Hello everyone, sudah v4ksin ke belum? Semoga sihat-sihat dan gembira sentiasa sementara menunggu kerajaan membenarkan rentas negeri untuk balik kampung tidak kiralah ke rumah ibu bapa atau pun mertua.
Semenjak dua menjak punyalah heboh golongan menantu memuji-muji diri sendiri pembersih manakala ipar-ipar dan mertua pengotor. Rasa-rasanya kalau suami tahu, kena cerai tak?
Kesianlah mertua mereka ini, ada menantu tak guna mengata dalam media sosial (IIUM Confession kan ada fb) walaupun tiada orang yang kenal.
Kau tak payahlah mengutuk mertua tu siap quote kebersihan separuh iman, menghormati orang tua apalagi mertua tu pula apa hukumnya?
Bila baca kisah-kisah ni, saya teringat dengan nasihat makcik saya yang berulangkali lebih kurang mengenai bahawa beliau tidak akan dapat mencurahkan ilmu agama kepada saya,
(Beliau merupakan seorang converted Muslim), tetapi akan berusaha memupuk nilai-nilai murni/moral seadanya.
Makcik saya ni orang bandar yang berada dan pakcik (abang kepada ibu) saya ni orang kampung yang latar belakang hidup susah. Mereka jumpa di universiti, berkahwin dan mempunyai tiga anak lelaki.
Awal-awal selepas berkahwin, pakcik saya melanjutkan pelajaran sambil bekerja dan makcik saya inilah yang mengambil tanggungjawab memantau kerja-kerja membuat rumah baru di kampung untuk datuk dan nenek yang merupakan mertuanya.
Oh ya, datuk dan nenek saya kerja bertani, menternak dan meniaga sayur di pasar walaupun sudah tua. Untuk mengisi masa lapang barangkali, sebab kehidupan mereka berdua cukup segala.
Setiap kali hari raya, sepupu-sepupu lelaki saya turun ke kampung beberapa hari lebih awal dengan membawa peralatan membersih seperti penyapu, berus, kain lap dan sabun sama ada dihantar ibu bapa, pemandu ataupun menaiki teksi.
Ada waktu, pekerja-pekerja juga akan ikut serta untuk mengecat, membaiki kerosakan dan memotong rumput.
Mereka memang akan mengelap tingkap, dinding, syiling (ya, dinding dan syiling) dan segala jenis perabot mahupun perkakas, menyental tandas, mengemop lantai, berus di luar rumah, menukar langsir dan lain-lain.
Bukan sekali mereka kedapatan minum secara curi-curi di bulan puasa kerana haus dan letih membersihkan rumah datuk sebesar 2.5 tingkat.
Dan bila makcik saya balik sehari lebih awal, dia akan buat quality control dan suruh mereka bersihkan lagi mana-mana yang patut. Selain itu, segala pingan mangkuk cawan dan bekas-bekas kuih akan dicuci dan disusun rapi.
Tidak pernah dia mencebik atau membuat muka walaupun rumah datuk tidak kemas atau bersih. Beliau memang pantang kami membuka mulut mengutuk perihal rumah, baju atau apa-apa saja yang menggambarkan kesusahan orang lain.
Perkara yang sama berlaku di rumah ibu makcik saya, cuma bezanya di sana ada live-in maid untuk membersihkan rumah sekaligus menjaga ibunya. Beliau akan datang membawa barang-barang dapur dan memantau kebersihan rumah ibunya pula.
Setelah saya sendiri berkahwin dan balik ke rumah mertua, belum pernah saya komen pasal kebersihan rumah beliau dengan sesiapa pun.
Mertua saya rajin orangnya tapi apalah kudratnya hendak membersihkan rumah yang besar sendirian hari-hari. Malah bila kami balik, pinjamkan telinga untuk beliau meluah perasaan.
Mana-mana yang saya boleh bersihkan, memang saya akan buat dan beli sendiri perkakas pembersih dan pencuci yang berkaitan.
Mana-mana yang perlu highlight kepada ipar-ipar juga saya memang akan beritahu secara berdepan supaya mereka boleh bantu untuk selesaikan. Kata-kata itu habis di sana, tiada kejadian pelik ungkit-mengungkit.
Kalau kita ada berjumpa dengan sesuatu masalah yang mengganggu minda, fikirlah cara menyelesaikan. Ketahuilah cakap-cakap belakang tidak akan menyelesaikan satu apa pun malah boleh menyebabkan persengketaan.
Ada satu kata-kata yang saya lupa ungkapan siapa; “apabila kita tidak dapat ubah situasi kita, kita boleh ubah cara kita berfikir”.
Rasanya lebih-lebih lagi di musim pandemik ini, ramai perlu belajar cara untuk berfikir secara terbuka dan optimis, supaya lebih tenang, bahagia dan waras!
Ah nanti mesti ada yang komen (golongan pesimistik), anak-anak kecil macam mana nak suruh tolong bersihkan?
Kau mulakan dengan anak lelaki mertua yang kau kahwini kalau kau sendiri tidak boleh bantu bersihkan. Alang-alang itu rumah ibu dia.
No hard feeling, stay safe..
– Seasoned Jobseeker (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit