Kisah Rumahtangga 2 Arkitek

Apa yang aku perlu lakukan? Bersama atau berpisah?

Hai semua. Sudah lama aku membaca kisah orang lain. Sekarang adalah masa untuk aku bercerita tentang kisah hidupku.

Kami sudah berumahtangga lebih dari 10 tahun. Bercinta dari zaman universiti dan terus kahwin selepas graduasi. Alhamdulillah kami sudah dikurniakan 3 orang anak, yang semuanya sihat-sihat dan comel sahaja.

Kami berdua bekerja sebagai arkitek di bandar, hidup alhamdulillah selesa dan awalnya aku rasa sangat bahagia. Dia seorang lelaki idaman para wanita, aku tahu dia pernah ada ramai girlfriend tapi akhirkan dia memilih untuk kahwin dengan aku.

Waktu di awal perkahwinan, aku rasa happy sangat dengan hidup aku, bahagia kahwin dengan seorang lelaki yang hensem dan bekerjaya yang sama dengan aku.

Tapi, selepas dapat anak kedua, aku perasan dia makin kurang berhubungan intim dengan aku, apatah lagi bergurau senda dengan aku.

Makin lama, semakin dingin dan dia selalu naik angin kalau aku tanya kenapa lambat balik atau mane pergi lepas main sukan.

Aku syak dia sudah ada perempuan lain. Aku pernah check phone dan baca semua perbualan dia dalam whatapp atau facebook.

Kadang-kadang aku terbaca dia still melayan ex-girlfriend dia yang masih lagi tergila-gilakan suami aku. Sudah kahwin ada anak tapi still keep in touch dengan ex-? Melampau! Aku geram tapi masih bersabar kerana aku tak suka bertengkar.

Selepas dapat anak ketiga, aku rasa macam aku sangat dipinggirkan. Dia melekat dengan phone, bermessage dengan pompuan mana pun aku tak tahu. Hubungan intim makin lama makin berkurang, kerana dia sudah macam tidak bernafsu dengan aku.

Dia tak boleh perform , kadang-kadang dia bagi alasan penat.Aku stress dengan kerja, stress nak besarkan tiga orang anak, dan stress melayan kerenah suami aku yang seoloah-olah berlagak macam dia lelaki bujang.

Malam-malam selalu keluar bersukan sehingga aku langsung tiada masa rehat. Kerja aku dan dia demanding, kadang-kadang kena stay up kat tempat kerja.Tapi kebanyakan kerja di rumah, aku yang kena uruskan.

Aku penat kerja, penat emosi, kerana dia lepas tangan. Pasal kewangan pula, aku yang banyak keluarkan duit bulan-bulan untuk rumahtangga, dia pulak suka membazir, beli itu ini, bayar motor yang mahal dan pelbagai hobi dia.

Gaji kami sebenarnya lebih kurang saja, tapi dia sangat kedekut – dia sudah terbiasa hidup dengan perempuan yang bayarkan segala-galanya untuk dia. Aku syak dia banyak gunakan duit untuk perempuan lain.

Makin lama, aku sudah hilang sayang dekat husband aku. Kami selalu bertengkar dan bergaduh pasal benda yang remeh temeh.

Aku pernah tanya pasal orang ketiga, dan dia tidak nafikan dia ada berkenalan dengan perempuan lain. Katanya sekadar adik angkat. Kau ingat aku bodoh?

Sumpah masa tu aku terus nak mintak cerai je.. pilih aku atau pilih dia. Dia tidak mahu lepaskan aku. Dia cakap dia akan berubah, bagi aku janji2 manis dan bagi peluang untuk dia. Dia akan cuba lupakan perempuan tu walaupun aku tahu itu hanya janji2 sementara.

Perangai dia sama sahaja, suka marah-marah dan langsung tidak bagi nafkah batin kepadaku. Husband aku juga langsung tak endahkan anak perempuan, dia sayang anak lelaki dia je.

Sakit hati aku sebagai seorang isteri dan ibu tengok dia pilih kasih. Ibu mana tak sedih melihat anak dipinggirkan kerana dia anak perempuan.

Aku makin menyampah dan meluat dengan husband aku. Makin lama, aku sudah hilang rasa sayang. Aku hanya berkorban untuk anak-anak ku yang masih kecil.

Slowly aku rasa mental aku makin lemah, kerja sangat terganggu dan sentiasa rasa mahu bercerai dengan husband.

Aku tengok muka dia pun aku rasa nak marah. Aku tak nak dia sentuh aku kerana aku rasa dia sudah ada hubungan fizikal dengan perempuan lain. Aku tak bodoh, aku tahu dia suka bila perempuan tergila-gilakan dia. Hes a playboy and a narcissist!

Di tempat kerja, aku berkenalan dengan seorang client yang duda, dan bekerja dengan MNC terkemuka di KL .Dia sentiasa cuba dapatkan perhatian aku dan banyak kali mengajak aku keluar lunch.

Walaupun aku cuba jauhkan diri dari lelaki lain, tetapi kadang-kadang aku rasa sangat dambakan perhatian dan kasih sayang.

Jadi aku cuba keluar lunch dengan dia sebab aku nak tengok dan kenal dia dengan lebih dekat in case husband aku tinggalkan aku one day.

So far kami tiada apa-apa hubungan tetapi perasaan sayang mula berputik sebab dia betul-betul ikhlas mahu berkenalan denganku. Aku rasa bersalah tapi aku rasa selesa bercerita dengan dia.

Dia banyak bagi kata-kata nasihat dan cakap aku masih muda kalau apa-apa terjadi dalam rumahtanggaku. Aku rasa berdosa tapi hanya aku yang boleh tentukan kebahagian hidup aku.

Aku rasa give up dengan husband yang makin lama makin leka dengan perempuan lain. Sekarang aku rasa hubungan kami hanya sebagai housemate dan ibubapa untuk anak-anaku. Aku rasakan one day dia akan tinggalkan ak.

Aku masih di umur 30-an, bekerjaya dan berpendidikan tinggi. Aku sudah hilang kasih sayang terhadap suami aku. Apa aku perlu lakukan?

Haruskan aku terus bertahan demi anak-anakku?

Adakah wanita berkerjaya di luar sana yang berjaya keluar dari toxic marriage dan membesarkan anak-anak kecil berseorangan?

Terima kasih kerana sudi membaca luahan pendek ku.

– AR Faza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *