Dua hari lepas, Pati tiba² macam diam je. Selalunya aktif. Dia tidur dari tengahari sampailah nak dekat senja. Memang buat bising kat telinga dia suruh bangun pun, dia tidur je..tak sedar². Takdelah fikir apa, kalau demam tu biasalahkan. Tapi, Pati takda lah demam pun. Cuma lepas dia bangun tu sampailah hari esok tu, dia dah semakin pelik. Kaki dia tak kuat nak jalan, mampu jalan pun senget ² macam org tak betul dah. Badan dia pun memang tak boleh nak seimbang apa² dah. Waktu ni dia makan semua okey, cuma malam tu dia dah terlalu ‘penat’ nak lawan something yang kacau dia. Tak tahu lah apa. Mula² takut lah wei, sebab time maghrib kot Pati tiba² mai naik katil. Lepastu mata dok ikut je sesuatu yang tarik perhatian dia. (macam kita tengah nak pancing kucing suruh gurau golek² contoh, guna lidi ke..tali ke..sampai kucing tu fokus dekat tali yg kita dok main²kan tu) dia jadi macam tu lama jugak. Lepas dah okey sikit, dia terus lelap tidur. Kejap² tersedar. Jadi benda sama juga, mata dia tengok kanan..kiri. lepastu tak berhenti².Seram jugaklah. Tak pernah kes meow macam ni takat aku jaga. Jadi seram bila kita panggil nama dia waktu kena kacau tu, memang sungguh tak dengar. Tapi lepas mata dia dah okey..dia dengar je macam biasa.
Then, aku cari lah dekat Mr Google pasal kes Pati ni. Risau lah kan, lagipun memang takda tanda dia kena langgar. Jadi cari punya cari jumpalah info. Cuma berapa % sahaja yang boleh setuju lah (dgn keadaan Pati ni)
1. Mybe dia kena stroke.
2. Sawan (ermm, ni aku rasa macam tak..)
Jadi, setakat ni aku tengok keadaan Pati dengan tanda² meow kena stroke memang ada.
Dan, lepas sehari dia kena macam tu,esoknya dia dah takda tersedar² then main mata semua tu. Cuma aku tengok dia macam penat sangat. Dia bertambah susah nak bergerak. Nak naik katil pun dia boleh jatuh balik. Kalau dia dapat naik pun bila tengok alahai, perit sungguh dia nak buat semua tu. Bila dia berjalan, badan dia tak seimbang langsung. Kepala senget sikit..tapi kadang² normal macam biasa. Jalan pun tak berapa kuat. Kadang tu ada dia jalan lepastu jatuh sendiri. Makan pun susah. Senget² nak masukkan makanan. Memang first day dia kena dia terus mai dekat aku. Sebab selalunya dia tidur tempat lain (jarang tidur dengan aku, pernah tu pernah lah) malam tu, takpayah cakaplah. Dia tidur memang tak tenang. Aku macam jaga manusia yang sakit tau dak. Kejap² dia tersedar, main mata² sampai aku pula yang siap bagitahu dia “tidur ti (Pati) jangan layan sangat..tidur jee..” sambil aku usap² mata dia. Memang tengok dia tengah penat sangat. Pati ada 2 ekor anak kecil. So, bila dia dah pilih katil aku sebagai hospital dia,jadi aku dengan rela hati bawa lah juga dua ekor tu mai duduk sekali. Nasib baik dia still boleh jaga anak dia, makan pun okey lagi. Cuma sampai sekarang tak tahu penyakit sebetulnya.
Tak bawa jumpa doktor ke?
Belum lagi. Tapi kami dah call doktor tu (yang biasa urus meow² aku) tanya kenapa ini itu, dan doktor kata kemungkinan Pati tak cukup darah. Doktor pula kata ada hal dalam beberapa hari jadi kena tangguhkan dulu nak bawa jumpa ni.
Sekarang ni Pati begitu je lah. Takda ubah apa. Cuma dia dah tak cari gaduh dengan orang lain.. Tapi ada juga bunyi² yang dia buat bila nampak musuh dia. Hahaha. Okeylah, setakat ni ja dulu KisahPati. (Nak tidodododoodo dulu)
Kalau ada siapa² yang tahu, ubat ke, makanan² yang dia boleh makan untuk sembuhkan tanda² macam ni. Share lah.
Tulisan ni hanya sekadar nak berkongsi apa yang aku hadap sekarang dengan meow² yang aku jaga setakat ni btw terima kasih kepada yang dah selamat baca tulisan aku ni. Nak ‘pesan’ apa² lepas dah baca cerita ni, boleh lah comment nanti.
Assalamualaikum.
– Miy
– Miy
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit