Kisah Perjalanan

Assalamualaikum wbt. Nama aku Ayu, bukan nama sebenar. Aku berumur 30an. Aku suka membaca rentetan kisah di IIUM Confession. Banyak pengajaran dan iktibar yang aku dapat daripada kisah2 cerita mereka.

Kehidupan bermula dari kisah ku sejak kecil. Aku anak sulung dari 2 adik lelaki. Mak ayah aku bercerai sejak aku kecil lagi. Mak bercerai sebab ayah kahwin lagi untuk kedua kalinya dengan kawan mak aku sendiri.

Apabila nenek dapat tahu nenek memaksa mak untuk berpisah dengan ayah sebab dah berkahwin lain.

Nenek memang tak suka kalau dalam ahli keluarganya ada yang berkahwin lebih dari satu. Mak akur. Mak duduk dengan nenek bersama aku dan adik2 yang lain.

Mak selalu kena marah dengan nenek. Bukan marah yang biasa2. Marah yang sampai menghempas pintu. Marah yang betul2 menjerit.

Kadang2 sampai nak makan pun aku kena cek dulu dapur kalau2 nenek ada lalu atau tak. Selalu bawa makanan masuk dalam bilik. Makan senyap senyap.

Aku dididik dari asuhan nenek. Pantang rumah bersepah, nenek akan bising dan suruh kemas rumah barulah boleh pergi berehat. Berbanding dengan mak yang agak kurang rajin berbanding aku. Bukan nak membezakan tapi itulah realiti nya. Aku fikir mak penat bekerja.

Adik beradik mak ramai, yang lain duduk di negeri masing2. Marah/kejian cacian hampir setiap hari mesti ada yang tak kene di mata nenek. Tak tau di mana silapnya.

Kadang-kadang lampu tak tutup pun nenek aku dah marah. Membazir katanya. Siap cakap lagi “sape nak bayar bil eletrik nie”. 

Aku nie menjadi pendengar kepada amarah nenek aku. Mak bekerja koperasi di salah sebuah sekolah rendah. Koperasi tempat jual alat tulis/dan buku latihan. Pendapatan tidak seberapa.

Masih aku ingat. Mak dapat gaji slip cheque bernilai RM400. Masa zaman tue kira sederhana tak mewah macam orang lain. Mak hanya ada motor sahaja. Itu sahaja pengangkutan yang ada.

Kalau bab makanan KFC sebulan sekali baru dapat makan. Aku bukan cucu kesayangan nenek. Cucu-cucu dia dari adik beradik mak yang lain. Ada yang sekolah asrama, kolej. Keputusan pun bagus2.

Siapalah aku nie berbanding mereka. Mereka ada rumah dan kereta yang mewah dan selesa. Aku, mak dan adik beradik yang lain hanya menumpang di rumah nenek. Rumah kampung. Ada masa tu nenek goreng keropok disimpan dalam bekas.

Aku tengah makan. Lalu nenek aku nampak terus nenek aku tegur “jangan habiskan keropok tue, nanti si polan, polan datang balik nak makan” aku terkedu terdiam terkaku di meja makan, terus menutup bekas dan segera naik ke bilik.

Sehingga ke hari ini nenek masih berperangai sebegitu tak pernah berubah. Ada sahaja tak kene dimatanya. Selang beberapa tahun alhamdulillah mak ambil lesen kereta dan dari situ mak dapat beli sebuah kereta baru.

Hanya kereta kancil. Adik2 yang lain suka sangat. Sampai melompat2 dalam kereta. Iyalah tak pernah merasa ada kereta sendiri kan. Masa nie atuk ada lagi.

Mak mengajak aku pergi kenduri orang naik haji. Aku berkeras tak nak pergi tapi mak ajak juga. Aku pun bersiaplah. Aku, mak, nenek dan atuk pergi sekali. Dalam perjalanan balik kereta kami accident dilanggar dari arah bertentangan.

Kereta makan jalan dari jalan sebelah, kereta mak berpusing2. Aku cedera ringan. Mak patah tangan, kaki.

Nenek sama cedera cuma atuk meninggal dunia masa dah berada di hospital. Tempurung kepala dia pecah, aku yang sempat mengucapkan kalimah syahadah kepadanya. Kereta rosak teruk. Total lost.

Mak berpindah dari rumah kedai ke rumah sewa kos rendah yang sewanya tak berapa mahal. Masa itu aku dah berkerja di bandar, duduk dengan makcik aku. Kerja ofis dan masa yang sama banyak ikut orang bekerja di luar, macam cek stok barang.

Jadi mak sorang2 lah di rumah sewa. Mak masa tue ambil upah menjahit. Atas desakan kawan, mak berniaga nasi lemak di tepi jalan. Lesen berniaga memang tak ada. Kadang kadang ada orang dengki buat report. Kena angkut segala barang, payung ke majlis perbandaran.

Tapi mak tetap kuat. Mak redha jea. Datang sana bayar dan ambil barang balik. Masa mak berniaga tue ada lah sorang pakcik nie asik membeli jea mee goreng dekat gerai mak aku.

Boleh dikatakan tiap2 hari pakcik itu beli. Masa nie aku kat bandar metropolitan lagi. Iyalah bandar yang macam2 ragam dan dunia. Sampai aku culture shock. Salah aku sendiri juga.

Selepas setahun lebih aku pindah balik ke rumah mak aku. Aku tak tahan duduk di bandar. Hari2 kene belanja makan. Mana lah tahan. Gaji masa tue pun dlm RM500 jea.

Masa zaman tue agak besar pada zaman tu yea. Tapi tak tahan kene buli dengan makcik anak2 dia. Tiap2 malam aku mengigau menangis.

Pernah sekali tue aku balik keje. Aku lapar sangat-sangat jadinya aku harap dapatlah makan kat rumah makcik aku nie.

Tapi indah khabar dari rupa. Tengok2 periuk nasi, tinggal nasi tu skit sangat, secubit nasi shj dengan kuah yang tinggal sikit sangat. Ya Allah. Sedihnya. Aku menangis di dalam bilik.

Sejak dari itu aku akan makan dulu sebelum pulang ke rumah makcik aku. Dan masa tinggal bersama dengan mereka.

Anak makcik nie ada goreng kentang goreng. Aku apa lagi makan la, dia tegur jangan habiskan kentang tue, nanti orang lain nak makan juga. Aku terdiam dan berlalu pergi.

Selepas dari setahun lebih aku terus balik ke rumah mak aku balik. Okey yang mana ada pakcik yang membeli mee goreng tue. Aku gelarkan namanya pakcik S. Pakcik S, bukan nama sebenar ya.

Pakcik S ni dah berkenan dan tersuka dengan mak aku, jadi dia ambil keputusan nak memperisterikan mak aku lah untuk dijadikan suri hidupnya.

Aku tau yang pakcik S nie dah berkahwin. Mak aku isteri ke 2. Sebelum mereka nie berkahwin. Aku ada dengar dari orang2 sekeliling satu cerita yang tak best dari mak dan pakcik s nie. Tapi aku diam kan jelah. Malas nak heboh2.

Jadi berkahwin lah mereka di sempadan. Aku pada mulanya tidak berkenan dengan pakcik S nie. Aku marah dan mengamuk kenapa mak perlu kahwin lagi setelah lama menjadi ibu tunggal.

Aku masa muda masa tue. Tak tau apa2. Tak faham erti kehidupan dan berkeluarga. Dengan sifat aku yang panas baran dan cepat marah. Aku marah mak. Cakap kasar dengan dia. Siap buang dan baling selimut yang mak bagi pada aku.

‘Ya Allah, mak ampunkan dosa saya mak’ selama mak berkahwin baru nie mula2 memang susah nak terima, tapi lama kelamaan aku aku mulai sedar. Tak ada gunanya bergaduh hanya akan memakan diri sendiri. Duit ada je yang tak cukup. Hidup tak tenang.

Kehidupan itu berbalik kepada kisah hidupku. Aku menaip nie pun aku tengah menangis sebenarnya mengenang kisah2 yang lama. Terimbau kembali.

Pakcik S dan mak dah berkahwin hampir 7/8 tahun. Pakcik S nie garang dan tegas. Dia dah pun meninggal. Meninggal disebabkan kanser.

Yang pergi takkan kembali. Kita yang hidup ni mesti meneruskan kehidupan yang penuh ujian dan cabaran.

– Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *