Kisah Mak Mertuaku

Assalammualaikum semua pembaca, terima kasih admin kerana sudi menyiarkan cerita ini.

Kisah yang ingin aku ceritakan ini bukan cerita yang buruk-buruk ibu mertua aku, tapi penyakit yang dihidapi nya.

Ibu mertua aku ni, ibu tunggal dan bapa mertua aku meninggal 10 tahun dulu (Mohon disedekahkan al-fatihah), berusia 70an, lahir sebelum Merdeka, ada 4 anak dan baru dapat cicit.

1. Penyakit.

Ibu mertua aku tiada penyakit 3 serangkai tetapi mempunyai masalah pendengaran total hearing loss atau hilang pendengaran sejak 15 tahun dulu.

Kami anak-anak dah bawa jumpa Doktor pakai ENT swasta/ kerajaan dan Doktor mengesahkan penyakit hilang pendengaran ini permanent dan tidak dapat dirawat. Pernah pakai alat bantuan pendengaran tetapi tidak berhasil.

2. Komunikasi.

Ini mendatangkan masalah pada kami dan dia. Kami tak dapat berbual, meluahkan perasaan, berborak, bermesra dengan ibu mertua.

Cucu terpaksa bercakap dengan kuat, seperti menjerit dengan neneknya. Kadang-kadang kami yang rasa malu dengan orang luar yang tidak tahu masalah pendengaran ibu mertua kami ni.

Pernah ditegur oleh orang lain dan mengatakan anak-anak kami biadap dengan nenek apabila bercakap. Cara kami berkomunikasi dengan ibu mertua adalah dengan cara menulis dan guna bahasa Isyarat.

Pernah kami ajar gunakan telefon (sms, whatapps) untuk komunikasi tetapi dia tidak tahu gunakannya.

Ipar saya tinggal di negeri berlainan, jadi semasa Raya baru-baru ini selalu telefon untuk bercakap dengan ibu mertua tetapi tidak dapat bercakap dengannya. Hanya lah dengan cara video call dan kami yang transfer message melalui tulisan.

3. Aktiviti Harian.

Kami menjaganya kerana risau dengan keadaannya. Perangai orang tua, tidak mahu susahkan anak-anak tetapi kami berkeras untuk bawa dia tinggal dengan kami.

Disebabkan penyakit itu, dia hilang nikmat untuk solat berjemaah, dengar ceramah, video pasal agama, dengar bacaan alquran.

Kadang-kadang kami stress dengan keadaan ini, tapi kami tetap positif dan bantu dia apabila berkomunikasi.

Doakan kami tabah dan doakan masalah pendengaran ini sembuh.

– John Labu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *