Kisah Mentuaku Dibuli Anak

Assalamualaikum semua. Selama ni aku hanya menjadi silent reader. Sambil2 menunggu bas atau train, aku akan baca kisah2 di IIUM Confession.

Ini kisah dalam hidupku. Setiap manusia ada kisah yang tersendiri dan unik. Bagi aku, mungkin kisah ni agak unik dari orang lain.

Ibu mertuaku.. sebut je ayat ni, pasti orang fikir nyonya mansor. Kebanyakkan cerita semua berkait ibu mertua yang jahat, control anak dan sebagainya. Tapi berlainan pulak dengan ceritaku ini.

Aku dikurniakan ibu mertua yang cukup baik. Terlalu baik sehingga dipijak kepala oleh anak2 sendiri.

Suamiku anak nombor dua. Sewaktu ibunya sakit lumpuh, memang tiada siapa sudi menjaganya. Aku waktu itu baru grad dari degree mehulurkan bantuan untuk menjaga ibu.

Mudah menjaganya. Tak banyak kerenah. Cuma kadang aku terpaksa minta bantuan suami mengangkatnya ke bilik mandi.

So sebelum pergi kerja, suami akan memandikan ibu dahulu, dan aku akan memasak sarapan untuk mereka. Rezeki kami berkat menjaga ibu, suamiku dinaikkan pangkat setiap tahun.

Dari rumah flat sehinggalah kami mampu tinggal di rumah teres dua tingkat. Aku juga dikurniakan rezeki biasiswa menyambung master.

Kami masih lagi setia menjaga ibu hingga tahun ketiga, ibu baik dari lumpuh dan boleh berjalan seperti sedia kala.

Disaat waktu itu aku tengah mengandung anak sulung, mulalah episod tragedi dalam keluarga mertuaku. Adik beradik suamiku ada 5 orang.

Setelah tahu ibu baik dari lumpuh, terus mereka datang kerumah berebut untuk ambil ibu tinggal bersama mereka.

Dengan alasan, kali ini tanggungjawab mereka. Sedangkan bukannya kami tidak tahu, tujuan mereka adalah untuk dapat bibik free dirumah.

Suamiku menentang sekerasnya kerana selama ini tidak pernah sekali pun mereka datang melawat apatahlagi memberi duit kepada kami kerana menjaga ibu.

Kerana kedegilan suamiku, kami dicaci hina seluruh adik beradiknya. Kononnya aku yang tidak memberi keizinan untuk ibu pergi kerana sudah target untuk ibu menjaga bakal anakku nanti.

Sedangkan tidak sekalipun idea itu datang dimindaku kerana aku bekerja sendiri. Masaku hanya dirumah kerana bekerja freelancer sebagai juruperiksa artikel dan buku.

Dek kerana tekanan dari kakak dan adik iparku, ibu mertuaku beralah dan pergi bersama mereka. Siang malam aku doakan ibu mertuaku dijaga dengan baik.

Rindunya aku padanya kerana kami tidak pernah berenggang selama 3 tahun ini. Dari masakan sehingga produk mandian kesukaannya aku lebih mengetahui dari anak2 nya yang lain.

Tahun pertama ibu mertuaku dibawa ke Sarawak. Abang iparku bekerja disana bersama isterinya.

Selama 3 bulan kami tidak berjumpa dan hanya kadang2 call tapi tidak boleh lama. Abang iparku amat menyekat panggilan telefon dan kami cukup risaukan keadaan ibu disana.

Sehinggalah bulan ke enam, ibu dibawa pula ke Terengganu bersama adik iparku. Ibu banyak senyap dan tidak bercakap.

Kami mengunjungi dia diwaktu raya dan melihatnya sedikit tidak terurus. Baju sudah lusuh. Kulit kering dan kurus. Aku cuba bertanya ibu, tetapi ibu banyak mengelak.

Tiba2 kami dikejutkan kedatangan adik ipar bersama ibu pada tahun kedua dia tinggal bersamanya. Dia datang hanya ingin menghantar ibu dengan alasan ibu rindukan kami.

Rupanya, ibu diserang minor strok. Mulutnya tidak boleh ditutup rapat sehingga keluar air liur. Luluh hatiku melihatnya. Ya Allah, rupanya ibu selama ini ditunggang seperti bibik.

Dari pagi terpaksa menjaga cucu2, memasak dan mengemas rumah. Ibu mertua jugak hanya diberi tilam nipis dibilik stor sebagai tempat tidurnya.

Dek kerana tidak tahan melihat keadaan ibunya, suamiku menghalau adik ipar dan left wassap group mereka.

Suamiku memberi amaran supaya tidak lagi datang kerumah kami dan kebetulan kami akan berpindah ke rumah lain. Oleh itu mereka tidak tahu kami dimana sehingga sekarang.

Selama setahun kami merawat ibu, ibu pulih seperti biasa. Tapi keadaanya agak trauma dan dia masih lagi berada dibawah jagaan doktor dan Psychiatrist.

Ibu merayu tidak dihantar kemana2 lagi. Ibu bercerita, disaat dia berada di Sarawak, ibu tidak lalu makan.

Yalah makanan orang Sarawak agak berlainan. Kerana dia menolak untuk makan, pernah hampir 2 hari ibu tidak diberi makanan apa2.

Aku tahu abang iparku itu memang baran orangnya. Aku dapat agak apa yang telah terjadi antara mereka.

Sekarang keadaan ibu semakin baik. Dia telah mejadi kawan rapat kepada ibuku sendiri. Mereka berdua telah tinggal bersama kami dan kami cukup bahagia hinggalah sekarang.

Suami terpaksa menipu adik beradiknya dan mengatakan ibu masih sakit strok.

Kami sekadar ingin melihat adakah mereka risaukan ibu dan ingin datang melihatnya. Malangnya sehingga kehari ini tiada langsung kelibat mereka atau mesej walaupun suami telah unblock semua orang.

Sekiranya kami beritahu ibu sudah sihat, pasti mereka akan datang sekali lagi.

Duhai anak.. ibu bukanlah bibik atau penjaga anak2mu. Hargailah mereka dan jagalah mereka sehingga ke akhir hayat.

– Haiza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *