Assalamualaikum wrbt. Aku tak tahu sama ada admin akan post ke tak confession ni. Tapi aku cuba sahajalah.
Mungkin ada orang yang tak percaya atau kecam aku. Tapi ini adalah pengalaman yang aku lalui.
Aku berumur akhir 20-an. Dan aku didiagnosa mempunyai masalah mental kerana mengalami psikosis semasa awal 20-an.
Dan doktor mendiagnosa aku mempunyai penyakit Bipolar Disorder Type 1. Dalam 7 tahun menderita penyakit ini yang akhirnya menjejaskan pelajaran dan kerja aku,
Akhirnya aku rasa hidup aku tidak bermakna dan aku mula mencari jalan yang sebenar dalam hidup meski memang aku sudah sedia mengikuti jalan ahlussunnah wal jamaah.
Aku mula mencari erti berTuhan setelah mengagumi seorang ustaz yang mampu merawat pesakit tertentu seperti kerasukan, sihir dan penyakit lain.
Tapi setelah lama aku sudah tidak contact dengan ustaz tersebut. Aku berterusan mengamalkan amalan khusus yang diberinya sehinggalah tetiba mendapat psikosis, jadi aku tinggalkan amalan-amalan tersebut.
Setelah mendapat psikosis itulah aku didiagnosa mempunyai bipolar.
Memang sudah tidak mampu fokus dalam pelajaran sehingga aku mengambil keputusan berhenti belajar dan kerja sahaja. Tapi kerja pun tak mampu bertahan lama.
Aku rasa bersalah kerana selalu tak datang kerja jadi aku ambil keputusan berhenti saja agar tidak makan gaji buta.
Bila tak kerja dan belajar, perkara yang aku buat seharian hanyalah makan tidur, main internet sampai sakit kepala.
Zikir ada juga tapi tak banyak sebab aku rasa berat, apatah lagi zikir aku takleh fokus, aku bimbang kalau zikir tanpa penghayatan, jadi isim pulak ke kan. Tapi solat aku berusaha tak tinggal cuma aku asyik lewatkan.
Ok lah, sekarang aku nak cerita satu-satu pengalaman dengan wali Allah yang aku kenal secara tak sengaja.
Ada dua orang yang aku dapat kenal, seorang yang tak popular, yang aku rasa tak ada orang kenal pun dia ni wali Allah, orang biasa, tak ada pengajian yang tinggi pun.
Seorang lagi orang alim dalam agama, beramal dengan sunnah, dan pengajiannya tinggi peringkat PHD.
Ok, memula aku nak cerita pengalaman aku dengan wali Allah yang alim, beramal dengan sunnah dan ada PHD ni.
Aku kenal beliau semasa aku buntu dalam pelajaran aku, jadi aku hadiri majlis zikir beliau buat, dan akhir majlis tu, aku berusaha cari jalan bertemu beliau. Masa tu muridnya dah tak bagi aku bertemu beliau sebab takut beliau penat.
Tapi tiba tiba beliau muncul dan mendengar dengan penuh teliti segala pengaduanku tentang psikosis yang aku alami,
Beliau suruh aku cerita apa yang aku nampak masa psikosis tu, tiba tiba beliau suruh aku ikut sebut kalimah Allah, dan bagi aku zikir untuk aku amalkan tiap tiap hari.
Tapi aku amalkan kadang kadang saja. Itulah kali pertama aku bertemu beliau. Kemudian aku dah tak jumpa beliau selama beberapa tahun.
Beberapa tahun kemudian, aku jumpa lagi dengan beliau, beliau terus mengenaliku. Aku tak tahu macam mana beliau mengenaliku.
Kemudian aku join rombongan beliau bersama murid-muridnya pergi ke tempat lain, sebab aku nak balik dah, jadi aku ambik kesempatan nak mintak beliau bacakan doa apa-apa dalam air untuk kesembuhanku.
Kebetulan pula aku tak bawak air dan tak ada air kosong atau mineral. Jadi aku guna saja air mangga kotak yang diberikan murid beliau.
Sebelum tu, untuk pengetahuan semua, sebab dah bertahun aku sakit mental ni, badan aku jadi sangat teruk, aku jadi sangat sensitif kalau badan kena air jadi rasa sakit sangat, jadi aku selalu tak mandi.
Dan bertahun lamanya badan aku memang sejuk saja dan muka aku pucat macam mayat hidup.
Ok, lepastu masa aku minta beliau doakan kat air mangga tu, tiba-tiba masa aku nak ambil semula air mangga tu dari beliau, aku tersentuh sikit hujung tangan beliau. Sikit saja.
Tapi tiba-tiba aku rasa hujung jari aku yang tersentuh tu jadi hangat, kehangatan tu macam seolah ada cahaya yang merawat aku,
Dari hujung jari tu, kehangatan tu menular, membuatkan jantungku yang macam tak berdegup jadi berdegup, lalu hangat tu menyebar ke seluruh tubuh aku.
Dan sampai sekarang (dah 3 tahun), badan aku tak pernah dah jadi sejuk mayat macam dulu..
Ok, tu sajalah cerita aku dengan wali Allah yang pertama. Ni aku nak cerita pengalaman aku dengan wali Allah yang kedua pula yang aku kenali.
Wali Allah yang kedua ni aku mengenalinya melalui internet sahaja. Aku kan tak kerja dan banyak masa kosong. Jadi ada seorang yang ada jalan berguru ni, perkenalkan aku kepada wali Allah yang ni.
Tapi memula aku memang pandang wali Allah yang ni biasa saja, aku tak minat baca komen komen dia sebab halus sangat ulasan dia kat satu group mengenal Tuhan yang aku join.
Dia banyak hentam golongan yang mengarut ngarut tentang Tuhan dan golongan yang menolak mengamalkan syariat seperti solat dan sebagainya. Dan wali Allah yang ni pun memang ada gurunya.
Lepas diperkenalkan tu, aku mesej saja la ngan dia bagitau sume masalah aku. Sebab keluarga memang tak mampu memahami masalah aku. Dia memang layan saja la meski aku perempuan kan.
Kalau tengok gambar dia kat pesbuk dia, dia orangnya sempoi sangat, berambut panjang camtu macam hantu.. Aku pun takut haha.. Jenis yang nampak macam rock sikit.
Tapi dia bukan macam sorang lagi golongan yang merapu sampai ajak orang tak solat tu, dia lain, sebab dia pernah masuk pondok, jadi ilmu fardhu ain dia boleh tahanlah juga.
Cuma dia nampak biasa sangat dan tak mengaji tinggi, memang orang takkan kenal pun dia ni wali Allah.
Ok, wali Allah yang kedua ni aku jumpa lewat sikit dari wali Allah yang pertama tu.
Memang aku dah agak sembuh sikit dan badan aku hangat dah tak macam mayat hidup, tapi dalam dada aku masih ada rasa yang macam ada tersumbat dan cam ada benda yang menyelubungi dada aku kat tengah, sebelah kiri sikit.
Memacam perkara aku fikir, tapi doktor cek tak ada sakit jantung. Jadi doktor kata tu gastrik. Aku makan kejap saja ubat gastrik tu, tapi sebab rasa tersumbat dalam dada tu tak hilang, aku tinggal saja lah ubat tu.
Aku berusaha jumpa dia kat luar. Kami jumpa saja lah kat kedai makan. Tapi dia bawak kawan dia lah.
Tak lama lepas jumpa dia tu, tiba-tiba aku dapat rasakan… macam kawasan jantung aku yang aku rasa tersumbat dan tak berdegup sangat tu, tiba-tiba dapat rasa ianya berdegup lagi macam memula aku dapat kehangatan dari wali Allah yang pertama tu.
Tapi kali ni agak berbeza, jantung aku berdegup, aku dapat rasa sangat macam ada cahaya (tak nampak, tapi rasa) kat jantung tu, cahaya tu menolak semua kegelapan yang aku rasa menyumbat kawasan jantung aku,
Hidup sangat diri aku masa tu, cahaya tu terasa macam zikir (tapi tak dengar pun bunyi zikir), aku dapat rasa sangat kegelapan yang menyelimuti dadaku tu keluar..
Rasa tenang sangat, sifat dengki yang aku rasakan ada pada diri aku pun jadi hilang, aku jadi hanya mengharapkan kebaikan saja untuk orang lain, malah harap orang lain dapat lebih dari aku.
Dan sifat pemalu yang hilang tu pun timbul semula.. Memang aku rasa tenang gila-gila yang tak pernah aku rasakan seumur hidup aku. Rasa tersumbat tu pun dah tak ada.
Tapi nak dijadikan cerita, tetiba ada kawan aku mesej minta nasihat, dia suruh aku doakan dia. Tetiba aku terlintas diri aku bagus, tapi meski hanya lintasan, aku dapat rasa kegelapan yang dah keluar tu tiba-tiba masuk balik dalam diri aku..
Jadi rasa tersumbat tu datang balik… Ketenangan yang aku rasakan tu mampu bertahan dalam 3-4 hari saja.
Tapi apapun alhamdulillah sangat, aku rasa berkat aku kenal wali-wali Allah ni, aku dapat rasa solat aku makin tenang, Walaupun aku masih malas solat, tapi asal solat saja aku rasa tenang sangat.
Kalau time period tu memang waktu yang aku paling serabut sebab tak dapat solat. Sampai aku berharap Allah kurangkan waktu aku period atau tak period terus. Huhu..
Oh ya, mesti korang tertanya, macam mana aku boleh label dua orang yang aku cerita kat atas tadi sebagai wali Allah?
Sebenarnya mereka tak pernah mengaku pun mereka tu wali… Aku just bersangka baik saja dengan mereka, dan akhirnya Allah sendiri buktikan kepada aku melalui apa yang aku alami dengan mereka.
Aku berharap lebih ramai wali Allah yang dapat aku temui.. Aamiiin…. Sebab kita ni kalau tak mampu ingat Allah dengan benar atau banyak zikir, biarlah kita dekat dengan mereka yang hatinya bersama Allah.
Terima kasih kerana sudi membaca..
– Bu Yong (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit