Hi.. Saya mempunyai 2 orang kawan yang seorang kononnya menganggap saya sebagai adik dan seorang lagi kawan yang menganggap saya sebagai kakak.. Kawan yang menganggap saya adik, saya letak namanya Rosmah dan kawan yang menganggap saya kakak pula adalah Esah.
Saya share yang menganggap saya adik dulu ye… Maksudnya Kak Rosmah ni, or saya panggil Kakmah la ye, seorang yang bermulut manis dan mempunyai 2 orang anak dan bersikap queen control…
Walaupun rupanya yang kurang cantik dan rendah, tetapi dia mempunyai level keyakinan yang tinggi dan petah berkata-kata, sangat mengambil berat dan hubungan kami menjadi lebih rapat dari sehari ke sehari kerana sikap ‘kakak’ prihatin.. Dan anaknya pun memanggil saya ‘mami’..
Suatu ketika, ada kawan-kawan yang memberi amaran agar berhati-hati dengan Kakmah sebab dia depan lain belakang lain tetapi saya tidak percaya sebab kebaikannya terhadap saya..
Suatu hari, Kakmah ni kantoi kerana telah berusaha untuk menjadikan persahabatan saya dengan kawan-kawan lain musnah dan sanggup menghasut adik saya agar saya menjauhkan diri dari kawan-kawan yang lain.
Sehingga adik beradik yang yatim piatu pun turut bergaduh gara-gara mulut Kakmah yang sangat pandai menyampaikan macam2 cerita…
Pada mulanya dia tidak mengaku dan twist cerita yang dia mangsa keadaan… rupa-rupanya dia call balik kawan-kawan yang dia hasut dan siap tanya kenapa sampaikan balik kat saya segala yang diceritanya…
MasyaAllah, saya tidak pernah menyangka saya akan mempunyai kawan seperti Kakmah…
Pertelingkahan kami menjadi lebih buruk apabila ada lagi orang tengah yang dikenali dengan nama Wawa yang tahu semua perkara yang bertindak menuang lagi minyak pada api yang marak…
Saya pernah bertanya kepada Wawa, adakah Kakmah ni pernah rasa menyesal dengan sikapnya, Wawa jawab langsung tidak nampak menyesal.
Wawa pun terkenal dengan sikap dengan gelaran internet, dan Kakmah sangat percayakan Wawa dan semua cerita yang disampaikan Wawa walaupun ada yang ditokok tambah dan sehingga sekarang hubungan saya dan Kakmah masih keruh…
Kakmah pernah bercerita dengan kawan sekeliling yang suami Wawa tidak bekerja sedangkan kawan tiada kaitan dengan suami Wawa.. Itulah Kakmah, sangat suka bercerita sedangkan Wawa pun kawannya. Apabila ditanya, dia akan deny.
Kini, saya hanya mampu melihat Kakmah ke hulu ke hilir dan berdamping dengan kawan-kawan yang puas dia kutuk. Memang hebat Kakmah ni dalam main peranan.
Berbalik dengan cerita si Esah, Esah ni mengenalinya merupakan insan yang lemah lembut dan sopan santun… setiap hari ada saja cerita yang akan dikongsikan dengan Esah. Cerita suka duka semua dikongsikan dengan Esah. Hubungan kami sangat rapat dan memang seperti adik beradik.
Sehingga suatu hari, ada angin bertiup kencang sepoi2 bahasa berita sampai ke telinga saya yang mengatakan Esah ada hubungan dengan suami saya. Saya turut menerima panggilan telefon dan surat layang yang menceritakan aktiviti Esah dan suami saya…
MasyaAllah… hanya Allah saja tahu perasaan saya. Seperti biasa, Esah dan suami saya menafikan kabar tersebut dan suami Esah turut tidak percaya dengan mengatakan angin pada pokok hari ini sudah boleh dicipta.
Sejak itu, hubungan saya dan Esah menjadi renggang. Kawan-kawan Esah juga adalah di kalangan kawan-kawan saya juga.
Rupa-rupanya Esah memang mempunyai sejarah lain dalam mempunyai hubungan lain dan pelbagai cerita tidak enak tentang Esah dimaklumkan kepada saya termasuk hal duit yang diambil Esah dan lain-lain aktiviti licik Esah yang saya tidak ambil peduli sebab tidak melibatkan saya.
Yang saya hanya peduli adalah hubungannya dengan suami saya. Bagi Esah dan suami saya, semuanya adalah fitnah. saya hampir bercerai dan pergi ke rumah ibu bapa dengan membawa semua baju dan anak-anak memilih untuk bersama saya.
Setelah beberapa minggu, suami sendiri menjemput saya dan anak-anak pulang ke rumah dan sejak perkara itu, suami saya tetap menafikan hubungannya dengan Esah dan berjanji akan melayan saya dengan baik dan semua kisah duka sebelumnya tidak akan berulang lagi.
Dengan sikap baran suami, sebelumnya dia pernah mengasari saya tetapi sejak kejadian itu, perangainya langsung berubah dan tidak pernah mengasari saya dan kini terbit rasa bahagia bersama suami.
Teman, walaupun disakiti Esah dan Kakmah, memaafkan memang digalakkan dalam islam tetapi parut tidak akan hilang.
Saya dimaklumkan, Kakmah, Wawa dan Esah kini berkawan, dan dikatakan sangat sesuai berkawan sebab masing-masing mempunyai sikap yang sama, lain depan lain belakang tapi dapat berbaik-baik bila berdepan..
Dulu, semasa saya berkawan dengan Esah, Kakmah la jugak pernah menghasut saya untuk hati-hati dan curiga dengan Esah dan suami saya… Pada masa tersebut, tiada langsung rasanya saya curiga kerana kebaikan Esah.. Tetapi, aturan perjalanannya Allah tunjuk satu persatu.
Allah mudahkan kenaikan pangkat saya agar saya tidak sama pejabat lagi dengan Kakmah dan berpindah ke pejabat lain. Kebetulan pejabat saya dipindahkan adalah pejabat tempat lama Kakmah bekerja… hahahaha…
Rupa-rupanya Kakmah memang terkenal dengan sikap pengampu bos dan digelar sebagai ‘ahli sihir’..
Saya pun tak tanya kenapa Kakmah digelar begitu, mungkin hanya untuk menyakat Kakmah.. Biarlah Kakmah dengan ceritanya sebagai mangsa keadaan walaupun hakikatnya semua berpunca dari mulutnya.
Biarlah Allah sendiri yang tunjukkan TRUE COLOR Kakmah, Wawa dan Esah…
kini,biarlah saya mempunyai kawan yang sedikit asal tidak fake dan bermuka-muka..
Saya percaya hikmah atas sebalik semua ini dan saya redho dengan qada dan qadar Allah.
Ya Allah, Kau jauhkanlah aku dari teman yang bermuka-muka dan khianat dan kau berilah aku teman yang sentiasa berusaha untuk ke SyurgaMu Ya Allah, aamiin.
– Zaujah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit