Assalamualaikum terima kasih admin kerana siarkan kisah aku dan arwah nenek aku. Semoga arwah tenang disana bersama para solihin.
Arwah nenek aku meninggal pada hari raya ketiga iaitu hari jumaat. Alhamdulillah arwah terpilih untuk mengadap Allah pada hari yang mulia. Dalam kisah aku,aku tidak banyak menceritakan perihal mak tiri aku. Aku paham kenapa mak tiri aku berpewatakan macam itu kerana dia juga datang daripada latar belakang mak dan ayah yang bercerai dan dia dijaga oleh neneknya sehinggalah dia kahwin dengan ayah aku. Itu kisah dia,noktah!
Aku akui ayah aku bukanlah lelaki sempurna dalam menunaikan tanggungjawab terhadap nenek aku dan ayah aku kurang memahami perasaan anak anak nya kerana kisah hidup ayah aku juga dari latar belakang keluarga yang bercerai. Nenek aku bercerai dengan atok aku semasa ayah aku dalam kandungan kerana keluarga mertua tidak suka pada nenek aku.Mereka lebih memilih yang berharta. Selepas bercerai ayah aku diabaikan oleh Atok kandung aku dan dia tidak mengaku anak. Nenek aku membesarkan ayah aku sorang2 sehinggalah nenek aku berkahwin dengan atok tiri aku apabila ayah aku meningkat dewasa (nenek aku yang cerita). Apabila ayah aku mendapat kerja tetap dan berjaya maka atok kandung aku baru menerima ayah aku sebagai anaknya. Itu kisah ayah aku. Noktah!
Kini kisah aku dan mak tiri aku yang kedua. Setelah dia berpindah ke rumah nenek aku sehingga sekarang rumah itu sudah menjadi miliknya sepenuhnya. Aku tidak bebas lagi berada dirumah itu dan yes bila aku pulang aku masih lagi menjadi bibik seperti dulu. Aku cuma bertahan disitu sebab ayah aku, aku tidak mahu merasa terkilan buat kali yang seterusnya. Walau macamana jahilnya didikan ayah aku pada aku. Dia tetap waliku tetap menyanyangi aku. Ayah aku totally berubah selepas arwah nenek aku meninggal dan dia makin rapat dengan aku kerana adanya satu PERISTIWA FITNAH TERBESAR DALAM HIDUP AKU DAN DEMI ALLAH AKU AKAN MEMBUAT PERHUTUNGAN DENGAN MAK TIRI AKU DI AKHIRAT KELAK. Aku maafkan semua kesalahan mereka2 yang pernah hadir dalam hidup aku tetapi untuk satu itu aku tidak mampu memaafkannya.
Sebelum nenek aku meninggal, nenek aku kerap kali minta aku supaya kahwin terus tanpa bertunang kerana dia teringin lihat aku naik pelamin dirumahnya sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya. Aku cakap dekat nenek aku, aku mahu buat majlis di dewan supaya keluarga mak aku tidak kekok datang majlis aku. Aku sekadar bergurau sebenarnya. Nenek aku sangat sedih dan kecewa. Aku menyesal bergurau macam tu walaupun itu bukan niat aku. Ye aku akui nenek aku sakit sebab terlalu penat jaga cucu dan penat dengan perangai menantunya. Itu yang selalu dia adukan pada aku dan pada adik beradik kandung aku yang datang melawat nenek aku. Nenek aku jenis sayangkan cucu..dia sangup jaga sebab ingin dekat dengan cucunya diusia tua tetapi silapnya ayah dan mak tiri aku biarkan nenek aku menguruskan semuanya diusia senja dia.
Hari raya pertama aku balik kerumah mak aku dan hari raya ketiga nenek aku meninggal. Aku menguruskan juga jenazah nenek aku kerana itulah khidmat terakhir untuknya. Alhamdulillah berkat kursus jenazah yang aku sertai semasa di universiti aku ada pengetahuan lebih untuk menguruskan jenazah nenek aku. Teringat kata2 seorang ustaz “sebagai anak biarlah kita menguruskan jenazah terakhir mak dan ayah kita,agar aib jenazah hanya kita sahaja yang tahu. Itulah khidmat terakhir kita sebelum menghantar mereka ke liang lahad”.
Selepas nenek aku dikebumikan, ayah aku dan mak saudara aku bersikap dingin dengan aku. Mak tiri aku pula selalu perli perli aku depan ayah aku seakan2 aku akan diusir dari rumah nenek aku. 3 bulan lamanya aku seksa jiwa dan menjadi bibik sepenuhnya dirumah nenek aku. Adik2 aku sangat hyper aktif dan suka menyepahkan rumah. Jika aku kemas cantik2, setengah jam kemudian pasti sepah balik.habit dorang, makan depan tv , buang sampah dalam rumah dicelah2 kerusi,celah2 pasu bunga dan didepan tv memang penuh dengan cawan dan gelas yang dah digunakan. Kalau aku tak kutip, aku yang kena marah nanti. Bila mak tiri aku balik, dia akan marah2 jika nampak rumah sepah dan menuduh aku pemalas. Masa tu ayah aku sangat dingin dan suka marah pada aku tanpa. Aku lalui hidup penuh tekanan dan aku sebolehnya ingin segera pulang kerumah mak kandung aku tetapi ayah aku tak bagi sebab kuasa veto untuk benarkan aku pulang kerumah mak aku ditangan dia, dia akan beri kata putus ‘kalo balik tanpa izin,jangan balik dah rumah ni’. Sebagai anak aku kena jaga kemaslahatan kedua dua belah pihak. Biar aku terluka asalkan hubungan abah, aku dan mak kandung aku tidak tegang.
Selepas kenduri arwah yang ke 90 hari, terbongkarlah satu fitnah terbesar dalam hidup aku. Aku difitnah tanpa aku sedar. Fitnah yang menyebabkan ayah aku dingin dan suka marah2 aku. Jiran2 yang pandang serong pada aku. Fitnah itu terjawab kerana mak saudara aku terlepas cakap apabila aku mengadu layanan abah aku pada aku sangat dingin macam aku tak wujud dan always marah2 aku tanpa alasan yang kukuh. Mak saudara aku cakap sehari sebelum nenek aku meninggal, malam tu mak tiri aku bagitahu bahawa Aku balik rumah mak kandung aku untuk bertunang secara senyap2 dan apabila mendengar berita tu nenek aku sangat sedih dan terus diserang lelah dan sakit malam tu sehinggalah dia dibawa ke hospital pada pagi jumaat dan meninggal di hospital. Mak tiri aku bagi tahu lagi, mak kandung aku buat open house sebab majlis bertunang aku dengan pilihan aku dan dia tuduh aku buat secara sembunyi2 disana, dia cakap dia dapat info ini dari kawannya yang berdekatan dengan rumah mak kandung aku.kebetulan pula, masa mak aku buat open house bakal tunang aku dan keluarganya hadir rumah mak aku dan gambar itu diupload dalam FB aku. Itu kali pertama si dia hadir ke rumah mak kandung aku. Walhal aku sudah beritahu ayah aku awal2 lagi bahawa mak aku buat open house dan jemput bakal tunang aku datang bersama keluarganya memandangkan tunang aku adalah bekas anak didik mak aku. Allah patutla Ayah aku ignore aku sampai macam itu sekali. Aku lebih2 terkilan sebab nenek aku mati dengan prasangka dan aku tak sempat memperbetulkan semuanya. syukur fitnah itu Allah tunjuk awal dan aku masih boleh memperbetulkan. Ayah aku masih tak percayakan aku sehinggalah aku mengambil keputusan untuk bertunang awal dengan si dia sebelum aku graduated. Si dia memahami konfliks yang aku hadapi dan sidia telah pun bersedia untuk itu. Akhirnya majlis pertunangan aku dilakukan dirumah arwah nenek aku sesimple yang mungkin dan hanya keluarga sahaja yang terlibat. Selepas majlis tersebut ayah aku terus berubah dan jadi baik sangat dengan aku. Esoknya jiran2 datang dan tanya betul ke aku bertunang pula,bukankah aku dah bertunang sehari sebelum nenek aku meninggal? Persoalan tu yang diajukan pada aku dan aku terangkan bahawa itu semua fitnah. Jiran dan saudara mara aku suruh aku bersabar. Yer aku lega sebab kebenaran berpihak pada yang benar akhirnya.
Selepas kejadian itu ayah aku dan mak tiri aku kelihatan dingin dan kerap kali bergaduh jugak sampai ayah aku tak percayakan sangat kata2 mak tiri aku. Aku nampak ayah aku ambil iktibar daripada beberapa kejadian dan ayah aku mulai berubah dan menjadi galang ganti nenek aku, dia yang selalu pertahankan aku bila mak tiri aku marah aku dan perli2 aku. Pernah sampai tahap dia naik tangan kepada mak tiri aku kerana mak tiri aku bersikap kurang ajar pada ayah aku dan ayah aku datang mengadu pada aku. Dia bagitahu dia kalau boleh ingin je lafaz cerai tetapi sebab fikirkan anak2 yang kecil dia bersabar dan dia minta aku juga bersabar. Ye, aku boleh bersabar tetapi aku tidak boleh move on untuk rasa terkilan dengan pemergian nenek aku secara mengejut dan aku tidak dimaklumkan keadaan nenek aku yang sakit sebelum dibawa ke hospital. Terkilan…aku tak tahu camne nak move on lebih2 lagi nenek aku mati dengan prasangka dan adakah aku penyebab dia sakit…? Jika akulah yang dia sedihkan pada hari terakhirnya maka aku mohon diakhirat nanti Allah tunjukkanlah kebenaran dihadapan nenek aku. Al fatihah buat Rokiah bt Dollah (nama sebenar)
Aku selalu pesan pada diri. Bukan aku sahaja yang diuji,mereka juga diuji dengan ujian yang berbeza. Allah uji tanda sayang. Hanya lafaz itu aku mampu jadikan penawar buat hati setiap masa. Buat pembaca diluar sana, jika kisah aku ada yang baik2 jadikanlah ia sebagai satu ibrah untuk lebih baik. Hargai lah orang tua kita dan dan terimalah mereka seadanya mereka juga layak untuk diberi peluang kedua. Jika anda seorang bapa jadilah bapa yang bertanggungjawab,jika anda seorang ibu jadilah ibu yang baik,jika anda seorang ibu tiri,jangan ulang kisah ‘bawang merah,bawang putih’ pada anak tiri anda terimalah dia seadanya. Jauhilah fitnah,kerana sikap itu mampu buat orang lain menderita. Fitnah tidak selamanya akan menang sampai suatu tahap Allah akan tunjukkan kebenaran melalui macam2 cara. Akhir kata Doakan aku terus tabah tanpa nenek aku, doakan aku terus kuat untuk hidup aku dan meneruskan pengajian master aku sekarang serta doakan semoga pertunangan aku sampai ke jinjang pelamin. Amin.
Cucu nenek
Diana.
– Diana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit