Kisah Saya Dengan Non-Muslim

Kisah saya dengan non-Muslim

Assalammualaikum wbt admin dan pembaca.harap admin sudi siarkan confessions saya. saya ingin berkongsi kisah saya. Maaf agak panjang kisah ini,harap pembaca rajin untuk membaca.

Bismillah..ianya bermula di alam sekolah menengah saya. Ketika itu, saya berada di tingkatan 1 atau 2 (saya tak ingat). Seperti biasa saya datang awal ke sekolah,dengan suasana sekolah yang masih tenang di telinga saya. Tiada bunyi bising yang menyakitkan awal pagi ini. Mood saya ketika itu agak baik,saya melangkah masuk ke pintu utama sekolah dan terus menaiki tangga. Ketika menaiki tangga itu saya bertembung dengan cikgu,
agak terkejut tapi saya terus mengucapkan”assalammualaikum Cikgu” ..dan cikgu itu membalas salam saya. Sekali lagi saya bertembung dengan seorang cikgu, saya pun mengucapkan “assalam..ehh,morni…” rupanya sir R, sir mengajar saya. Beragama Kristian dan seorang yang peramah. Sir R memotong perkataan saya..”ehh,kenapa berhenti bagi salam, teruskanlah. Memberi salam tu kan, maksudnya kamu doakan orang yang kamu beri salam kan. Kamu tak nak doakan sir ke?, bukan ke assalammualaikum tu maksudnya salam sejahtera ke atas kamu.. doakan lah jugak sir, cikgu cikgu lain kamu doakan semoga sejahtera.

Tapi sir kamu tak doakan..”. Saya merasakan seperti di siram air ketika itu, saya pun mengucapkan”assalammualaikum sir”. Dan sir menjawab “wa’alaikum’salam warahmatullahi wabarakatuh” sebutan sir R sangat perfect bagi saya, untuk sir yang non-muslim menyebutnya. Wow awal pagi saya sudah mendapat tazkirah, otak saya mula mengerjakan tugasnya di awal pagi.. banyak persoalan diminda saya yang berlegar,” boleh ke saya bagi salam dekat non-muslim”, “ke tak boleh jawab je”, “boleh kot”, “tapi macam tak boleh je”… di awal pagi yang tenang otak saya berkerja keras untuk berfikir. Saya ni iman hanya senipis kulit bawang, ilmu agama hanya sebutir pasir di padang pasir.. jadi saya agak kagum dengan sir R yang memahami agama yang lain, saya tak tahu sir ni seorang yang kuat agama ke atau tak. Tapi sir memang mempunyai banyak ilmu tentang agama lain.

Saya cuba mencari jawapan dekat kawan saya. ada yang kata boleh, ada yang kata tak.. membuatkan hati dan minda saya bertambah ingin mengetahui lebih, saya ingin mencari di Google. Tetapi saya tidak membawa telefon, zaman sekolah menengah saya adalah zaman cikgu pantang nampak pelajar membawa telefon. Pasti akan di rampas dan spot check selalu di lakukan. Saya pulak seorang pelajar yang ikut peraturan (maaflah saya angkat bakul sendiri, sebab takde yang nak angkatkan). Balik dari sekolah saya terus membuat research di sheikh google, saya ada jugak tanya keluarga saya.. hasil dari semua jawapan yang saya dapat, memeningkan saya. Saya berharap tidak bertembung dengan sir, dan doa tanpa sengaja di dalam hati saya itu.. di dengari oleh Allah. Saya tidak bertembung dengan sir ke esokannya,

tetapi pada hari seterusnya pertembungan itu tetap berlaku. Sama seperti hari hari sebelumnya, saya datang awal ke sekolah dengan menikmati suasana pagi yang sejuk berembun kerana Allah s.w.t menurunkan rahmat hujannya di waktu malam. Kaki melangkah tanpa henti, tetapi tiba-tiba kaki saya seperti ingin berhenti.. kelihatan dari jauh yang bertentangan menuju kearah saya. Ye itu sir R, hati dan minda mula berkomunikasi. “Alamak sir,nak patah balik..sir macam dah nampak “, “nak bagi salam ke tak ni”, “err nak buat apa ni”. Aduh otak saya seperti terkejut di awal pagi perlu berfikir secara cepat dan kaki mula memperlahankan langkahnya. Tiba-tiba saya ternampak kawan sebelah kelas saya, saya pun memanggilnya seperti ada sesuatu yang ingin di tanya kepadanya. Saya hanya menundukkan kepala dengan memberikan senyuman kepada sir. Dan sir membalas senyuman. Ada sedikit penyesalan di dalam hati saya, kerana tidak memberi salam kepada sir. Ketika waktu rehat, saya dan kawan saya rehat di dalam kelas. Dan saya bertanya kepada mereka, “korang aku nak tanya ni, selalunya bila kita jumpa cikgu kita bagi salam kan. Tapi kalau korang jumpa sir korang kata apa?”. “Good morning lah”, “kenapa ??”. “Takdelah,manalah tahu korang kata selamat sejahtera sir”, “ayat kau skema lah”, “baik kau kata salam 1 Malaysia sir”..hahahaha “tanya je lah” ..”kau ni lawak lah”. Tak lama kemudian, sir pindah sekolah lain.

Naik ke tingkatan 3, Saya ada kawan sekelas Chinese bernama v,cantik orangnya..beragama Buddha kalau tak salah. Saya dan v tak rapat sangat. Sebab kenapa saya kata tak rapat sebab saya tak rehat dengan dia, saya rehat dengan kawan saya dan dia rehat dengan kawan dia. Kami hanya kawan kelas, tetapi v suka bercerita dengan saya. Pada suatu hari, v ajak pergi toilet.. saya pun ok je, teman dia pergi toilet. Dalam perjalanan nak ke toilet, pelbagai story kami bualkan. Masuk saja tandas, seperti biasa cermin menjadi pilihan kaum hawa. Saya membetulkan tudung sambil menunggu v. melihat kiri kanan tudung, nampaknya tiada perubahan.. mungkin berharap berubah menjadi mira filzah atau wany hasrita. Tapi lebih sesuai dengan mira filzah kot, sebab wany hasrita tinggi dan hidung pun tinggi (eh hidung mancung) saya orangnya kecil comel je (ya Allah perasaannya) tapi ketika tu zaman heliza helmi. V pun keluar dari tandas menuju ke sinki untuk mencuci tangan, v memerhatikan saya yang dari tadi membetulkan tudung seperti tidak ada kesudahannya.. saya pun berkata, “ehh jomlah masuk kelas”. Kami pun memulakan langkah menaiki tangga lagi, v memulakan perbualan. “Hmm D kat luar engkau pakai tudung ke??”, “yup,pakai” ..”maksudnya mesti pakai tudunglah kan”, “ye mesti tutup aurat, ianya Wajib”, “tapi kan kenapa dorang sha(kawan dia) keluar tak pakai tudung, kat sekolah pakai tudung”. Saya tersedak bila mendengar apa yang v katakan, seperti termakan biji durian rasanya..saya tak tahu nak reaction apa ketika itu, walaupun bukan saya yang diperkatakan. Saya rasa sangat malu sampai tak terjawab, saya hanya diam dan merasa awkward.. saya pun ketika itu, tidak sempurna menutup aurat banyak kekurangan. Sebab tu saya hanya berdiam, saya hanya berdoa didalam hati semoga Allah mudahkan kami untuk menutup aurat dengan baik.

V juga pernah bertanya beberapa soalan kepada saya, dan saya agak terkejut. Sebab melihat dari Luaran v, dia bukan seorang yang berminat tentang agama. Perkara ni berlaku sebelum cuti aidiladha atau hari raya haji. Meja saya di belakang v, saya duduk di belakang. Ketika itu rasanya tiada cikgu, v pusing kebelakang. Disebabkan meja saya di tepi dinding dan di belakang ..membuatkan perbualan kami tidak di dengar oleh pelajar yang lain dan suasana agak serious di situ. “D nak tanya boleh?”, “tanyalah ape dia”, “kan tak lama lagi raya haji, kamu muslim..apatu pergi Arab kan yang pusing pusing tu apa nama?”, v seperti risau untuk bertanya soal agama, saya cuba untuk memberi suasana yang relax dalam perbualan kami. “Ohh makkah”, “ahh tu makkah,aa kamu pergi sana masa hari raya haji je ke?”, saya pulak nervous nak menjawapnya,. tapi saya cuba bagi dia faham. “kami muslim pergi ke sana untuk menunaikan ibadah, waktu untuk menunaikan ibadah haji pada bulan haji saja, maksudnya dari 1 syawal sehingga 10 zulhijjah saja.

Dari hari raya puasa sehingga hari raya haji. Tapi kalau umrah bila bila masa boleh pergi”, “Ohh macam tu, kalau pergi sana tapi meninggal dunia kat sana. Maksudnya apa?baik ke atau tak”, soalan semakin mencabar minda dan ilmu saya yang cetek. “Aaa kalau meninggal ketika berada di sana, alhamdulillah dia meninggal dalam keadaan menunaikan ibadat, maksudnya bukan dalam keadaan maksiat.. tapi saya tak nak menghukum baik ke buruk, saya serahkan kepada Allah yang Maha Mengetahui.”, “ahmm”. Perbualan kami seperti terhenti seketika, sebab ada kawan kacau ketika tu. Saya ingatkan perbualan kami sudah habis, tapi tidak lama lepastu.. V menyambung pertanyaannya. “Aaa kalau ada non-muslim nak pergi sana, macam mana boleh ke?”, saya terdiam seketika dan minda saya semampu yang boleh mencari jawapan. Rasa seperti nak berlari mencari ustaz atau ustazah ketika itu. Saya cuba berhati-hati memberi jawapan, ” saya tak pasti, tapi kalau non-muslim nak ke Arab saudi tu boleh. Sebab ada je orang arab non muslim sana, tapi untuk pergi ke kota makkah dan madinah saya kurang pasti, saya takut beri info yang salah nanti kita tanya ustaz ke atau ustazah”, “ohh ok”.. kelihatan seperti v ingin bertanya lagi, tapi ketika itu cikgu masuk. Perbualan kami terhenti di situ .

Ini pulak kisah saya di PLKN, Saya dapat PLKN di Negeri Borneo. Permulaannya memang saya takut tapi setelah berkenalan dengan kawan kawan satu dorm saya, rasa seronok pulak. Boleh berkenalan dengan pelbagai kaum dan agama yang ada. Buku nota PLKN saya penuh dengan pelbagai bahasa yang saya pelajari dari kawan PLKN saya. Saya pergi dekat sorang sorang tanya mereka “kalau nak makan dalam bahasa bajau apa”, “satu dalam bahasa kadazan apa”, “saya lapar dalam bahasa dusun apa” ..banyaklah saya tanya. Tapi saya tanya dekat kawan satu dorm je lah. Alhamdulillah kami rapat. Bila waktu keagamaan contoh hari jumaat, seperti biasa lelaki muslim pergi solat jumaat dimasjid dan perempuan pergi surau Kem je. Hari ahad non-muslim akan di bawa keluar kem untuk pergi ke tempat ibadat mereka. Kira saya punya kumpulan ni hormonilah. Saya ada seorang kawan satu dorm dengan saya, orangnya kecil comel je macam saya, menganuti agama Kristian/Catholic. Saya seronok berkawan dengan dia, saya namakan sebagai H. Apa yang saya nampak dari H ni, dia seorang yang kuat agama dan memahami agamanya.

Kenapa saya katakan begitu, kerna H lain daripada kawan non muslim saya yang lain. Jika yang lain, banyak bertanya soalan tentang islam tetapi tidak pada H. H seperti ingin berdakwah tentang agamanya kepada saya, H pasti akan menyampaikan sesuatu ayat pendek yang dipetik didalam bible dan dia kan menerangkan kepada saya. Walaupun saya tak meminta atau bertanya kepadanya, dia sendiri akan bagitahu..dan saya hanya akan mendengar, dan angguk-angguk kepala tanda saya menghormatinya. Seperti yang saya katakan sebelum ni, ilmu agama saya cetek sangat. Saya hanya mampu untuk mendengar, dan tidak mampu untuk berdebat. Saya menghormati dia dan dia menghormati saya. H bila jumpa saya mesti ingin berbual tentang agama, saya pun hairan tak tau kenapa. Dengan kawan yang lain, tak pulak dia bercerita soal agama..hmm mungkin dia selesa dengan saya kot. Tapi apa yang bestnya, saya dapat ilmu tentang agamanya. Apa yang saya ingat, H pernah bagitahu saya dalam bible jugak ..Ada ayat yang melarang perempuan untuk berpakaian seksi, saya tak ingat ayat dia. Kira pakaian yang sopanlah macam tu, cuma tak macam kita islam di beri ayat yang jelas terperinci di dalam Al-Quran. H memang mengikuti ajaran agamanya, saya tak pernah nampak dia berseluar pendek di dalam dorm PLKN. Jika non-muslim yang lain ada je yang pakai.

Dia jugak ada bagitahu saya, dia tak minum minuman alcohol. Dia ada jugak terangkan tentang tuhan, tapi bab tu saya tak faham. Banyak lagilah, cuma saya tak ingat dah. Bila saya fikir balikkan, membuatkan saya bertanya pada diri saya apa sumbangan saya untuk agama Allah. H ada kesungguhan di dalam agamanya. apa yang saya respect kat H ni, dia bukan hanya following. Kebanyakan kita hanya following saja. Tak nak faham dan tak nak memahami agama sendiri (macam cakap diri sendiri je ni) . Nak tahu tak apa beza kita dengan mereka, bezanya ialah SOLAT.. solat lima waktu, bukan dua atau tiga waktu saja. Itulah beza terbesar kita dengan mereka. Ada satu hari tu, waktu hujung minggu di dalam dorm. Waktu malam tak silap, ada kawan non muslim saya yang lain..bukan H. Dia nak cuba pakai tudung, saya pun bagilah. Dia pakai tudung tu cantik sangat.. saya pun tanpa sengaja terkeluar ayat “cantikknyaa awak pakai tudung”. Dengan suara yang sedikit terkuat, H pun melihat ke arah saya. Katil kami dekat je, H hanya berdiam. tapi yang lain mengatakan “cantiknya”, “cantiknya”..nampak H tidak selesa dengan keadaan itu. Jujur ketika itu saya tidak ada niat apa-apa, memang dia cantik dan saya terkeluar perkataan itu. Sejak itu, H kurang berbual soal agama, tapi kami masih berkawan rapat di dalam kem PLKN ketika tu. Kami tak gaduh pun, masih seperti biasa berbual, pergi ke sana ke sini bersama. Cuma dia kurang menyentuh soal agama selepas kejadian tu.

Ini pulak dalam kelas PLKN, akan di bahagi kumpulan. Kumpulan tu akan bercampur dengan kumpulan yang lain. Kalau aktiviti luar, hanya dengan kumpulan kita saja. Tapi dalam kelas akan di campur dengan kumpulan yang lain dan di bahagikan menjadi kumpulan kecil dalam 7 or 8 ahli. Siapa yang pernah ikut plkn akan faham. Ok dalam kumpulan saya ada 5 lelaki dan 3 perempuan. Dalam kumpulan saya ada seorang lelaki non-muslim, mukanya kelihatan garang dan serious dan dia ada tatu kat bahu lengan dia..ternampak sikit walaupun tertutup dengan baju. Perwatakannya seperti “adam Corie” yang artis mualaf tu, yang selalu pegang watak gangster tu. Saya dari sekolah lagi,memang takde kawan lelaki. Kawan lelaki satu sekolah ke,satu kelas ke memang takde dan tak rapat (saya banyak kawan perempuan) ..memang saya susah nak rapat dengan lelaki. saya agak tidak selesa dengan dia dan ada rasa takut dengan dia ni, saya namakan dia ni Q lah ye. Saya cuba untuk tak duduk bersebelahan dengannya, tapi disebabkan perempuan hanya ada 3 orang, jadi terpaksalah saya mengalah. Saya kalau boleh tak nak duduk dengan dia, tapi dia mesti akan cuba duduk sebelah saya. Saya rasa awkward, dan hanya mendiamkan diri. Q cuba untuk menghilangkan awkward antara kami, jadi dia selalu bertanya soalan kepada saya.. Jadi lama-lama kami pun kurang awkward tu.

Tapi saya belum lagi selesa dengan dia, ada sedikit awkward. Tapi yang saya perasan tentang Q, luarannya nampak garang tegas.. tapi bila dia bersuara tak tegas pun. Bukan suara dia lembut, cuma bila dia bertanya soalan suaranya rendah. suaranya tu selesa untuk didengar. Suatu haritu, kami ada aktiviti di dalam kelas. Berlawan dengan kumpulan lain, dan aktiviti itu memerlukan kerjasama dengan mengunakan tangan. Dan Q mendekati saya, dan dia bertanya seperti meminta izin untuk memegang tangan saya. Saya agak terkejut, dan terdiam seketika . Saya menggelengkan kepala tanda tidak membenarkan. Saya faham maksud Q, untuk memudahkan aktiviti itu dan kerjasama dapat berjalan dengan lancar. Aktiviti seterusnya, saya agak nervous.. saya pun cakap dekat kawan perempuan saya saja. Yang saya risau tangan saya kecil, sambil tunjuk tangan saya. Lepastu, Q pandang saya dan senyum ..itulah pertama kali saya nampak dia senyum(saya cakap dalam hati,dia senyum kat aku ke). Habis je activity tu, Q pandang saya tepat ke mata saya.

Pandangan kami bertembung dan saya cepat cepat mengalihkan pandangan ke tempat lain. Ketika tu, saya dapat rasakan bahang panas dekat muka saya. Rasa malu sangat, walaupun saya tak tahu apa yang saya malukan. Ya Allah ,tulah first time saya rasa jantung saya macam nak tercabut. Q masih lagi memandang saya, dan saya memandang kebawah., dan memusingkan kepala ketempat lain. Saya tak pernah di pandang oleh seseorang seperti itu, bahang panas muka saya terasa . Ya Allah, degupan jantung saya boleh didengar oleh telinga saya. Saya berkata dalam hati “dah kenapa dia ni pandang semacam ni” (ke saya yang perasan lebih ni hmm, entahlah) nak kata suka kat saya ketika tu, macam pelik lah pulak. Saya punyalah hitam masa tu. orang kata, siapa yang ikut PLKN tapi tak hitam..maknanya dia tak enjoy dalam PLKN. saya memang terlebih enjoy,. sejak tu, dia dah pandai senyum, sebelum ni memang susah nak nampak senyum. saya cuba untuk tidak terlalu rapat dengannya. Bukan apa saya rasa malu dan jantung saya berdegup laju, saya tak suka. (Malu sangat ni,aduh nampaknya tak kawinlah aku ni hahaha).

Ini kisah saya di sebuah pengajian, jauh dari kampung halaman. Saya pendekkan cerita. Saya ingin membeli barang keperluan saya, biasa hujung bulan pasti akan habis barang keperluan. Saya meminta kawan roommate saya untuk temankan saya pergi membeli barang. Kami pun pergi bertiga keluar menunggu taksi, (kami naik taksi bukan sebab berduit, tapi sebab kawasan tu susah nak dapat bas. Uber belum ada lagi ketika tu,kalau tak silap). Dapatlah satu taksi ni, naik sahaje taksi pandangan pasti akan tertumpu pada patung keagamaan yang diletakkan di depan dan di tengah-tengah kereta. Dari situ tahulah kami, driver taksi ni non muslim. Kami tidak ada masalah tentang itu, kami ok saja. Kami pun memberitahu tempat yang ingin dituju, ketiga tiga kami duduk di belakang dan saya di belakang driver. Dalam perjalanan, saya perasan yang driver tu pandang kebelakang dari cermin tengah.. mula mula saya tak berapa nak kisah, mungkin dia nak melihat kereta dibelakang. Tapi lama lepastu dia melihat kearah saya, saya cuba untuk tidak nampak dan mengalihkan pandangan keluar jendela. Memerhatikan kereta di jalan raya, tiba-tiba driver tu bersuara dan memecahkan kesunyian. “Adik, uncle nak tanya boleh?”, kami agak terkejut.. tapi serentak kami menjawab “boleh”, “uncle nak tanya, aa sekolah yang hanya khas untuk agama kamu aaa belajar apa?”, kami berpandangan dan kawan saya pun menjawab. “Macam macam uncle, sekolah agama ni dia lebih fokus kepada agama seperti ilmu Al-Quran, sejarah islam, tafsir banyak lah uncle”, “uncle takde maksud apa apa cuma rasa ingin tahu”. “Takpe uncle tanya je”, “sekarang ni kan zaman modern, maksudnya kita kena ada ilmu untuk memajukan diri dan negara kita. Jadi kalau kita hanya belajar agama saja susah jugak tu” , sekali lagi kami berpandangan..seperti bertanya didalam hati, siapa nak jawab.

Akhirnya saya menjawab “uncle, ada jugak sekolah agama yang mengimbangkan kedua-dua. Diajar mathematics,English,sains dan lain-lain.. kira mereka mengutamakan kedua-duanya. Jadi mereka dapat kedua-duanya”. , “Ohh, itulah uncle terfikir, jika hanya belajar agama saja. Macam mana masa depannya nanti. Terima kasih lah dik terangkan uncle”, “sama-sama uncle”. Dan kami pun sampai kedestinasi dituju. Saya mula terfikir, kita tinggal dalam satu negara dan kita hidup bermasyrakat bersama. Tapi seperti banyak non-muslim belum jelas dan tahu tentang islam sebenar. Adakah ini salah saya, seperti tanggungjawab untuk berdakwah terlepas dari bahu saya. Ya Allah jika tanggungjawab ini ditanya oleh Allah dan saya hanya memandang ringan bab ini. Takut nanti mereka non-muslim berkata di akhirat “dia tidak pernah memberi ilmu agamanya atau dia tidak pernah mengajak aku untuk masuk agama mu ya Allah sedangkan dia tahu kebenaran itu”. Atau ada yang berkata ” dia jiranku, dia kawanku waktu sekolah, dia anak murid ku, dia kenalanku tetapi dia tidak pernah menunjuk ajar tentang agama mu ya Allah”. Ya Allah tanggungjawab dakwah ini sebenarnya berat dan sebenarnya tanggungjawab kita semua yang bergelar muslim.

Ni lah kisah saya dengan non muslim, sebenarnya ada banyak lagi. Tapi cukuplah ini, dah agak panjang. Nama nama di atas bukan nama sebenar dan saya ada sedikit ubah suai ayat dan perkataan mengikut kesesuaian. Semoga kita dapat menyambung tugas dakwah Rasulullah saw, dari segi lisan atau akhlak kita(jom pasang niat itu). Maaf salah silap dalam penulisan saya, maaf jugak gurau terlebih saya.. semoga mendapat manfaat. Saya sentiasa mendoakan mereka di atas dan kenalan lain yang belum mendapat hidayah Allah agar diberi rezeki taufik hidayah dari Allah.( Aamiin)..ketika saya berada tingkatan 5, saya mendapat berita teacher sekolah rendah saya telah memeluk islam. Dan saya sangat gembira. Alhamdulillah. Terima kasih baca sampai habis.

~dys

– ~dys

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit