Hai saya Kismis. Apa yang akak listkan dalam confession kenali ciri-ciri lelaki dengan narcissistic personality disorder npd tu semua ada dekat dia. Syukur saya lepas daripada dia. Takda langsung penyesalan dan tak da langsung rasa nak get back.
Saya nak share macam mana pengalaman saya lepas daripada dia.
Perkenalan saya dengan dia tak lama dalam 3 bulan, dah bertunang selama 7 bulan. Pada awal perkenalan, dia sangat pandai menutup diri dia, dia tak expose tentang diri dia kepada saya sangat.
Contoh, dia takda IG, takda FB (padahal dia hide dan private daripada saya). Flawless. Yelah sebab dia dah jumpa mangsa baru (saya).
Personaliti saya seorang yang happy dengan kerja saya (btw dia kerja sama tempat dengan saya) saya seorang yang confident, pandai bergaya (Muslimah) saya pandai bergaul dengan orang sekeliling, disebabkan nature kerja saya yang perlu untuk saya jumpa banyak orang.
Mungkin confident saya, lifestyle saya itu yang dia nak. Sebab pada akhir2 cerita kami berdua, saya nampak betapa kosong nya dia, dia takda value as diri dia sendiri.
Dan ayat “crying over a boy with only a birth certificate” is suitable for me at that time, because i got my own quality, my own life, my own value, meanwhile he got nothing. I know & i felt so stupid.
Sambung lagi, sepanjang 3 bulan berkenalan tu, dia tak banyak sangat mengayat saya, mungkin takda akses untuk buat macam tu,
Sebab saya masih simpan prinsip, selagi lelaki tu tak cakap dia suka or nak nikah dengan saya, selagi tu saya takkan percaya walau dia cakap I love you sekalipun. Sebab bagi saya action worth more than words.
So, one day tu, dia cakap dia nak cari cincin masuk meminang saya. Saya surprise lah, so saya cabar dia balik, if u dare come to my house meet my parents.
And guess what? He shamelessly come to my house to ask for my hands. The saddest part is, you know who pays for all of the engagement gift including the ring? His mom. He’s a mommy boy and a narcisstic, gosh what can be worse than that. Thank god im not with him.
Sebelum bertunang tu, dia decide nak nikah terus, tapi saya masih waras, saya masih belum kenal dia, he’s a complete stranger, so saya dengan tegas cakap saya nak bertunang dulu, and finally he agrees.
But the plot twist is, after 3 month of our engagement, i curiously, tengok dekat cincin tu, nak tengok emas jenis apa, 916 ke 999 ke, tapi yang ada is label GP, which stand for Gold Plated. hemm….. saya masih diamkan waktu tu, tak tanya langsung dekat dia.
Maka, berlalulah hari2 saya sebagai tunang orang. Dan part dia jeles dan suspicious dekat semua lelaki di sekeliling saya tu betul, dan mula2 sifat jeles dia tu nampak normal, lama2 dah macam over pulak, main tuduh2 kita nak dekat laki tu nak dekat laki ni.
Dan macam yang akak cakap tu, “its all about him”. Kita kena priotasi kan dia, sebab dia dh brainwash, yang kita perlukan dia.
So, kita automatik buat lah apa2 jer yang menyenangkan dia. macam kena guna2 pun ada jugak, tapi tak, kita jadi macam tu, sebab kita nak sesuatu yang dia bagi contoh- love bombing, act of service, act of protection, semua lah, dia bagi (but its just a crumb) he convince me,
Semua tu memenuhi keperluan emosi kita sebagai wanita, tapi semua benda tu dia nakkan imbalannya. We must pay it back with our money, tears, our self esteem, our mental health, kebebasan kita, our loyalty towards him only. Sad.
Overthinking, risau, malu, sedih, murung semua ada lah bila dengan narsistik ni (ianya berpanjangan) sampai satu masa dalam kepala otak saya keep on repeting, kalau saya tercedera or kemalangan ke adakah baru dia akan tunjuk yang dia care dekat saya? Do i have to get hurt in order to get his attention?
Saya fikir macam tu, sebab dia tak suruh saya contact dia (whtsapp or call) selagi dia tak mesg saya dulu. So kita jadi tunggul dok tengok phone memanjang. Saya ada bincang dengan dia, kita ni dh bertunang, kenapa saya tak boleh in contact sesuka hati? Alasan dia, dia busy.
Urusan pernikahan kitaorang tak pernah capai kata sepakat, setiap kali meeting dengan family saya tentang hal nikah ni, takkan pernah ada final decision, dan lepas tu dia akan play victim cakap family saya high demand, nak keluar banyak belanja & etc.
Dia banyak missing in action, banyak ke luar daerah dengan ummi dia. Ummi dia pun macam tak setuju dengan perkahwinan kitaorang,
Tapi bila saya confront dengan dia, dia mati2 cakap parents dia setuju, kalau tak, tak mungkin dari awal diaorang benarkan untuk kitaorang bertunang. Lagipun yang nak bernikah tu dia bukan parent dia. macam tulah ayat yang dia bg kat saya.
Part self esteem saya pulak, dia suruh saya tutup aurat, pakai jubah, pakai purdah. Sebab dia pun ada imej sebagai “ustaz” which he dont deserve it because he didnt finish his study. He’s not qualified.
Dia tak tahu, yang saya memang ada simpan niat dalam hati saya yang paling dalam untuk pakai pakaian yang menutup aurat sekaligus memakai purdah @ niqab. So, alang2 dia dh suruh pakai, saya rasa itu macam satu jalan untuk saya.
Tapi saya tak sanggup nak pakai hanya sebab dia yang suruh, its not worth it.
So, saya belajar pelan2 cari ilmu, dan sehari sebelum hari kami bertunang tu saya officially pakai purdah dan slow2 pakai jubah untuk berhijrah kerana Allah semata-mata. Dan saya tak menyesal pun sampai ke hari ini, untuk memilih berhijrah dari segi pemakaian saya.
Bayangkan kalau saya pakai kerana dia, entah2 saya akan sentiasa menyalahkan dia, kerana dialah saya susah sebab pakai purdah, dan bila dia mula bermudah-mudahan dengan perempuan lain sewaktu masih bertunang dengan saya.
Saya tentu akan rasa benci dan rasa nak buat benda yang sama macam dia, bermudah mudahan dengan lelaki, keluar makan dengan lelaki lain, just like what he did. But i didnt, this hijab helps me to keeps my haya.
Dia cari bila perlukan saya. Saya rasa dipergunakan. Mula2 saya di love bombing, lepastu dia gunakan saya. Saya ada kereta, dan dia takda, jadi sayalah yang jadi pemandu dia, kesana kemari. Bila2 dia nak keluar shopping dia akan call saya ajak keluar.
Di shopping mall, saya selalu jln dekat belakang, dia kat depan. Tak pernah jalan seiring. Dia nak nampak superior mungkin. Saya jadi ekor dia. Mana dia pergi, sana saya ikut.
Dia shopping barang2 mahal, tapi tak pernah belikan apa2 untuk saya pun, even birthday gift. (dia still cakap dia takda duit untuk pernikahan kitaorang) So saya pun takda belikan dia apa2…. thats what im proud of myself.
Prinsip saya taknak biasakan bayarkan apa2 untuk dia, sebab nak test dia. Dia ada beberapa kali mntak nak pinjam duit, setiap kali waktu saya gaji. Berterusan yer, dan ada juga yang dia berjaya, RM50 jer tapi takpa saya halalkan.
Tabur janji macam hidup itu pasti selamanya, tapi hakikatnya hidup kita di dunia ni sementara. Dan dia banyak berjanji just to make me stay.
Setiap kali saya nak tinggalkan dia, setiap tu juga dia akan hidupkan angan2 dalam diri saya akan apa yang saya tunggu2 selama ini, akan apa yang saya impikan selama ni.
Saya tak pernah bercouple, dan dia tahu, saya hanya akan layan lelaki yang benar2 mahukan saya sebagai isteri sahaja, yang betul2 serious dengan saya,
Sebab tu dia ambik jalan drastik untuk ajak saya bertunang dan bernikah dengan saya just to get my attention, just to dominate me, and hanya untuk test market dia. Thats sick. He is sick. He’s cruel.
Dari awal saya tak layan dia, sebab saya anggap dia hanya seorang pegawai di tempat kerja saya, dan saya takkan pernah ada relationship with my co-workers itu prinsip saya.
Tapi aturan Allah, dia nak saya tahu, mana yang baik dan mana yang buruk. Yelah nak tahu kayu yang lurus tu, kita kena tahu kayu mana yang bengkok.
Final chapter of me and him. After so many heartbroken, saya ambil langkah untuk jauhkan diri saya,
Dan saya bagi kata putus dekat dia, nak nikah kena buat cara nikah, dan kena jaga batas dengan saya, tak boleh bermudahan dengan saya, dan hanya contact dengan saya berkenaan pernikahan kita sahaja. And of course he act up crazy.
Dia cakap nak go on missing, tak tahu untuk berapa lama, tunggu jer lah. Saya dah sedia ada piss off, terus saya tanya “nak nikah dengan saya atau tidak? i give u three days to make up your mind”
I always did my istikarah to make my heart at ease in making decision. Selepas beberapa kali istikarah, tahajud, barulah Allah beri jalan untuk saya keluar (kekuatan untuk set boundaries) Sebab saya tahu, Allah tidak zalim, Allah Maha menghargai,
Jadi sepanjang saya menunggu jalan keluar tu, saya hadapi segalanya dengan sabar dan slowly berdamai dengan diri saya, dengan segala janji yang dia taburkan. “dah tahu dia redflag, kenapa tak tinggalkan?” ya, kenapa saya tak tinggalkan awal2?
Saya ada cuba nak tinggalkan selepas 3 bulan saya bertunang, tapi akan ada2 sahaja perkara yang menghalang, yang membuatkan saya menarik balik keputusan saya, “cth: masih baru lagi, ujian bertunang biasalah, bagi dia peluang dan macam2 lagilah”.
Dan seperti yang saya katakan saya tak menyesal apa2 pun sebab segalanya telah saya lakukan untuk pertahankan, jadi saya tahu saya tak salah. Saya dah stop salahkan diri saya. Saya juga dh maafkan diri saya sebab saya salah buat keputusan.
Dan akhirnya, dia putuskan pertunangan melalui whatsapp, saya dh tak berapa ingat tapi yang dia cakap, dia tak dpt nak teruskan, sebab dia tak layak, dan dia takkan dapat bimbing saya seperti yang saya harapkan” dia message parents saya juga macam tu dan saya pastu thats it.. macam tu jer.
All of the burden suddenly gone. Air mata pun takda keluar lagi dah. Dan adalah selepas tu episode saya difitnah dia lepas beberapa minggu putus, biasalah narsistik ni mana nak mengaku kesalahan dia.
Dia tuduh saya bertunang dengan lelaki offshore di tempat kerja baru saya dalam waktu saya tengah bertunang dengan dia. Nampak tak permainan dia? Lagipun kalau betul, mana lelaki tu? ahahahah
After effect putus tunang tu, saya stress dan depress. Saya jadi trauma nak kenal lelaki lain. Saya tak jaga diri saya, saya tak lagi jaga penampilan saya, i dont really like how i look back then.
Im struggling with the trauma that i hide, until satu hari tu kakak saya yang menyedarkan saya, dia cakap depan2 muka saya after satu persatu calon taaruf saya reject, aahhah dia cakap “kau tu trauma, move on!”.
Kakak mana tak risau tengok adik kesayangan dia tak kahwin2 lagi. And thats my turning point, hadiah Allah untuk saya, dia kurniakan kerja yang baik, dengan gaji yang lumayan, untuk saya, yang dapat terima saya berpurdah (Alhamdulillah 5 tahun dah) hehe, Masha allah, Tabarakallah.
Dapatlah saya bangkit untuk jaga diri saya balik. Banyak jugak pelaburan ke atas skin care and outfit saya waktu tu hahaha…. shopping spree is done so, time to shine.
My current life, im fully heal, and happily married. Alhamdulillah. Untuk kata akhir, saya tak pandai sangat, doakan yang baik2 untuk saya yer gais. Semoga kebaikan juga untuk korang semua. And please comment yang baik2 yer hehehe…. Terima kasih.
Semoga kisah saya di memberi manfaat kepada pembaca, or kepada yang tengah struggle sekarang ni, semoga diberikan jalan keluar untuk apa2 masalah yang mungkin sedang di hadapi. Aamiin..
– Kismis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit