Kisah Saya Dan Mertua

Sebelum berkahwin saya tidak nampak mertua tidak menyukai atau tidak merestui perkahwinan kami.

Selepas berkahwin barulah mertua bersuara kununnya anaknya masih muda ketika itu 24 tahun, patut belum berumahtangga kerana abang-abangnya yang berusia akhir 30 an pun belum berkahwin (mereka tidak berkahwin kerana kerja tidak menentu).

Suami sepatutnya kena bantu adik lelakinya yang kahwin muda usia selepas SPM yang mempunyai anak ramai sebab adiknya suami isteri tidak bekerja. Saya terkejut dengan kata-katanya sebab sebelum kahwin mertua baik suci murni layanan terhadap saya.

Bermula kehidupan berumahtanga dengan masalah ekonomi keluarga mertua. Ini kerana kebanyakkan anak mertua tidak bekerja. Mertua sangat membela anak-anaknya yang tidak bekerja dan sering membebani kehidupan kami berdua. Kami berkerjaya tapi tidaklah kaya raya. Kami membantu mereka dari segala segi terutamanya kewangan.

Sikap mertua adalah seperti seorang datin mahu berlagak menunjuk dengan adik beradiknya. Selalu menggunakan saya untuk mendapatkan sesuatu. Saya pada mulanya tidak kisah memang memberi seikhlas hati.

Kalau raya mesti membeli persalinan pakaian raya buat semua. Namun mertua semakin ambik kesempatan. Ada saja kenduri atau perayaan, mesti call saya demand macam-macam. Nak baju beginilah tudung beginilah, sebab mahu bertanding adik beradik siapa bergaya ala datin.

Kalau beli yang biasa-biasa, dia demand kata,

“tidak mahu begini, mahu macam ini dan itu”. Tudung saya pun paling mahal RM 50. Mertua minta tudung sehelai RM 100 lepastu nak dua helai lagi.

Mertua juga kuat berdrama, kalau call mesti nangis-nangis menceritakan kesusahan anak-anak dan cucu-cucunya. Iyalah susah sebab semua tak bekerja. Drama hari-hari meminta bantuan kewangan.
“kesian anak si…., tiada duit bayar tambang bus, makan pun tiada, kesian adikmu pergi kenduri tidak bergaya macam sepupunya yang lain, kasian mama lihat itu ini”.

Disebalik meminta itu ini dan berpura-pura menyayangi rupanya mertua ada perasan iri hati dengan saya. Saya seorang perempuan bekerjaya yang ada perniagaan kecil-kecilan (saya tidak kaya) tetapi alhamdulilah cukup makan pakai. Sebab itu boleh memberi itu ini untuk segala permintaan mertua.

Jadi saya akan kerap posting kehidupan saya di media sosial untuk mempromosikan kerjaya saya. Saya bekerja memberikan perkhidmatan kepada orang ramai bukan menjual barang. Jadi itu cara saya mempromosikan kerjaya saya.

Sisi lain mertua dia selalu mengata saya & suami suka enjoy sendirian lupakan keluarga mertua yang susah. Asyik makan di luar saja.” Enjoy kamu di KL sana, malu mama lihat sebab adik beradik kamu susah”. Saya pun tidak memahami apa mertua mahu. Bantuan diberi bukan tak diberi.

Rupanya dia mahu datang Kl, enjoy juga. Datang Kl, sakan mengalahkan kami. Tidak malu pula mertua sebab enjoy sakan di Kl lupakan anak-anak & cucu-cucunya susah di kampung. Bergaya berposing ala datin,

“mesti makcik kamu di kampung dengki lihat mama bercuti-cuti”

Layanan diberi kepada mertua, saya rasa paling terbaik saya mampu bagi kepadanya tetapi saya tetap dikecam. Kalau saya balik kampung suami, saya yang paling tidak dipeduli, tidur di ruang tamu tanpa tilam dan bantal, ditutup kipas semasa tidur.

Mertua pernah kata saya ni tiada zuriat sebab mak ayah saya banyak buat dosa, jadi saya kena balasanya. Terkejutnya saya dengar!. Masa susah tahu pula suruh saya bantu. Mertua juga kuat menyumpah anak-anaknya.

“itulah kamu derhaka sama mama, Allah sakitkan kamu baru tahu kamu macam mana perasaan mama!”

Saya selalu dipinggirkan dari segala segi. Iyalah saya menantu yang tidak direstui ditambah pula saya bukan senegeri dengan mereka. Walaupun di luar nampk mertua BFF saya sebab sering bergambar bersama ceria dan dia selalu ucap, “mama sayang menantu mama”.

Namun lama kelamaan saya merasakan saya dipergunakan. Malah saya dapat rasakan mertua sangat berpura-pura. Ini kerana dia selalu ucap, “mama sayang menantu mama” pada menantu lain juga tetapi tetap hebat mengeji dan mengecam menantu tersebut dibelakang menantu tersebut.

Jadi tidak mustahil saya pun dia buat begitu. Dengan layanan pilih kasih dia terhadap saya semasa di kampung suami (banyak sangat kisah tapi tak mampu cerita disini), saya jadi tawar hati.

Saya juga beberapa kali ingin bercerai gara-gara tekanan dengan perangai mertua! Saya yakin kesemua menantunya juga merasakan perasaan yang sama! Mereka semua menjarakkan diri dengan mertua. Orang baik semua sayang! Orang tidak baik semua akan lari!

Oleh itu, saya cuba membina jarak dengannya atas nasihat sahabat-sahabat supaya hati tidak dilukai lagi. Masih ambil berat cuma tidak mahu melayannya kehendak. Hari jadinya saya masih hantar special delivery surprise pada dia.

Namun, apa dia minta saya akan suruh dia beritahu suami saya sahaja. Saya kata suami saya suruh apa-apa minta padanya. Kemudian dia merasakan ada jarak dengan hubungan kami. Dia mungkin berasa hati (sesungguhnya saya banyak sangat berasa hati dengannya namun saya masih mampu melayannya).

Suatu hari suami menelefon saya ketika dia outstation, sambil membaca wasap mamanya (phone kedua suami) dan dia tertekan voice message mamanya. Mamanya dengan bahasa kasar dengan marah dia mengecam saya sambil mengadu pada suami.

Oooo, begini rupanya sikap mama dibelakang saya. Sama macam dia mengeji dan mengutuk menantu lain di depan saya. Saya terus terang saya berasa hati dengan kecaman kata-kata kasarnya.

Saya memuat naik status di media sosial secara general tidak tag sesiapa tetapi saya menceritakan perasan saya ketika itu. Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya.

Mertua terus menghubungi suami saya terus mengecam suami saya kerana memecah belahkan hubungan kami. Mertua tidak mengaku ada melempar bahasa kasar dan marah-marah saya (bukti voice message ada!). Suami dijadikan kambing hitam pula.

Kami suami isteri tidak menceritakan saya terdengar voice message secara tidak senjaga (dengan izin Allah, Allah bagi dengar) kecamannya. Jadi sampai sekarang suami dijadikan kambing hitam. Tidak mengapalah suami sanggup menerima kecaman.

Saya menangis mengenangkan apa yang saya buat segala kebaikkan kepadanya, saya bersabar dengan sikap dia dan anak-anaknya yang lain. Saya nekad nak hidup macam menantu lain. Menantu lain tiada serapat saya dengannya. Ini kerana sikapnya yang suka mengecam dan bersikap negatif.

Oleh itu, saya beritahu suami, saya nak jadi macam menantu lain, balik kampung hormat mama, tetapi tidak serapat seperti ini. Suami memahami. Saya block media sosial dia, dan no dia. Dia tak akan dapat mengetahui kehidupan saya dan mengecam saya lagi.

Apa-apa bantuan dia boleh mohon pada suami saya. Saya masih ada membantu tetapi bukan menurut kemahuan nafsu ala datinnya. Sebab suami saya tidak akan melayani kemahuan ala datinya. Sebab itulah dia tidak pernah minta pada suami saya!

Alhamdulilah selepas saya membina jarak dan memblock mertua dari media sosial kerana dari media sosial dia suka mengecam saya, saya bersyukur sangat kerana kualiti hidup saya kembali positif, saya sudah berani bercerita mengenai rawatan mendapatkan anak di media sosial.

Dulu saya bimbang mertua menokok tambah dan mengecam setiap rawatan saya lakukan.

Saya masih ambik berat mengenai mertua. Selalu tanya suami, masih lagi menghulurkan bantuan kalau diperlukan. Masih lagi memberi buah tangan kalau ke mana-mana buat mertua tetapi semua disalurkan atas nama suami. Inilah kisah saya dan mertua.

– Si menantu bukan hantu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *