Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika siarkan untuk edisi seterusnya dari aku. Bukan niat untuk membuka aib keluarga, tapi sebagai perkongsian dari hati untuk yg sudi membaca. Bismillah…
(KL- Selangor)
Mak & abah garang dan panas baran. Mak kawin di KL umur 16 thn dan beza dgn abah 5 thn (zaman dulu2 punya cerita). Kedua2 atuk aku garang, seorang polis, seorang askar. Dan aku percaya bila ada keturunan garang2, tak mustahil mak & abah aku pun garang dan panas baran.
Mak dibesarkan tanpa nenek (meninggal masa mak aku umur 3 thn) dan atuk berkahwin dgn nenek tiri. Hasil perkahwinan, mak aku ada beradik tiri aka adik beradik kandung. Kehidupan mak tanpa belaian mak kandung membuatkan mak aku berdikari dari kecil dan tidak dipedulikan dari urusan sekolah hingga remaja). Sebab tu mak bercinta dgn abah tanpa pengetahuan atuk. Bila atuk dpt tahu mereka bercinta, atuk terus nikahkan pada hari tersebut sebab tak nak apa2 terjadi kemudian hari.
Abah pula dibesarkan oleh pakcik saudara disebabkan menurut cerita dari mak aku, abah bukan anak kesukaan. Sebab abah belajar tak tinggi, merokok dari usia 14 thn hingga kini (perokok tegar) dan abah rapat dgn pakcik. Bygkn kehidupan abah yg perlu berdikari dan jika balik, ada shj yg tidak kena di mata nenek (mak abah), suka beza2 kan anak.
So korang pahamkan kenapa mak & abah jadi garang dan panas baran. Kehidupan mereka tidak seperti aku dan adik beradik yg lain dijaga dgn penuh kasih syg (aku anak bongsu dari 5 beradik).
Selepas kahwin, sehingga sekarang, mak dan abah kerap gaduh (dulu masa kami kecil, lagi kerap bergaduh, dan pernah abah cabutkan batang buaian besi (mak jaga anak orang masa tu) dan nak tujah pada mak, tapi sebab kitaorang menangis dan pegang bdn mak, abah tak jadi teruskan.
Dan selalunya mereka akan bergaduh pasal duit. Abah dulu berjudi dan mengelat bg duit belanja pd mak. Mak tak bekerja, sebab tu setiap kali dapat gaji, mesti bergaduh. Mak bela anak orang sbb nak cukupkan duit sekolah kami. Aku tau mak makan hati dgn abah, byk berkorban demi kami adik beradik tapi mak tetap bg kami ksh syg walaupun mereka bergaduh. Abah panas baran dgn mak je, dgn anak2 abah syg.
Aku perasan masa aku kecil, mak & abah tak solat. Puasa tapi tak solat. Solat jumaat pergi, solat raya pergi. Adik beradik aku pun tak diajar untuk solat. Walaupun masa tu aku kecil lagi tp aku faham, sebab aku selalu jadi pendengar setia mak setiap kali mak cerita kehidupan mak dan abah masa kecil. Mungkin mereka juga tidak ditekankan untuk bersolat. Sebab tu bila tiada orang bersolat dlm rumah, itu satu kebiasaan. Alhamdulillah walaupun mcm tu, mak aku ajar kami adik beradik mengaji, sebab masa kecik atuk aku sempat ajar mak mengaji. (terima kasih sebab ajar kami mengaji).
Dlm adik beradik, aku shj yg dpt peluang mengaji sek agama (drjh 1-6), yang lain hanya sekolah kebangsaan shj, sebab masa tu mak xcukup duit. Darjah 4 aku tergerak hati nak belajar solat sendiri, aku letak buku pelajaran tepi sejadah, pakai telekung senyap2 , tutup bilik dan solat ikut step. Lama2 aku jadi suka nk solat. Kadang2 mak & abah nmpk, tapi mereka buat tak tahu je. Adik beradik pun sama.
(Perak-Selangor-Pahang)
Lps UPSR aku bersekolah asrama di perak (keputusan UPKK ke nama dia, aku dah lupa, thn 1998, lagi cemerlang dari UPSR) atas cdgn nenek aku. Mak aku tak bg, sbb jauh, tapi aku nak jugak, sebab aku minat belajar agama. Disini aku belajar dgn lbh mendalam ilmu agama, keputusan setiap tahun cemerlang berbanding PMR. Solat aku jaga. Bila balik, kehidupan seperti biasa, keluarga aku tidak solat.
Pada awal tahun tgktn 5, aku mengidap apendiks dan tekana darah rendah, dan ditahan di Hospital Klang. Doktor sarankan aku berpindah sekolah dan mak setuju. Tp aku? Aku tak setuju, sebab impian aku nak sambung belajar di Mesir. Tinggal setahun je lagi untuk aku habiskan SPM. Mak ckp keputusan akademik aku teruk, nanti nk cari kerja susah. Aku memberontak dan bertekak dgn mak sbb tak nak tukar sekolah dan berpisah dgn kwn2 yang aku dah anggap mcm adik beradik. (teruk kan aku?) Akhirnya aku berpindah jua ke sek menengah di Selangor.
Dengan perangai abah selalu gaduh dgn mak, abah tak bg duit, mak tetap hntr aku pergi tuisyen dgn kumpul duit kutu main dgn kwn2 sbb tahu aku lemah dlm akademik dan mak nak pastikan keputusan SPM aku baik. (aku tahu mak syg aku) Tp aku belajar sendiri (diam2) subjek tasawwur islam melalui duit yg aku kumpul untuk beli di kedai buku sbb subjek tu takde di sek men aku. Kadang2 aku stress jugak tgk diorg bergaduh. Keputusan SPM tak berapa baik, tapi alhamdulillah aku dapat sambung belajar diploma di Pahang. Alhamdulillah, dapat la 3 kali dekan.
Kehidupan spt biasa, keluarga tidak bersolat dan setiap kali balik, mereka akan gaduh la walaupun hal2 kecik. Jadinya, kami adik beradik sudah terbiasa dgn perangai mak & abah. Alhamdulillah, aku kenang jasa mak bergolok bergadai (mak gadaikan gelang mak depan mata aku untuk byr yuran belajar ijazah aku di Selangor, dan abah masih dengan perangai cukup berkira nak bg mak duit dan tak bantu mak pun untuk byr yuran aku) terima kasih mak , aku syg mak :( Mak teruja sbb dlm adik beradik, aku sorang yg dpt belajar tinggi. Masa ni adik beradik dah kerja dan ada yg telah berkahwin. Tapi mak & abah aku tidak bersolat lagi.
(KL-N9)
Lps aku hbs ijazah, lps sebulan, aku dpt kerja pensyarah di KL. Alhamdulilah, syukur. Walaupun mak dan abah aku tak mcm mak abah org lain, mereka jenguk aku, bg aku duit, kdg2 mak paksa abah bg aku duit walaupun aku tau kdg2 abah tak ikhlas bg duit, dgn duit mak dan abah la aku berjaya hingga ke tahap ini. Terima kasih mak dan abah, hanya doa dr anakmu yg byk dosa ini yg dpt ku kirimkn pd Allah setiap hari. Setiap kali solat sehingga kini, aku doakan moga Allah lembutkan hati mak abah dan adik beradik untuk solat suatu hari nanti. Dan tempatkan arwah abang di kalangan org2 beriman. Dan aku akan sedekahkan surah al fatihah untuk arwah abg , dan sedekah sekali lagi al fatihah untuk kedua ibu bapa aku yang masih hidup. Moga2 berkat kesabaran aku mendoakan mereka, akan dibukakan hati mereka untuk bersolat.
Ada satu waktu tu, aku tergerak hati ckp dgn mak, kenapa mak tak solat. Mak ckp suka hati aku la, tak pyh nak nasihatkan aku. Aku syg mak, tp mungkin mak ingat aku cuba merendahkan diri dia. Lama2 aku ckp, mak abah kalau tak solat, rumah tangga akan panas, nanti selalu bergaduh, punca duit tak cukup. Solat la, mana yg mampu, mmg tak biasa, lama2 nanti jadi biasa. Sampai aku nangis teresak2, mak abah pun keluar air mata tp dalam hati, aku tak tau apa yg mereka rasa.
Lama kelamaan, aku nmpk mak abah nk solat dlm rumah, walaupun on off, aku dah bersyukur, sbg titik permulaan mereka. Walaupun mereka kdg2 masih bergaduh psl duit tak cukup. Aku pun cuba memperbaiki hbgn aku dgn Allah, sbb aku bukan sempurna, aku pun buat dosa, aku selalu berdoa jgn aku rasa riak dan bandingkan diri aku dgn mak dan abah dan adik beradik aku yg tidak solat dulu. Sebab Allah bg aku hidayah awal dari mereka.
Dulu, kalau abg2 ipar atau sedara mara dtg, atau kwn2 dtg, aku xpakai tudung pun kat rumah, walaupun aku tau itu kewajipan sebagai muslimah untuk aku tutup aurat, dah la aku pnh sek agama kan? Aku rasa dah 5 thn sejak aku mula pakai tudung di rumah dan tidak salam ipar2 aku lagi. Alhamdulillah, mak aku, kakak2 dan kakak ipar dan mula pakai tudung jika ada org dtg. Syukur aku YA Allah.
Sekarang abah dah pencen, masih garang dan panas baran kalau dgn mak. Aku pun dah bertukar kerja sebab syarikat buang pekerja. Mereka tak gaduh kalau aku balik. Bila aku di KL je, mesti setiap hari ada je cerita dari mak psl abah. Selalu aku nasihatkan mak kalau mak cerita pasal abah. Aku ckp mak pun kalau mak ckp dgn abah guna nada suara yg tinggi, padahal boleh kan ckp elok2. Abah pulak dah mak tinggi suara, dia pun panas la. Sampai sekarang aku nmpk abah mmg berkira kalau soal duit. Mcm mak, mak kdg2 lepaskan marah sbb perbuatan abah yg dulu (pukul2, maki2). Aku pnh cakap, lupakan mak kisah dulu, bg abah peluang untuk berubah, mak ckp, ko tak rasa kat tempat aku.
Tp aku tau mereka berdua jadi begini, disebabkan cara didikan mereka dahulu. Tipulah kalau aku tak rasa fed up, sebab mak kdg2 call aku masa aku tgh keja, semata2 nak bagitahu, abah kedekut, gaduh2 perkara sama. Tp bila aku fikirkan balik, kehidupan aku tak mcm mereka. Selagi mereka hidup, aku perlu bantu mereka, damaikan mereka.
Dan disebabkan ini juga aku fobia untuk didekati dgn mana2 lelaki, walaupun bermcm2 jenis lelaki yg dtg dan pergi dlm hidup aku. Aku jadi susah untuk percaya lelaki, sbb tunang aku pun pernah tinggalkan aku, sbb mak aku garang dgn dia dulu. Aku takut kalau aku berkahwin, suami aku boleh jadi tidak suka dan tidak dapat terima perangai mak dan abah aku. Aku tak nak jadi macam mak, sampai ke tua panas dgn abah. Aku jugak pernah ckp dgn diri aku biarlah aku tak kahwin, aku sanggup jaga mak dan abah hingga hujung nyawa mereka. Bila mereka dah takde, baru aku bersedia nak kahwin. (alu tau, xbaik cakap mcm tu, sebab aku rasa aku je yg faham mak abah aku dari adik beradik yg lain). Agaknya mulut aku masin kot, dan sebab tu aku belum kahwin hingga sekarang :)
Tapi takpelah, semuanya aku serahkan pada Allah. Dia sebaik perancang. Sehingga kini kalau pergi mana2 aku yg akan pertama ajak mereka untuk bersolat di rnr ke, rumah saudara ke, sebab aku tak nak bukakan aib mak dan abah di akhirat kelak dan sebab aku sayang mereka. Hingga ke hujung ayat aku masih lagi rasa sebak di dada bila taip cerita ni, dan aku tahan air mata sebab sekarang kat opis, waktu bos tengah makan dalam bilik.
Aku panjatkan kesyukuran pada Allah sebab Allah panjangkan umur mereka, Allah bukakan hati mereka untuk solat, mereka dapat rasa duit gaji aku, dapat rasa naik kereta aku. Semoga aku terus istiqomah doakan mereka dan aku doakan kalian juga istiqomah dalam melakukan solat. Moga yg baik dtg dari Allah, dan segala yg buruk dtg dari khilaf aku sendiri.
Sekian, terima kasih,
Anak bongsu mak dan abah…
– Aku H
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit