Hai. Ini adalah cerita trauma yang bawa aku kepada siapa aku pada hari ini. Kalau admin tak siarkan aku pun faham kenapa. Tapi kalau siarkan, aku harap adalah pengajaran kepada sesiapa.
Aku perempuan. Sekarang di akhir 30-an. Aku bukanlah perempuan liar sangat tapi aku selalu dianggap mudah untuk dibuat apa-apa (sentuh, pegang, etc) oleh lelaki dan perempuan.
Cantik tak? Biasa je kot, dari 10 aku bagi 6 la untuk diri aku. 10 tu macam artis yang cantik cantik. 8 tu nabila razali, haa aku 6.
So, aku ni nampak gembira dan bising dan kelakar, juga berjaya. Tapi, deep inside… aku ada rasa tak bersih dan kotor.
Ceritanya bermula…..
Aku dibesarkan oleh parent yang maha sempurna. Cukup duit, ada kerja, ada rumah, ada kereta untuk jalan jalan semua tu masa kecil sampai besar. Agama juga baik. Cuma senang orang dulu lah, kfc tu bila birthday ke, bila ada special day, bukan yang terlalu kaya.
Rumah aku dulu rumah tanah kampung, yang ayah aku buat sikit sikit sampai akhirnya jadi rumah dua tingkat cantik. Bawah ada dua bilik, atas ada tiga bilik.
Aku sorang anak perempuan dan 5 orang lelaki. 2 abang, 3 adik. Total 6 lah. Jarak semua pun setahun dua macam tu. And we were very close masa kecik.
Aku ingat lah kalau sorang abang aku pergi tuisyen, rasa bosan sangat. Nak juga ada semua main ramai-ramai.
Main kanak-kanak dulu adalah pelbagai termasuk main kahwin-kahwin.
Ada satu hari tu, Sabtu kot sebab mak aku takde pergi kenduri dengan ayah aku kat kampung sebelah. Aku tak boleh keluar sebab mak aku tak bagi. So aku pun ajak la dia main kahwin-kahwin.
Tah la permainan tu macam mana, tapi akhirnya tanpa sedar, tangan abang aku gosok bahagian dalam seluar aku. Juga tanpa sedar dan bodoh, for me that was fun. Aku baru darjah 3 masa tu. Abang aku darjah 6.
Sebabkan sedap, hari ke hari aku macam suka dibuat macam tu. Sampai aku ada breast dan aku suka sangat bila benda benda bodoh tu terjadi.
Tak berhenti pada satu abang saja, abang lagi satu dan termasuk juga pada adik adik aku. Just imagine what a stupid thing is that.
Mak aku mana? Dia ada tapi anak anak dia orang baik dan pandai. Tak pernah lah lagi busted cuma ada satu masa tu je adik aku naik atas aku dalam bilik aku.
Aku buat buat tidur (most of the time yang sedap tu aku memang buat buat tidur), tiba tiba mak aku buka pintu. Dia cakap kat adik aku “hang buat apa?” Adik aku cakap, “nak kejut kak bangun” Dan itu sajaa.
Benda ni terjadi sampai lah aku masuk matrik tak silap aku. Aku dah ada rasa malu dan tak suka lagi dibuat macam tu. So contoh bila abang aku gurau nak pegang dada, aku akan lawan tunjuk tak suka.
Oh bukan pada keluarga aku saja ya. Cousins lelaki juga ada yang meletak tangan pada mana mana bahagian badan aku. Ponn aku tak rasa hina masa tu, rasa sedap dan bodoh pada waktu tu.
Sampai lah aku makin dewasa, aku addict. Tapi sehingga hari ini, seingat aku, aku masih dara walaupun dah tua. Aku cuma addict di sentuh.
Tapi hingga ke saat ini, aku tak boleh nak berkahwin. Rasa kotor, rasa hina, rasa macam aku takkan berhenti sikap yang satu ni.
So call me anak dara tua now. Adik beradik aku macam mana sekarang? Yang last baru je kahwin. Semua pun macam tak ingat benda macam tu dulu was our play- takde sapa pernah cakap pasal ni, in fact semua kahwin dengan ustazah2.
So aku? Takpelah aku tak salahkan dorang pun. Takde yang salah. Cuma kalau aku jadi mak (mustahil gila) aku akan jaga anak-anak aku main elok-elok.
Suspicious lah kot basically. Jangan biar sangat sangat. After all, lelaki dan perempuan kan. Tah la tapi adik beradik.
Aku sekarang bahagia dengan kawan aku, perempuan. We share the same story and rupanya benda ni bukan dalam rumah aku saja.
Nasi dah jadi bubur untuk aku. Untuk orang lain yang mampu mengubah apa apa, semoga selamat kedepannya.
– Anddar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit