Kebelakangan ini, hangat diperkatakan mengenai perkahwinan Sol & Ira di sosial media.
Group whatsapp dan telegram pun tak berkecuali. Kononnya topik yang menarik untuk dibincangkan. Padahal topik yang menarik untuk diumpatkan dan dikeji.
Penyibuk betul netizen. Hal rumahtangga orang pun nak disiasatnya. Lebih sudu dari kuah pun ada. Memandai tokok tambah cerita yang belum tentu sahih kebenarannya.
Paling teruk sekali dalam kes ini apabila netizen buka aib family sesama sendiri. Beria bagi contoh kononnya pernah menyaksikan, pernah mengalaminya dan pernah terbabit dalam hal sebegini.
Buka aib masing-masing lebih kepada nak ajak membawang. Solution kepada masalah tersebut tidak dinyatakan. Cara nak selesaikan pun tidak dinyatakan. Lebih kepada nak mengajak tentera bawang berjemaah membawang.
Mana perginya sifat malu korang? Korang dah hilang perasaan malu takpelah. Jangan diheret manusia di sekeliling yang tidak bersalah pula. Aib orang sekeliling korang canang merata.
Tak percaya cakap akak? Perhatikan komen-komen akan terjumpa komen yang bercerita tentang family maklong makngah kakak ipar cousin aku pun macamtu pernah jadi dekat mereka.
Diharapkan maklong makngah kakak ipar cousin dan sesiapalah yang disebut dalam komen-komen tersebut terbuka hati untuk saman tentera bawang ini. Sesuka hati berkongsi cerita dan membuka aib orang.
Sahih atau tidak cerita aib orang belakang kira. Yang tak masuk akal ada komen, makcik aku cerita, kawan aku cerita.
Kononnya orang lain cerita kat dia, dia menjadi tukang menyampai di komen tersebut. Memanjangkan lagi jalan cerita berangkai ini.
Itu belum lagi ditambah yang reply komen kononnya kenal orang itu dan orang ini yang dibawang di komen. Berjemaah membawang tanpa usul periksa.
Isteri yang tag suami di sosial media tak tahulah nak dikategorikan sebagai isteri jenis apa. Ada isteri yang tag suami masing-masing dengan ayat warning dan ugutan seolah-olah suami mereka membuat hal yang sama.
Tak pasal-pasal suami sendiri pula diumpat dan di face shaming gara-gara tindakan isteri. Kononnya suami muka siamang belum tentu orang nak dan bermacam-macam lagi komen yang berbaur sinis dan kutukan.
Entahlah apa nak jadi dengan netizen sekarang. Hal rumah tangga orang sibuk nak dibawangnya. Dengan tak malunya buka aib orang yang tiada kaitan dengan posting tersebut dibuatnya sebagai contoh.
Nak dinasihat kita pula terkena balik. Yang akak terasa kenapa? Akak buat ke? Kenapa akak bitter sangat? Ke akak team penyondol? Kita pula dituduhnya macam-macam.
Peninglah dengan netizen. Tak dinasihat makin menjadi. Bila dinasihat kita pula dituduh dengan pelbagai ugutan dan ancaman.
Habis distalknya profile page kita. Habis semua cerita kita pula dijajanya. Habis kita pula jadi mangsa mereka seterusnya. Habis kita pula dijadikan body dan face shaming. Habis anak-anak kita dikutuknya.
Komen seperti doakan yang baik2 je untuk mereka pun kena serang. Di replynya komen itu dengan ayat ini. Akak, kalau jadi kat tempat akak, akak boleh redha ke?
Allahuakbar. Tak mampu hendak dibalas lagi komen-komen toksik seperti ini.
Bukalah mata dan bukalah minda. Akak tak mampu nak tegur di sosial media yang lain.
Disinilah tempat yang akak boleh tegur. Selemah-lemahnya iman usaha yang akak mampu buat selain berdoa, inilah caranya.
Bukanlah hendak menjadi penyibuk. Tetapi tak sanggup tengok orang yang tidak ada kena mengena terheret sekali dalam komen membawang.
– Jijah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit