Kisah Puteri Bongsu

Assalamualaikum semua. Terima kasih jika nukilan Mama ni admin siarkan. Bagi pembaca yg sudi membaca hingga habis, Terima kasih. Jika ada pengajaran yg baik boleh amalkan. Mama halalkan. Jika sebaliknya abaikanlah.

Kisah si Puteri Bongsu

Puteri Bongsu hadir ketika umur mama sudah tua. Kehadiran mu sangat2 dinantikan kerana keluarga kecil mama rindu dengan tangisan, gelak tawa seorang bayi. Hampir 10 tahun penantian, Allah kabulkan doa mama utk memiliki mu. Menanti kehadiran mu bukan mudah. Mama harus tempuhi dgn pelbagai rintangan, dugaan dan cubaan yg melanda. Tetapi mama sabar menunggu kehadiran mu. Bermula kisah si Puteri Bongsu mama dengan gelaran manja “Deqna”.

Jarak perbezaan umur Deqna dgn Putera iaitu abg (anak mama yg ke 2) 10 tahun. Lamaaa. Mama berusaha keras utk memiliki bayi lagi setelah berehat lama. Rindu dgn tangisan, tawa, keletah seorang bayi. Tapi Allah menguji kesabaran mama. Orang disekelliling mula bersuara. Takkan anak 2 org jea..cukup ke.. Tak mau beranak lg ke..dok jaga badan sgt tu yg payah nak mengandung..tu la mkn ubat perancang lg..sampai 10 tahun dah jarak tak boleh mengandung lg.. Allahuakhbar hny itu sj yg dpt mama ucapkan dibibir. Org tak tahu perasaan mama masa tu. Ingin memiliki anak lagi sentiasa berkobar2. Tak pernah terlintas dihati menolak pemberian Dan rezeki dari Allah. PadaNya mama berserah.

Bermacam cara mama cuba. Ada yg bg idea soh ambik anak angkat. Mama dpt perkhabaran dari teman di Selatan Tanahair, Ada bayi lelaki Ada org nak bagi tp kena tanggung risiko sebab anak tak sah taraf. Mama suarakan permohonan pada Abah. Ternyata dia tak bersetuju. Mama sedih. Mama perlu patuh. Kemudian makcik mama yg berada di Utara Tanahair pula memberitahu ada bayi perempuan kembar dari keluarga yg susah…anak ramai..kurang berkemampuan utk membesarkan anak2. Sekali lg mama menyuarakan hasrat pada Abah. Kali kedua permintaan mama ditolak. Mama sedih kemurungan. Ye la mama hny seorang isteri harus mematuhi setiap arahan. Perkhabaran Kali ke 3..haaa yg ni syok sikit nak cerita. Misi bermula..mama tekad dlm hati.

Maksu mama yg tinggal di Rawang bersalin anak ke 4..seorang lelaki..comel..putih..gebu. sihat tubuh badan. Bila dgr jea mama bergegas ke rmh maksu. Mula2 kedatangan mama..maksu anggap biasa jea mcm org lain ziarah baby baru. Mama mandikan baby..pakaikan baju baby..bercakap dgn baby. Hari2 mama dtg jenguk baby. Maksu mula bersuara bertanya..ko ni pelik maksu tgk..blh plak hari2 ko dtg cni..jauh tu dari Jln Ipoh ke Rawang ulang alik. Mama berterus terang dgn maksu..jika maksu izinkan mama nak ambik baby ni jadi anak angkat..nanti dah besar maksu ambik la balik. Maksu berubah wajah. Aku yg bersusah payah beranak..sakit pun tak hilang lagi..ko senang2 nak ambik. Ko ingat anak kucing ke boleh ambik gitu jea. Mama menangis merayu pada maksu..bagi la baby mama nak jaga. Maksu tetap Tak bagi. Mama pulang dgn kehampaan. Mama murung lagi sekali. Senyap..sendirian..kurung diri..makan bila perut rasa lapar sangat..lama mama kemurungan.

Ada satu malam lepas mama solat isyak.. memohon diberi petunjuk.. penuhi permintaan mama ni Ya Allah. Berdetik dihati mama.. permintaan terakhir dari mama. Walau apa pun terjadi mama harus terima risikonya permulaan dan pengakhiran. Mama berbincang dari hati ke hati dgn Abah. Mama mohon abah tunaikan permintaan terakhir mama ni. Mama minta Abah kahwin utk kali kedua. Bila Ada baby lepas perkahwinan abah tu, mama nak jaga baby tu sebagai anak mama. Abah boleh teruskan perkahwinan tu dgn isteri mudanya jika madu mama tak selesa mama ada dlm kehidupan mereka.. mama bersedia undur diri dari ikatan perkahwinan ni. Mama sudah redha.

Abah terkejut dgr permintaan mama. Abah membantah semahu2nya. Dia tak akan sesekali penuhi permintaan mama tu. Cukup setakat ni sj permintaan mama. Jgn ulang lagi Abah tak nak dgr dah. Seminggu Abah mogok tak mahu bercakap dgn mama Abah betul2 marah. Mama pujuk hati sendiri..mama menangis pabila saat sujud PadaNya..mohon keampunan.. kemaafan. Jika ditakdirkan rezeki mama setakat ni sj mama akur. Mama mohon kemaafan dari abah.

Pertemuan, perpisahan, ajal, maut, rezeki hanya datang dari Allah. Siapa Kita hambanya yg boleh menidakkan ketentuanNya. Allah dengar setiap permintaan hambanya. Mama mengandung Kali ke 3. Allahuakhbar syukur Ya Allah. Sujud syukur padaMu.

Rutin harian mama berubah. Fizikal mama juga berubah. Mama bekerja sendiri. Waktu bekerja mama plan sendiri tak terikat dgn majikan. Cuma kerja mama perlu lasak. Mental Dan fizikal mama kena kental. Mama perlu ulang alik kerja dgn perjalanan yg jauh. Sendirian. Berdikari. Kerja mama masuk keluar sekolah. Sekolah yg mama hadir tu bukan dekat Tau..jauh beribu kilometers. Seberang lautan. Bumi Sabah Dan Sarawak. Setiap bulan mama akan travel selama seminggu ke Sabah @ Sarawak. Bergerak dari satu sekolah ke satu sekolah. Hingga kandungan mama berusia 7 bulan. Pihak penerbangan tak benarkan mama fly lg sebab risiko tinggi pada kandungan. Jika mama nak fly juga perlu dptkan Surat kebenaran dari doktor hospital. Mama berusaha dptkan Surat doktor. Mama Tak mau hampakan permintaan customers mama. Kebetulan dah penghujung tahun. Sekolah mula bercuti panjang. kerja mama pun bercuti.

Rawatan susulan mama dgn doktor pakar perbidanan bermula sejak kandungan mama berusia 4 bulan lg. Hospital Selayang. Setiap bulan sesi rawatan mama perlu hadir. Doktor risau dgn kandungan mama berisiko tinggi. Tapi bagi mama ok jea..aktif bergerak..seronok bawa perut yg boyot kehulu hilir. Happy sangat. Tiada istilah penat. Mama rajin masak..ngemas rmh..mkn selagi mata tak tutup selagi tu mulut mama mengunyah. Hahaha.. mama suka bersolek..Hari2 nak cantik jea. Hari2 baju baru. Mesti wangi..bersih. tak suka comot..selekeh..adoiii lucu. Kali terakhir rawatan mama dgn doktor. Scanning pergerakan baby aktif dan diberitahu jantina baby boy. Alhamdulillah. Mama perlu bersalin secara pembedahan kerana mama Tak boleh bersalin secara normal.

Pintu rahim mama dah rosak.. jika bersalin nanti pintu rahim melekat..bukaan hanya 3 cm sj..kepala baby pun tak lepas keluar. Selepas bersalin ni doktor akan ikat peranakan Mama maksudnya Mama dah tak boleh beranak lagi. Mama senyum redha. Doktor hairan mcm mna mama boleh setenang tu..jwpn mama simple..redha. Doktor senyum. Mama diberi peluang utk memilih tarikh bersalin yg mana mama nak…waaaa syok ooo time tu…siap boleh pilih lg…tu la kelebihan anugerah yg Allah bg buat mama. Mama memilih tarikh keramat 22/01/2008 dgn perasaan suka Dan bangga. Sambil mengusap perut. Baby kat dalam bergerak kiri kanan aktif suka gaknya.

Pagi 21/01/2019 mama kena admitted Kat wad bersalin dah. Masa tu Abah kena duty luar kawasan. Mlm tu mama dah bgtau Abah..esok hantar mama masuk wad. Abah jwp nanti dia mohon pelepasan dgn ketuannya. Ternyata mama di uji lg. Abah diarahkan bertugas tanpa rasa simpati dgn keadaan mama. It’s okay mama senyum jea. Takpe la mama boleh gerak sendiri lagi pun bukan mama sakit..masih sihat walafiat. Boleh berjalan..boleh memandu kereta. Selepas puteri Dan putera ke sekolah..mama siapkan brg2 keperluan baby dan brg2 mama. Mama letak baik2 ditepi pintu keluar rmh. Baby bergerak dari dalam seolah2 memberi jwpn dan fhm dgn kegelisahan mama siapa yg nak tolong hantar mama ke hospital ni. Appointment admitted wad jam 8 pagi. Baby beri jwpn dan mama senyum sendiri. Tkasih baby. Mama hubungi rakan setugas Abah minta beliau hantar mama ke hospital. Mengucap panjang dia..knp ketuannya tiada rasa simpati dgn situasi skrg. Takpe mama maafkan.

Tkasih Tak terhingga pada Kak Mas yg sudi menemani mama hgga ke wad bersalin. Doktor buat scanning jantung baby. Dgr bunyi mesin dan report kertas jantung bergerak selari dgn pergerakan pantas baby kat dalam. Telefon bimbit mama berlagu tanpa henti..mama biarkan ia berhenti sendiri. Malas mama mahu layan org yg hubungi tu lebih baik mama layan bercakap dgn baby..mama happy. Setelah selesai proses scanning mama bergerak ke wad bersalin. Mama senyum. Abah ada disisi mama. Sambil berceloteh bercerita dgn Abah sambil misi tolak wheel chair masuk ke wad. Gembira hgga tak terkata sebab mama tak rasa sakit mcm org nak bersalin pun. Dlm wad mama berselera makan. Tiap Kali misi bertugas dtg ke katil mama utk buat checkup..mama hilang.. takde kat katil. Mama berehat sambil tgk tv kt hjg wad tu. Hahaha nakal Kan mama mcm baby kt dlm tu Tak reti dok diam..berjalan sj. Rimas la asyik duduk tidur jea.

Malam sebelum bersalin tu..mama kena puasa dah..esok jam 8 pagi mama kena masuk Dewan pembedahan. Utk tarikh 22/01/2008 tu mama org pertama masuk Dewan pembedahan. Uniform mama color pink bertukar color hijau dah. Atas katil troli mama diusung masuk ke Dewan pembedahan ditemani Abah. Masa bergerak tu Hati mama sedih pilu sayu takut berdebar2 cam nak msuk kubur jea… semua perasaan bercampur baur. Ya Allah selamatkanlah kami 2 beranak. Jika Allah ingin mengambil mama waktu tu mama redha tapi bg lah mama peluang utk menatap wajah baby ni walaupun hny sekali. Didalam bilik bedah tu..ramai petugas. Uniform hijau tadi bertukar lg sekali. Tangan kiri dimasukkn drip air..tangan kanan dimasukkn drip darah. Berdepang kedua2 tangan cam nak terbang. Kemudian doktor Sikh bertugas minta mama duduk sebab dia nak cucuk ubat bius di tulang belakang mama. Selepas tu rasa berdesup ubat tu mengalir ke tubuh mama mama baring semula..

Doktor suruh mama angkat kedua2 kaki..Mana boleh angkat.. berat sangat ni doktor cam batu..  Doktor bgtau dia akan mula operation. Berpeluh dahi mama padahal kt dlm tu sejuk yakmat mcm dlm freezer nak beku dah. Bibir mama berzikir tanpa henti..mata berjaga tanpa lena. Kedengaran alatan operasi berlagu.. petugas bersuara..dengusan doktor kedengaran juga. Tiba2 tepukan tgn petugas seiring dgn tangisan baby. Allahuakhbar anugerah Mu telah menjelma.. Terima kasih Ya Allah selamatkan kami. Seorang petugas membawa baby ke sisi mama.. Tahniah puan..baby selamat..hny linangan airmata Dan ciuman pertama mama hadiahkan buat baby. Sekali lagi mama terkejut baby mama girl not boy..bila scan tiap2 boy tp bersalin girl. Allah..hebat anugerah Mu Ya Allah.

Sesi operasi pertama dh berjaya. Sesi operasi kedua pula berlangsung utk ikat peranakan mama pula. Dihitung semua lebih kurang 4 jam mama dlm bilik bedah tu. Disebalik Kain menutup perut..mama nampak tgn berbulu doktor Sikh dok jahit perut mama. Jarum berbentuk huruf U dan benang tali tangsi putih bergerak naik turun. Dok jahit cam Kain perca plak..tak sakit masa tu…Cuba kalu sakit mau mama lari tak cukup lantai bilik bedah tu.. hahaha . Tarikh keramat 22/01/2008 lahirlah SI bongsu mama NURUL SYAZLIENA pggln manja DEQNA.

Setelah selesai operasi..baby yg berbalut selimut putih diletakkan ditengah2 kaki mama bergerak ke wad. Abah muncul dan tersenyum..ayat pertama Abah..boy or girl? Misi ckp tgk sendiri..terkejut dia..girl. Hahaha, Abah bersyukur walaupun team football tak menjadi.. Mama Dan baby terpaksa berada dlm wad selama seminggu. Rimas gak lama kt wad ni.. terbatas pergerakan. Bila dpt news doktor bg balik rmh happy nya.

Dirumah baby dijaga oleh puteri Dan putera. Kakak abang yg dah lama menanti kehadiran baby. Seronok sungguh. Mama hanya uruskan diri sendiri. Pergerakan terbatas..jahitan bersalin sakit..nak bangun duduk sakit. Bergerak ke tandas sakit..mkn sakit. Tidur tak lena. Rupanya jahitan Luka tu Tak baik2 lagi walaupun dah 3 minggu bersalin. Luka tu terbuka..keluar nanah..keluar darah dari lubang jahitan tu. Baunya adoii busuk sangat. Mama terpaksa bergerak perlahan2 ke klinik berdekatan rmh. Doktor Hamid memeriksa jahitan Luka tu. Ternyata jahitan bersalin tu tak kemas..jarang2..Ada lubang besar antara satu jahitan dgn jahitan lain..darah Dan nanah keluar ikut lubang tu.

Doktor Hamid bagi ubat bius injection. Beliau cuci Luka darah nanah..bertampal plaster Tebal. Ubat makan 6 jenis diberi. Jangan Mandi sebab bila Mandi air lelehan yg masuk dlm Luka tu Tak sembuh Ada jangkitan kuman pula nanti. Lepas 3 hari nanti datang semula utk rawatan. Mama akur. Jaga pemakanan jaga pantang semua. Nak baik cepat la katakan. Alhamdulillah berkat doa penjagaan rapi dari abah..bantuan puteri Kakak Dan putera Abang jaga baby Deqna. Terima kasih banyak2. Mama tak dpt membalasnya ahnya Allah swt yg layak berikan ganjaran buat kalian.

Kini 22/01/2019 genaplah Deqna 11 tahun. Sudah anak Dara sunti. Tapi bg mama Deqna tetap kecil dimata mama. Semoga Deqna berbahagia di dunia dan Jannah. Iringan doa mama sentiasa buat Deqna. Alhamdulillah Dan Terimakasih Ya Allah. Kau kurniakan aku puteri2 Dan putera penyambung zuriat ku. Bahagiakanlah anak2 ku. Perliharalah anak2 ku dijalan yg Kau redhai. AaminYarabbalAlamin.

– Mama Zanna

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *