Assalamualaikum guys!
Firstly aku nak minta jasa baik korang (especially pelukis-pelukis komik yang selalu upload apa sahaja jenis komik dalam Instagram) supaya baca dengan hati yang terbuka dan jangan pulak marah-marah.
Janji jangan marah tau?
Sebab niat aku nak cerita pasal kes kawan aku dengan one of you guys, bukan nak aibkan mana-mana pelukis komik dalam Instagram. Kes ni kes lama, dah settel dah pun. Lagipun aku cerita semula sebab sekarang ni banyak pelukis komik baru yang baru nak naik, dan majoritinya tak tahu bezakan “constructive criticism” dengan “Insulting”.
Aku ni pun boleh dikategorikan sebagai Pelukis Instagram jugak. Aku selalu upload apa sahaja jenis lukisan atau komik simple-simple dalam akaun Instagram aku. Cuma aku takde la sampai hari-hari pos, at least pun 2 minggu sekali, sebab kekangan kerja. pernah sekali aku busy gila, sampai satu tahap aku tak post apa2 pun dalam Instagram dalam sebulan.
So aku ada seorang kawan. Perempuan. Kenal masa dekat sekolah menengah dulu. So dia pun macam aku jugak. Tapi kalau aku minat melukis sebab arwah atuk aku, dia minat melukis sebab suka tengok anime. Jadi aku tak hairan la kalau lukisan dia memang ada rupa-rupa anime sikit.
Tapi sebenarnya aku bukan nak cerita pasal dia, aku nak confess pasal satu kes yang jadi dekat dia tahun lepas. (By the way, aku dah dapat kebenaran dia untuk cerita semua ni, asalkan aku tak bagitahu siapa pelukis instagram tu)
Kawan aku ni dulu boleh kata rajin komen dekat mana-mana post dekat instagram, especially kalau orang tu memang sejenis yang friendly.
One fine day, ada seorang pelukis ni dia upload one artwork dalam instagram. Dan dalam post tu dia ada caption yg dia ada buat slight mistake dekat artwork dia. So kawan aku pun komen la kat situ, cakap yang maybe ada part yg dia kena betulkan baru nampak realistik.
Tak sangka pelukis tu triggered. So pelukis tu up status. Aku sempat baca apa yang kawan aku tulis dekat post dia (dia dah padam komen dia shortly after that). And aku nampak pelukis tu cukup offended dengan kawan aku tu.
Pelukis tu bagi warning kat semua followers dia yang dia akan block terus sesiapa yang cuba criticize lukisan dia. Lepas tu dia cakap la yang kawan aku ni (dia tak mention IG kawan aku kat status dia by the way) tak layak tegur dia sebab kawan aku ni setakat lukis karakter-karakter ala anime je, dia cakap kawan aku ni lukisan dia pun tak hebat mana pun ada hati nak kritik lukisan dia. Dan dia cakap la yang kawan aku ni tak tahu berapa lama dia berusaha belajar nak jadikan lukisan dia tu cantik menarik kebabom. Last sekali dia panggil kawan aku “gila” (ni legit ya, aku tak tipu sebab aku pun baca status dia)
Then kawan aku pun cepat-cepat la mintak maaf, sebab dia tak sangka la yang komen dia tu buatkan pelukis tu offended. Tapi reply dia, haih, aku pulak yang geram, hahahaha!
And dia menangis, betul-betul punya menangis, bukan pura-pura menangis macam drama pukul 7 tu. Dia pun cerita la yang dia tak bermaksud pun nak buat pelukis tu marah, sebab dia tak rasa apa yang dia tulis tu offensive pun.
Tapi yang part pelukis tu bash back about her drawing skill tu yang paling dia sedih.
Aku tahu dia struggle gila. dia bukan macam aku. Kalau aku boleh senang-senang keluar duit beli peralatan mahal-mahal untuk melukis, dia have to work hard for even cheap stuff. Kalau aku dapat main dengan Bamboo Drawing Pad (device untuk kita melukis direct ke komputer) masa aku sekolah menengah, dia masuk Degree baru dapat merasa, itu pun second hand punya. Kalau aku dapat terus sambung belajar Diploma and Degree in Arts, masa aku graduate degree dia baru dapat masuk belajar degree (sebab kena keje dulu). Dan yang paling penting, parents dia tak pernah restu pun dia belajar seni.
So aku biar je dia nangis je la. Sambil-sambil tu aku cuba susun ayat nak cakap dekat dia, sebab aku taknak back up sesiapa. Sebab aku pun rasa no point nak pergi maki-maki dekat page dia sebab better benda ni settel sesama diorang.
So aku cakap dengan dia;
First, Jangan block dia. Sebab kalau kau block dia, tu tanda kau pun rasa tak ada sesiapa tak layak tegur apa-apa pasal kau, walaupun kau salah.
Second, Keep on watching the person’s post and story. teruskan je like any posting dia. Tapi JANGAN KOMEN APA-APA. Jangan komen walaupun kau rasa kau kena jugak komen. Kalau simpati ke, sakit hati ke apa, simpan je dalam hati. Kalau ko nak tulis ‘Wow!” sahaja je pun jangan. Kalau boleh, jangan komen mana-mana post insta sesiapa pun. Like sahaja boleh.
Dia pun kata ok.
Pastu settel. aku pun lega la sebab biasanya argument macam tu akan ada orang yang tak berkenaan ‘tumpang sekaki’, pastu make thing worse.
Oh, jangan minta aku reveal siapa pelukis komik tu, sebab benda dah settel, dan no point kalau nak pergi page dia pastu maki-maki.
Cuma ada benda je nak cakap:
Kepada pelukis instagram yang berkenaan tu, saya tak marah awak pun, sebab even saya pun tak sangka awak akan marah macam tu. Tapi bila awak cakap yang kawan saya tak tahu how you struggle, you are wrong.
And saya rasa awak as someone who quite famous among instagram artist people, you need to fix how you deal with criticism. Sebab cara people deal dengan criticism is how people see how matured people are.
– Mick: Si Pelukis Amatur
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit