Kisah Perceraian Si Matahari

Assalamualaikum. Hai semua, its me again, Matahari. Lama tak confess disini selepas kali terakhir aku share tentang kisah kemurungan disebabkan krisis aku dan suami.

Okay, mula-mula sekali, selepas 13 tahun usia perkahwinan, bulan lepas aku dah disahkan bercerai dengan ex-suami.

Ceritanya bermula pada bulan 10/2023… Penyondol contact aku dan bagitahu dorang dah kahwin di Thailand since 2021. Aku percaya dan tak berapa percaya, tapi aku ikutkan je rentak dorang berdua.

Masuk bulan puasa, kemurungan aku trigger balik, dan tahun 2024 kali pertama aku beraya tanpa suami. Rupanya dorang tak pernah kahwin pun selama ni, baru je kahwin bulan 2 hari tu. Semua ni kantoi depan hakim mahkamah syariah.

Dari 1 syawal hingga 7 syawal, aku tak jumpa, tak beraya dengan suami. Madu seronok dok update gambar beraya sakan dengan suami. Habis semua di facebook dan status Whatsapp suami dia update gambar raya dorang.

Takdir Allah, mak mertua meninggal tiba tiba. So itulah kali pertama aku jumpa madu aku. Aku hulur tangan bersalam dan tegur sepatah dua. Masa tu aku tak tunjuk apa apa emosi.. Cuma aku tayang muka selamba je.

Suami buat keputusan nak bagi perempuan tu duduk di rumah mertua sampaila habis kenduri arwah 3 hari. So aku diamkan. Sepatah aku tak komplen apa walaupun rumah mertua tu adalah rumah sama yang aku duduk since kahwin 13 tahun lepas.

Masuk hari ke 4.. dia masih belum balik ke rumah dia. Masa tu aku bagitahu suami, kalau perempuan masih tak balik, aku akan pergi tinggalkan rumah tu. Petang tu perempuan tu balik rumah dia dan update lagi tiktok mengata aku.

Petangnya, suami cakap dia memang plan nak aku duduk serumah bersama bini muda dia, di rumah baru yang dia bina belakang rumah mertua. Rumah pun memang dah siap, tunggu masa nak duduk sahaja.

Aku tak tahu apa ada dalam kepala otak dia masa tu. Aku tahu dia tak mampu nak sara 2 isteri. Tapi aku rasa apa yang dia cakap terlalu melampau dan memang aku tak boleh terima. Dan masa tu jugak aku baru sedar, okay that’s it. Aku dah nampak apa jalan yang aku perlu ambil.

Dalam tempoh 6 bulan tu aku dok bersabar dengan apa yang suami dan madu aku buat. Dari bulan 10/2023 hingga bulan 2/2024 dalam tempoh dorang belum kahwin tapi berlagak macam dah kahwin..

Dan selepas kahwin bulan 2 sehingga masuk bulan 5… Provok aku macam macam.. Dok update segala gambar, segala video di akaun tiktok dia.

So aku terus bagitahu suami aku nak bercerai. Esoknya aku terus pergi jumpa kawan lawyer syariah dan lusa aku terus pergi hantar borang cerai ke mahkamah.

2 minggu selepas tu dapat tarikh pertama, depan hakim bekas suami aku mengaku dia baru je 2 bulan kahwin tanpa kebenaran aku, tipu aku dengan borang poligami yang mungkin dia sign sendiri.

Walaupun masa tu mahkamah panggil aku selaku bini tua, aku tak pergi sebab dia cakap nak daftar perkahwinan je dan nak kurangkan denda, hakikatnya aku ditipu hidup hidup. Tapi takpe, benda tak pelik.

Hari tu bila depan hakim dia cakap dia taknak ceraikan aku, bukan sebab masih sayang aku, tapi sebab dia malu kalau bercerai. Aku cuma diam tak bagi apa apa respon.

Cuma bila abang aku bising kenapa dia taknak ceraikan aku, barulah dia mengamuk dan cakap dia akan ceraikan aku kali kedua ke mahkamah nanti untuk jumpa jawatankuasa pendamai. Dengan syarat jangan tuntut apa apa. Ok fine, aku setuju asalkan dapat bercerai.

Dalam tempoh menunggu tarikh, walaupun bekas suami marah marah mengutuk family, aku sabar je. Sebab aku taknak urusan perceraian ni tak berjaya. So aku cuma sabar selagi aku boleh sabar.

Secara ringkasnya, bila aku dah decide untuk bercerai, syukur Allah macam bagi aku seribu kekuatan untuk mengharungi tempoh sukar ni. Aku dah takde perasaan sedih, marah, kecewa. Tak rasa apa apa pun. Aku pun nak bercerai malas nak tuntut apa apa harta sepencarian.

Walaupun bini muda dia excited nak masuk rumah baru, aku takde niat nak aniayakan orang. Walaupun banyak hutang yang ex suami aku belum bayar, aku takde niat nak tuntut apa apa. Sebab bagi aku, berjaya keluar dari perceraian ni, dah seribu rahmat untuk aku.

Aku diamkan diri, supaya bekas suami dapat ceraikan aku elok elok. Tapi dalam masa yang sama aku pun bersedia jika aku perlu untuk fasakh. Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya.

Bila hakim tanya kenapa aku nak bercerai, tak tergamak aku nak ceritakan 100 peratus semua perbuatan keji suami pada aku.

Segala penghinaan, pengabaian, penderaan emosi yang aku tanggung selama 13 tahun ni. Segala kesakitan yang aku rasa selama ni seolah olah Allah angkat semuanya dari bahu aku.

Dalam tempoh aku angkut barang untuk berpindah, bekas suami layan aku macam aku ni pesalah besar, anggap macam aku orang asing walaupun kami masih sah suami isteri. Bagi dia mungkin aku salah sebab berkeras nak bercerai dengan dia.

Dan sekarang, sebulan lebih selepas bercerai, aku anggap bekas suami aku tu tak pernah wujud dalam hidup aku. Aku teruskan hidup, fokus pada kerja dan mak ayah. Dah tak ada perasaan sakit, sengsara dan segala yang aku rasa dulu.

Hari terakhir masa pindah angkat barang, tulah agaknya kali terakhir aku menangis betul betul. Sedih terpaksa tinggalkan rumah mertua yang aku duduk berbelas tahun.

Walaupun rumah mertua jauh dari sempurna, aku tetaplah anggap itu rumah aku, yang aku lagi selesa dari rumah mak ayah sendiri. Sekelip mata, aku hilang suami dan rumahtangga aku..kerana nafsu 2 orang manusia.

Dah sehingga sekarang, masih ada post dari bekas madu aku dalam tiktok… yang menghina aku janda dan tak berpuas hati kerana dalam facebook aku masih ada video dan gambar dgn bekas suami yang masih belum aku delete.

Mengata aku laparkan laki dia, dan yang paling kelakar, dia lupa kot yang dulunya dia yang dok update segala macam gambar dan video dengan suami orang dengan status penyondol. Sedangkan video dan beberapa keping gambar lama yang masih ada..

Aku pun dah lupa atas kesibukan kerja, takde niat sekuman pun nak simpan kenangan dengan bekas suami. Apa apa jelah. Aku doakan semoga bekas suami dan bekas madu aku berbahagia atas segala yang dorang buat pada aku.

Now, alhamdulillah aku happy dengan dunia aku, jadi single balik dan semoga dijauhkan aku dari lelaki yang macam spesis bekas suami aku. Dan juga semoga dijauhkan diri aku dari menjadi penyondol dan merosakkan rumahtangga orang lain.

Fasa sedih, kecewa, tertekan tu semua dah berlalu. Walau parutnya masih ada, tapi parut ni nanti pun akan pudar juga dimakan waktu.

Aku selalu berdoa pada Allah supaya hilangkan semua perasaan benci dan marah pada bekas suami dan bekas madu.. Kerana aku tak nak selamanya hidup dalam kemarahan dan kebencian.

Aura negatif yang datang dari situ sangatla tidak membantu untuk aku move on. So aku decide untuk belajar supaya redha dengan semua yang dah berlaku.

So nasihat aku pada wanita lain di luar sana, jangan jadi bodoh macam aku ya. Bertahan selama 13 tahun dalam perkahwinan toksik dengan perangai keji suami yang tak pernah berubah.

Jalan aku mungkin mudah sebab takde anak yang perlu aku fikirkan, tapi kesan dari bertahan dalam perkahwinan ini, it’s eating me from inside.

Sorry ya kalau korang rasa confession ni terlalu panjang. Ni pun secara ringkas je aku ceritakan. Kalau secara detail mau jadi sebuah novel ni. Hahaha… Thanks korang sebab sudi membaca. Byeee. Sampai jumpa lagi.

– Matahari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. ur doing great, perghhhh, sbb tu ex u n babi tu meroyan.. sebab u class gila sis.. naik hantu la sbb u x react.. hahahaha.. u dh kawen pun sis, u mahal.. ade je lelaki baik kt dunia ni, dunia ni utk dorg, tp akhirat tu kita punya.. xpe sis, chil2 luhhh..

  2. Tahniah Puan, semoga Puan terus tabah dalam menghadapi dugaan hidup ini, semoga Allah memberikan kemulian kepada Puan, memurahkan rezeki dan mendapat jodoh yg sgt baik.

    • Thanks a lot utk semuanya doanya. InshaAllah moga Allah bg yg terbaik utk kita semuanya.

  3. Alhamdulillah, akhirnya dpt juga keluar dari ‘kemelut’ perkahwinan puan yg ‘beronak duri’.. skrg semua itu telah menjadi ‘sejarah’ dan anggaplah ia sbg ujian hidup puan.. mulakan hidup baru dan jgn menoleh ke belakang lg.. hidup ini bkn lah begitu panjang untuk disedihkan sgt.. di luar sana, masih ramai yg menghadapi ujian yg lebih berat, so bersyukur lah dg apa jua yg terjadi, dan semuanya telah tertulis d Luh Mahfuz sejak azali lgi.. tentang kifarah dan balasan baik atau buruk itu, serahkan shj kpd Allah yg maha mngetahui dan maha berkuasa atas segala sesuatu.. kalau pon di dunia ini tidak mendapat balasan, paling tidak pon, semua nya akan diadili dgn teliti di Akhirat kelak.. Inshaa Allah dgn izin-Nya jua, siapa lah kita utk mengatasi ‘takdir’.. tugas kita hanya utk mengabdikan diri utk Pencipta kita dan mengharungi kehidupan di dunia ini dgn baik, di samping bersedia utk Akhirat sana.. Wallahua’lam bissawab..

    • Ya betul sangat tu. Itulah juga yg sy harap kan. Thanks along utk kata kata yg baik ni.

  4. Walaupun awak tak nak tuntut hak harta sepencarian, awak kena tuntut HUTANG2 AWAK DAN JANGAN NORMALISE KAN ORANG YG BERHUTANG SENANG2 DILEPASKAN. hutang ni besar tau, walaupun dia mati syahid to kalau tak langsaikan hutang, roh dia tergantung. Janganlah nak normalise kan sgt halalkan hutang2 untuk orang yg jahat mcm tu.

    • Sbb dah penat sis nak tuntut hutang. Dah 13 tahun berapa banyak hutang tak pernah byr. Dr sakit hati nak tuntut hutang..biarkan je. Lantak situ.

  5. Well.done…
    Walau pum masa yg di ambil agak lama utk sis buat keputusan utk meninggal kn jantan bangsat itu…namun Masih belum terlambat…teruskan hidup ..
    Semuga ada pelangi yg indah selepas hujan..Aamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *