 hari lagi, tapi masih nak berbincang dengan mak ayah.

Dulunya, keluarga saya tak nak bertunang sebab ujian bertunang ni hebat sangat orang tua2 kata. Tapi, disebabkan cuba memahami permintaan dia sekeluarga, saya sekeluarga setuju bertunang sebulan setengah untuk persiapan kahwin.

Saya buat solat sunat istikharah, solat sunat hajat. Rasa semuanya dipermudahkan. Beli cincin mudah, pakaian untuk tunang mudah.

Persediaan semuanya mudah. Saya terasa yakin dengan semua yang dipermudahkan.

Saya tak nak sebarang hantaran untuk tunang dan dia pun sama. Cukup sekadar sebentuk cincin sebagai tanda ikatan pertunangan.

Keesokkan selepas bertunang, dia kembali ke Temerloh untuk kerjanya. Kami jalani kehidupan seperti biasa tanpa sebarang isu.

4 hari selepas bertunang, dia dah jarang mesej. Saya terasa agak ralat kerana dia bukan seperti kebiasaannya. Tapi, saya cuba fikir positif dia sibuk hantar kes covid.

3 hari berturut2 dia dah mula abaikan chat saya dan bila berhubung pun hanya sepatah2 saja dia reply. Saya ajak berbincang.

Bila berbincang, dia bagitahu dia keliru dan terkejut yang kami dah bertunang. Saya pun rasa yang sama sebab semuanya berlaku tiba2, dia balik kampung terus dia ajak bertunang dan selesai dengan mudah. Sepatutnya saya yang lebih terkejut sebab ini perancangan dia.

Dia jelaskan, selama ni dia cuba untuk ada perasaan sayang kepada saya, tapi tak dapat. 4 tahun dia mencuba katanya tapi tak boleh.

Saya terkejut dengan ayat dia, umpama selama ni saya yang memaksa dia untuk hubungan kami. Kenapa semua ni dijelaskan selepas kami dah bertunang?

Macam mana saya nak jelaskan pada family pulak? Macam2 bermain di fikiran saya.

Tanpa gaduh tanpa sebarang isu, selepas seminggu bertunang, dia bagitahu macam ni dengan umurnya sudah 34 tahun.

Dia berulang kali kata, keputusan tunang dia buat sebab nasihat keluarganya, bukan keputusan dia. Rupanya dia hanya berlakon semasa meyakinkan saya untuk bertunang. Hebatnya lakonan dia!

Saya yakin, keluarga dia bagi nasihat sebab hubungan kami dah 4 tahun dengan umurnya dah tua, bukannya memaksa.

Adakah umur 34 tahun masih tak dapat membezakan antara nasihat dengan paksaan? Adakah salah keluarga memberi nasihat setelah hubungan dah 4 tahun tanpa ikatan? Speechless

Saya tak kisah dia pergi dari hidup saya, sebab saya pernah terasa ingin move on sebelum ni. Cuma saya terkilan, dia sanggup permainkan saya sekeluarga selama 4 tahun!

Kenapa sanggup dia kejam bazirkan masa saya selama 4 tahun?

Katanya, dia tiada niat nak permainkan saya sekeluarga tapi dia dah tak boleh menipu diri sendiri. Sanggup dia menipu selama 4 tahun pada saya sekeluarga, keluarganya dan kawan2 baiknya.

Kenapa selepas bertunang? Itu yang menjadi persoalan saya dan dia ulang jawapan yang sama, dia tunang sebab keluarga yang nasihat. Itulah jawapan dia berulang kali.

Katanya, dia dah menyelamatkan hidup saya. Mungkin dia anggap, dia pakai costum spiderman untuk majlis2 tu terus jadi hero dunia.

Kalau betul nak selamatkan hidup saya, teruskan berpura2 sampai mati tanpa saya tahu. Bukannya dah bagitahu semua ni selepas 4 tahun dan selepas bertunang.

Sekampung dah tahu kami dah bertunang walaupun majlis kami hanya melibatkan adik beradik saja. Keluarga dia mungkin terlalu teruja, sehingga bagitahu macam2 tentang kami dan siap bercerita lagi kami pergi beli cincin sama2.

Keluarga saya jenis berahsia dengan orang luar, sampaikan tak nak orang tahu apa pun tentang keluarga kami.

Alhamdulillah, saya bersyukur selama 4 tahun, saya mampu menjaga maruah diri dan keluarga, tak pernah bersentuhan & berduaan di tempat yang sunyi.

Video call tak pernah selama 4 tahun. Unlimited call tapi bercakap melalui telefon pun jarang sekali, sebab saya risau suara saya mengodanya sebab kawan2 bagitahu suara saya sangat manja.

Kalau berjumpa, kami hanya bertemu di kedai makan, pergi dengan kenderaan masing2 walaupun rumah kami dekat, hanya 3 minit saja.

Dia pernah ajak saya naik kereta bersamanya, tapi saya menolak takut diketahui orang kampung & takut berduaan dalam kereta dengannya.

Saya bersyukur Allah menjaga maruah saya selama 4 tahun dengannya.

Dia diam membisu selepas bagitahu dia tiada sebarang perasaan sayang selama 4 tahun. Saya tak tahu hubungan kami atas dasar apa selama 4 tahun tu.

Selepas tenang & waras, saya bagitahu mak ayah pada hujung minggu selepas dia masih membisu. Ayah ajak terus ke rumah family dia untuk hantar cincin.

Di rumah dia yang ada cuma emak dan adik lelaki dia yang baru lagi berkahwin. Dia pernah bagitahu, dia berbincang dengan adik lelaki dia macam mana adik dia mudah berkahwin.

Adik dia kata, isterinya tak bekerja ikut semua kata2 dia sebab bergantung hidup kat adik dia sepenuhnya.

Katanya, saya bekerjaya sebagai cikgu, bagitahu saja apa yang tak puas hati sebab ada semuanya tak harapkan dia.

Saya tak pernah fikir seperti tu. Saya tak pernah bandingkan kerjaya saya dan dia. Cuma saya jenis berbincang, apa yang tak kena saya cakap terus sebab perhubungan perlu komunikasi bukan kepuraan.

Dia tahu katanya sebab dah kenal lama. Dia memang memilih calon isteri yang bekerjaya katanya.

Dirumahnya, saya, mak dan ayah tak ceritakan apa2 perbuatannya, hanya meminta adik lelaki dia baca semua chat yang dia hantar kat saya.

Setelah selesai adik dia membaca chat, ayah kata dia berpura2 saja selama ni tanpa perasaan sayang selama 4 tahun.

Jadi kami datang nak hantar cincin tunang. “Cukuplah setakat ni keluarga kami dipermainkan” itu ayat kecewa seorang ayah pertahankan maruah anak perempuan dia dipermainkan lelaki dayus.

Sehingga kini, saya takut nak berkenalan dengan orang baru. Trauma dengan kejadian ditipu selama 4 tahun.

Ada yang datang bagitahu serius nak berkenalan untuk kahwin, saya jadi teringat dia pun serius beria2 sangat, sampai mak saudara pun jemu dia asyik desak mintak no saya.

Bila ada orang nasihat, mintak mak ayah pulak yang carikan calon, saya terfikir dia calon pilihan ayah & mak. Saya akur, tapi saya yang dipermainkan.

Saya tak salahkan ayah dalam membuat keputusan memilih dia, sebab saya tahu ayah pilih dia sebab ayah kenal dia sekeluarga. Emaknya hari2 jumpa ayah, dan dia pun membesar depan mata ayah.

Sebelum ni saya selalu berdoa, Allah tunjukkan saya jodoh yang tepat & akhirnya Allah tunjuk semua ni. Allah dah makbulkan doa saya.

Sekarang saya cuma mampu berdoa, Ya Allah permudahkan jodoh saya jika saya ada jodoh di dunia. Saya redha jika hanya ada jodoh disyurga.

Kuatkan emak & ayah saya untuk terima semua ni dan tenangkan orang sekeliling saya daripada mempersoalkan jodoh saya.

Saya tak layak nak bagi nasihat. Sekadar berkongsi pendapat. Jika hubungan dah melebihi 2 tahun tanpa berbincang ke arah perkahwinan dengan serius, teruslah angkat kaki berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang, walaupun si dia memujuk kembali.

Kepuraan si dia memujuk & kelemahan kita memiliki hati yang rapuh itu mendatangkan trauma pada diri. Kami sampai 4 tahun sebab banyak isu & covid salah satu alasan digunakan dia sebagai frontliner.

Saya mohon doakan supaya saya dipermudahkan segala urusan & dipertemukan jodoh yang tepat pada masa yang tepat.

Saya doakan semua yang masih bujang dipermudahkan jodoh & dijauhkan daripada dipermainkan dengan orang yang salah. Aamiin.

Terima kasih sudi membaca kisah panjang 4 tahun yang diringkaskan. Semoga jadi pengajaran untuk semua.

– Eiyra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *