Untuk part I, (https://iiumc.com/kisah-raya-aku/).
Kembali kepada kisah raya aku bahagian kedua. Aku sebenarnya nak meluah je hari tu tapi tak sangka mendapat kecaman di rumah biru ya.
Mungkin sebab tengah tawar hati, sedih, jadi mesej aku tu tak sampai agaknya dan ada bahagian yang sepatutnya aku cerita aku skip. Panjang la nak cerita kan benda ni bukan orang lain yang lalui, aku yang lalui.
Apa pun aku terima teguran dengan baik. Yang baik aku ambil yang kecam aku harap jangan sampai jadi kat korang la bila jadi mentua kelak.
Aku tak cerita bab adik-adik lelaki. FYI semua menantu perempuan mak aku tak boleh drive ya dan mereka suri rumah. Aku tak kecam dorang tak de skill tu dan tak bekerja tu. Aku pun pernah jadi suri rumah sebelum bergelar wanita bekerjaya.
Adik-adik laki aku drive jauh sepanjang jalan tak berhenti. Tak boleh nak berganti-ganti. Aku faham je situasi ipar2 aku yang dorang pun penat urus rumah tangga, persiapan nak balik kampung semua. Tapi bab menolong di rumah mentua ni kena pandai2 la bawak diri.
Tengok mak mentua dah terkial-kial mesin kelapa tolong la kupas bawang, kacau rendang, masak ketupat atau at least prepare makanan berbuka. Ni jenis mengadap tv tengok netflix time orang lain semua tengah kalut.
Pernah sorang menantu membuta sampai tengah hari, bangun2 dia buka tudung saji. Habis makan dia basuh pinggan dia je. Pinggan lain dalam singki dia biar. Macam mana aku tau? Adik aku la cerita sebab dia la kena jadi maid tak bergaji kat rumah tu time kak ipar dia balik.
Adik2 laki aku memang dikerah ke pasar beli barang dan kerja2 rumah yang berat2 di luar. Potong rumput, kemas reban ada yang sampai baiki bumbung bocor. Jadi hal dalam rumah ni kena sama-sama la.. nak raya kan. Rumah family juga. Dah jadi family bertahun-tahun kan.
Korang kata aku tak bising kat adik2 laki aku. Dah puas weh.. tapi agaknya bini masing2 muka tebal. Memang tak makan dengan mulut laser aku.
Aku jadi terkilan sebab mak aku dulu dilayan sebegitu oleh mentua dia iaitu arwah tok nenek aku. Mak aku ni bila raya dia dah macam orang gaji kat rumah mentua dia. Sebab tu dia didik kami anak2 perempuan ni cekap di dapur.
Dia kata dengan pandai bawa diri di rumah mentua la dia boleh survive dan bertahan hidup menghadap kerenah mentua dan ipar duai dari neraka. Ok ni aku yang bagi gelaran.
Meh aku cerita kenapa aku panggil macam tu. Kisah ni pun sebenarnya aku dapat tau dari pakcik aku, iaitu abang kepada bapa aku. Mak aku dulu tak pernah ye merasa beraya rumah keluarga dia sendiri. Alasan sebab kami duduk dekat dengan keluarga belah mak.
So, tiap raya balik belah bapak. Bapak ada adik beradik ramai siap duduk dengan nenek lagi. Biras perempuan mak aku jenis berduit dan orang bandar.
Jadi kalau raya tak de dorang nak berlama-lama kat rumah kampung tu. Mak aku la kena tahan duduk seminggu beraya. Masa tu kami susah jadi nak duduk hotel tak mampu.
Ada 1 ketika, kami tak balik dan spend raya pertama dengan keluarga belah mak aku. Itulah pertama kali selepas bertahun-tahun mak aku kahwin. Pakcik aku cerita masa mak aku takde tu adik perempuan dorang merungut-rungut sepanjang raya sebab kena basuh pinggan banyak.
Aku cakap, ‘aik kenapa nak merungut? Raya kan, biasa lah..selama ni mak aku buat ok je.’
Pakcik aku cakap dia menyumpah-nyumpah ye mak aku balik kampung dia. Sebab dia kena take over kerja-kerja mak aku selama ni. Ye mak aku kat kampung tu memang duduk dapur je, mana ada keluar beraya jumpa sedara mara pun.
Lepas aku dengar benda tu dari mulut pakcik aku, memang aku marah sangat2. Mujur la pakcik aku sorang ni mulut pun boleh tahan. Dia laserkan je adik perempuan dia tu. Kau tu anak perempuan rumah ni tak kan nak harapkan kakak ipar!
Dan untuk pengetahuan semua makcik puaka aku tu sedang menerima balasannya. Mentua dan ipar duai dia pun tak suka kat dia anak beranak. Anak2 dia, sebiji pemalas macam dia.
Aku pun sebenarnya setuju je dengan pendapat bila di rumah mentua ni buat biasa-biasa sudah. Tak perlu melebih-lebih.. tambah2 suami aku pun ada adik perempuan. Tapi pertama kali aku beraya dengan family mentua aku dah nampak hala tuju hidup mentua aku.. hahaha..
Adik-adik laki suami aku pun tak boleh diharap. Bapa mentua aku dok bertukang dekat luar, dorang relax membuta dengan bini masing-masing dalam bilik. Laki aku la yang tolong. Adik perempuan pulak? Dia lagi sibuk main phone dari tolong mak dia sendiri di dapur.
Bila dah kahwin, dia sendiri cakap dia tak tolong pun mentua dia kat dapur, sebab dia tak pandai nak menyelit-nyelit tolong.
Pernah aku dengan mak mentua aku je memasak lauk berbuka dan juadah raya. Bayangkan kalau aku tak cekap di dapur, tak pandai berbasa-basi menolong di dapur… mampuh mak mentua nak buat sorang.
Mak aku didik aku dan adik-adik perempuan… penat macam mana sekalipun, tak suka macam mana sekalipun, tinggi mana pun ktorg belajar, hal dapur kena cekap.
Aku dulu memberontak juga. Lagi2 aku penat kerja balik kampung hujung minggu suami aku kejut awal pagi tolong mak dia buat sarapan. Ikutkan hati nak sambung tido je macam menantu dia yang lain. Tapi aku gagahkan juga.
Mak aku pesan mula-mula memang tak ikhlas tapi pujuk hati lama2 Allah akan hadirkan ikhlas tu.
Kes aku tawar hati tu pun bukan sebab aku kena buat kerja banyak. Aku tawar hati bab anak-anak aku. Tapi tak pe, suami aku pun nasihat benda yang sama. Kami kena terima hakikat anak-anak kami tak rapat dengan atok nenek dia dan dorang memang akan lebihkan cucu-cucu yang lain.
Aku setuju juga kita tak boleh expect orang lain jadi macam kita. Acuan mak aku lain, acuan menantu-menantu dia lain. Mujur masih ada adik perempuan yang bujang untuk menolong.
Dan aku nak ambil kesempatan juga nak nasihat pada semua, seasing mana rumah mentua kita, seteruk mana rumah keluarga suami kita, seasing mana kita rasa bila berada dengan keluarga suami kita, hadap dan adapt. Yang buruk esok nama mak bapa kita juga. Fikir tu je jaga nama mak bapak.
Aku ni jenis pendiam tak pandai bersembang dengan keluarga suami aku. Dengan mak mentua pun kalau dia tanya aku jawab. Aku memang tak banyak mulut realitinya. Sebab tu aku menulis. Jadi bila aku jem nak berbual, aku akan ke dapur mengemas atau membasuh.
Pernah mentua aku buat keraian jemput sedara mara terdekat, aku punya la tak reti berborak, aku duduk mengemas kat dapur sorang2. Mak mentua aku settle layan tetamu, dia terkejut dapur dah kemas. Boleh terus masuk tidur.
Dan sebab perangai aku macam ni lah aku pernah ditegur oleh kawan mak mentua aku.. Dia bagitau mak mentua aku selalu puji aku dekat kawan-kawan dia.
Well nak cakap kat sini.. pandai masak ke tak pandai masak bukan alasan. Orang zaman sekarang mungkin nampak dah tak relevan perempuan je kena kerah cekap kat dapur habis tu lelaki buat apa? Fikir 1 je la… kalau bukan untuk kebaikan kita, untuk siapa lagi?
Aku tak hamak pun dipuji mentua, selama ni aku buat sebab itu didikan mak aku, sebab suami aku, dan sebab aku nak lari dari berbual.
Dan of course, in the end aku nak balasan pahala dari Allah. Mungkin mak aku tak dapat bahagian yang sama tapi aku doakan mak aku bahagia melihat anak-anak perempuan dia cekap di dapur rumah mentua.
Semoga segala kebaikan aku buat, Allah gandakan pahala mak aku hasil didikan dia.
Selamat Hari Raya. Maaf kalau pandangan kita berbeza.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Proud off you!!!! Semoga Allah balas keikhlasan awak..