Assalamualaikum pembaca semua, harini saya cuma nak share cerita yang mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin juga ada yang belum pernah dengar cerita ni. Cerita yang terjadi semasa perjalanan Isra’ dan Mikraj Rasullullah SAW. Asyik cerita tentang masalah yang berat-berat je kan such as parenting abuse and etc, kali ni kita cerita yang simple-simple just buat selingan je hehe
Saya suka dengar ikim.fm, suatu hari ada lah terdengar cerita tentang Malaikat yang menghitung titisan hujan yang turun dari langit ke bumi.
Rasulullah SAW bersabda, “Disaat aku tiba dilangit di malam Isra’ Mikraj, aku telah melihat satu malaikat yang memiliki 1000 tangan, di setiap tangan ada 1000 jari dan aku melihatnya menghitung jarinya satu persatu. Lalu aku bertanya kepada Jibril as, “Siapakah malaikat itu, dan apa tugasnya?”
Maka Jibril berkata, “Sesungguhnya dia adalah malaikat yang telah diberi tugas untuk menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi. ’
Rasulullah SAW lalu bertanya kepada malaikat tadi, “Apakah kamu tahu berapa bilangan titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi sejak diciptakan Adam as?”
Malaikat itupun berkata, “Wahai Rasulallah SAW, demi yang telah mengutusmu dengan hak (kebenaran), sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi dari mula diciptakan Adam as sehinggalah sekarang ini, aku juga mengetahui jumlah titisan yang turun ke laut, ke darat, ke hutan rimba, ke gunung2, ke lembah2, ke sungai-sungai, dan ke tempat yang tidak diketahui oleh manusia”
Mendengar huraian malaikat tadi, Rasuluallah SAW sangat berasa takjub di atas kecerdasannya dalam menghitung titisan air hujan.
Kemudian malaikat tadi berkata kepada beliau, “Ya Rasulallah, walaupun aku memiliki 1,000 tangan dan sejuta jari dan diberikan kepandaian dan kecerdasan untuk menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi, tapi aku memiliki kekurangan dan kelemahan”
Rasulallah saw pun bertanya, “Apakah kekurangan dan kelemahan kamu wahai malaikat?”
Malaikat itupun menjawab, “Kekurangan dan kelemahanku Ya Rasullullah, jika umatmu berkumpul di satu tempat, mereka menyebut namamu lalu berselawat ke atasmu, pada saat itu aku tidak mampu menghitung berapa banyaknya pahala yang diberikan oleh Allah kepada mereka atas selawat yang mereka ucapkan atas dirimu.”
Allahuakbar..bayangkan sahabat-sahabatku..Malaikat yang hebat, yang tak pernah salah dalam menghitung titisan hujan sejak dari zaman Adam as sehingga lah sekarang pun kalah dan tak dapat nak hitung pahala yang kita dapat bila berselawat kepada nabi junjungan kita. Semoga kita berada dikalangan orang yang beriman..perbanyakkanlah berselawat, semoga cerita ini dapat mencuit hati yang mendalam kepada sahabat semua kerana sesungguhnya saya juga berasa takjub bila mendengar kisah ini.
Assalamualaikum. :)
ila
– ila
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit