Assalamualaikum. Maaf. Aku dah lama simpan hasrat nak tulis benda ni. Aku sebagai anak menyimpan sekelumit dendam yang sangat tinggi. Lebih2 lagi dengan orang yang dah siksa jiwa mak aku sampai buat mak aku hadap penyakit mental.
Sejujurnya aku buat account ini semata2 kerana aku nak luah dan bagi peringatan dekat kalian semua. Tolonglah. Tolong jangan jadi penjamin untuk siapa pun walaupun dia kawan baik kau bahkan ahli keluarga, sepupu atau ipar duai kau sekalipun. Jangan.
Mak aku sekarang dah berusia 51 tahun. Bayangkan. Berpuluh tahun dia merana sampai kena penyakit mental Bipolar Disorder. Sampailah sekarang. Semuanya angkara jadi PENJAMIN biras dia.
Masa dia diisytiharkan muflis oleh bank, aku ingat lagi moment tu. Aku masih kecil lagi. Aku nampak kertas yang cukup tebal dengan muka depan surat yang formal dan nampak tulisan atas kertas tu di BOLD dengan cukup terang. Nama penuh mak aku terpampang dekat surat tu.
Aku tak berani belek surat tu lama2. Tapi yang aku ingat memang tertera perkataan MUFLIS dan bayaran certain amount yang pastinya berpuluh-puluh bahkan mungkin beratus ribu.
Masa tu aku tak berapa faham apa maksud surat tu. Yelah budak lagi kan. Dan aku tak pernah tanya benda tu sampai lah aku dah besar panjang. Barulah aku faham.
Ternyata sungguh besar dugaan yang mak aku kena hadap. Tapi aku cukup kagum dengan semangat dan kekuatan mak aku. Sumpah. Aku tak rasa aku boleh jadi kuat macam dia.
Seawal usia 35-40, mak aku dah diisytiharkan muflis oleh bank. Itu semua aku baru tahu masa aku dah besar panjang.
Aku rasa terkilan kenapa aku tak tahu benda ni daripada awal. Mungkin kerana mak aku pandai menyimpan rahsia sampai aku terpaksa korek sendiri dengan ayah aku untuk cerita segala-segalanya.
Patutlah aku pelik kenapa masa aku kecik. Mak aku kerap sangat masuk hospital. Warded sampai sebulan.
Rupa-rupanya jiwa mak aku dah terlampau sengsara. Bukan kerana didera fizikal tapi didera mental oleh BIRAS MAK AKU YANG PALING TAK ADA GUNA DAN TAK ADA HARGA DIRI.
Adakah kerana sifat mak aku yang baik dan penyayang buatkan orang2 macamni mudah mengambil kesempatan? Benarlah kata pepatah. Nak buat baik boleh tapi biarlah berpada-pada.
Jujur aku cakap. Sampai sekarang mak aku masih bayar hutang biras aku tu. Berpuluh ribu nilainya. Mak aku kerja sektor government.
Bila muflis, terlalu banyak benda yang mak aku susah nak buat. Nak berurusan dengan bank susah, nak keluar negara susah. Nak beli kereta, miliki rumah sendiri? Ya Allah.
Terngiang2 luahan mak aku masa aku balik kampung haritu. Itu lah impian hidup dia bila dah berumahtangga. Nak miliki rumah dan kereta sendiri. Tapi sampai sekarang. Tak pernah menjadi kenyataan.
Pernah mak aku cerita. Dulu masa kitorang kecik, dia ada deal nak beli kereta Avanza warna biru. Konon nanti dah ada kereta tu senang la nak jalan, nak bawak anak ramai gi mana2. Dia kata dia dah bayar certain amount. Tapi last2 kena scam. Masatu avanza cukup famous. Hmm..
Aku cukup bengang at the same time rasa sedih sangat2. Kenapa Allah uji mak aku bertubi2 daripada masa aku tengah kecik lagi. Pangkat dia pun sampai sekarang tak pernah naik masih stay kat N1 walaupun kerja dah berpuluh tahun.
Baru-baru ni mak aku dapat APC. Ya Allah. Aku cukup terharu dan bangga dengan mak aku. Mak aku memang layak dapat anugerah tu.
Dia masih cekal, komited, tabah, punya kesungguhan yang cukup tinggi bahkan rajin dalam bekerja walaupun diuji dengan sedemikian rupa. Beberapa kali aku menangis bila memikirkan nasib mak aku. Kenapa Allah uji mak aku macam ni ya?
Sampai ke harini. Mak aku masih sabar. Aku tak tahu level sabar dia macam mana. Walaupun orang yang siksa jiwa dia tu ada depan mata dia. Tapi mak aku diam and kekal tenang. Ya Allah. Kalau aku yang jadi mak aku.. memang aku terkam je perempuan tak guna tu.
Aku dah tekad. Bila mak aku nak bersara nanti. Aku akan bawak mak aku balik and duduk rumah aku. Aku akan bawak dia jalan2. Belikan apa sahaja yang selamani dia idamkan tapi tak pernah dapat.
Aku nak dia nikmati semula kebahagiaan yang selama ni direntap oleh orang yang tak tahu mengenang budi.
Aku nak tengok mak aku ceria dan bahagia macam dulu. Aku tahu sekarang mak aku dah lali dengan semua ujian tu. Mak aku dah terlalu kuat sampai air matanya pun dah kering, tak mampu lagi nak mengalir…
Kepada yang membaca post ini. Aku tak minta banyak. Please doakan untuk mak aku ya.
– Seorang anak perempuan yang ingin membela nasib ibunya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit