Kisah Seketul Suraya

Hye, assalamualaikum, saya Imma. Kisah yang saya nak ceritakan bukan mengenai diri saya tetapi mengenai kakak sulung saya, Suraya yang telah pulang menghadap ilahi 31/5/2024 lalu.

Kakak saya, Suraya lebih mesra dipanggil Along oleh kami adik beradik. Kami lahir dari rahim yang sama tapi berbeza ayah.

Sejak aku kenal ragam dunia, aku selalu lihat Along menjadi mangsa amarah ibu tanpa henti, katakan apa sahaja, Along semua pernah merasa. Aku sendiri tidak faham kenapa ibu terlalu membenci Along, bukan sahaja dari fizikal malah dari segi bahasa, macam macam Along dah dapat.

Yang peliknya, kami adik adik yang lain tidak pernah dimarahi, dipukul seteruk Along. Sehingga aku darjah enam aku melihat Along di pukul, di marah tanpa aku ketahui sebab musabab, tapi apa daya aku waktu itu, aku pun budak kecil lagi.

Sampai satu hari, ayah membawa Along keluar dari rumah dan malam itu ayah pulang tanpa Along.

Menginjak dewasa baru aku faham, Along adalah anak luar nikah ibu dengan lelaki non muslim sebelum ibu berkahwin dengan ayah,

Pernah aku tanyakan kepada ayah dan ibu kemana Along, ibu cuma diam tak menjawab apa apa, ayah pula cakap dah pulang Along pada ayah kandung dia. Itu lah kali terakhir aku bertanyakan pasal Along.

Waktu aku di tingkatan 5, satu hari aku pulang dari asrama, aku lihat Along ada di rumah, Along yang berbeza, tidak comot lagi tidak menangis lagi, Along kini merupakan pelajar universiti.

Along pulang ke rumah kami dalam sebulan dua kali bila hujung minggu, setiap kali Along pulang, aku lihat Along cuba berbaik dgn ibu dan setiap kali itulah ibu menolak utk berbaik dgn Along,

Pernah sekali aku lihat Along di herdik oleh ibu kerana pulang ke rumah ibu tapi Along tidak melawan atau menjawab apa pun, dia tetap datang dan setiap kali dia dtg dia minta ampun dekat ibu.

Dalam hati aku, bila masa Along buat salah dekat ibu meh? Ibu yang selalu marah, pukul Along tapi Along sentiasa berusaha berbaik dengan ibu,

Setiap kali nak periksa Along minta doa ibu, minta ampun dekat ibu dan ibu begitulah dan begitulah.. Tetap menolak Along walau beratus kali Along datang.

Bila Along dah mula berkerjaya, Along makin kerap datang dengan alasan minta restu dan doa ibu, dalam beberapa ketika aku lihat ibu masih menolak tetapi semakin lama aku lihat ibu mula menerima kehadiran Along di rumah.

Along lebih kerap pulang walau tidak duduk serumah dengan kami, dia sentiasa datang dan datang dengan buah tangan untuk ibu dan kami adik adik dia. Bila Along ada masa bercuti dia bawak kami sekeluarga pergi bercuti, katakan kemana pasti Along bawa.

Satu hari, aku memberanikan diri bertanya kepada ibu, bestkan ibu, ibu dah berbaik dengan Along! And cube teka ape ibu jawab.. Ibu cakap kalau tak sebab Along kau banyak duit, takkan ibu bagi dia dtg sini!

Rupa nya Along sentiasa memberi ibu duit, belikan ibu macam macam, sponsor percutian, belikan aset untuk ibu. Oh ibu! Aku tak tahu nak riaksi bagaimana.

Aku lihat Along masih sama, senyap melayan ibu dengan sepenuh hati, dalam diam rupanya duit poket kami belajar pun di taja oleh Along. Hebat sangat ke kerja Along sampai mampu tanggung banyak banyak!

Tapi aku lihat Along pakai baju biasa, kasut biasa, kereta pun kecil aje. Tak pula nampak Along bergaya mewah. Selama Along keluar bersama aku, membawa aku beli barang barang belajar, tak pernah nampak Along beli barang mahal, minum kopi kopi hipster. Betul ke Along banyak duit?

Biarlah janji Along belikan semua yang aku mahu! Jahatkan?

Waktu Along outstation di kedah, Along pernah ambil aku di kolej kediaman di melaka, hantar aku pulang ke rumah dan kembali ke kedah sejurus itu!

Bila aku tanya kenapa Along tak masuk tidur dulu! Along cakap dia tengah kerja, ibu call cakap adik tertinggal bas balik kl minta Along ambil adik hari ni juga. Ah! Mesti Along penat..

Bila kerja Along semakin sibuk, Along dah jarang pulang tapi setiap bulan Along akan spend masa cuti untuk bawa kami sekeluarga berjalan jalan makan makan di mana mana sahaja.

Aku akui Along sangat pendiam, baik dan tidak pernah melawan. Kalau aku tanya, Along tak marah ke apa ibu buat dekat Along? Along cuma tersenyum shj.

Dalam usia Along, Along pernah hampir berkahwin tapi pertunangan diputuskan kerana status Along sebagai anak luar nikah selalu menjadi isu kepada keluarga lelaki yang berkawan dengan Along.

Aku lihat sedih Along tapi kami cuma berdiam diri, sebenarnya mungkin kerana aku tak tahu bagaimana untuk pujuk Along atau aku sendiri tak tahu bagaimana harus aku beri nasihat! Iyelah aku kan adik.

Setiap kali Along bersedih dia akan pulang ke rumah ayah kandung dia. Yang aku sendiri tak kenal siapa.

Satu masa, Along hilang dari radar begitu lama, aku rasa hampir dua bulan aku tk dengar khabar Along, tidak datang rumah.

Bila aku tanya ibu, ibu cuma cakap tak tahu. Bila aku tanya ayah, ayah beritahu, ayah kandung Along meninggal dunia. Oh Along dalam fasa berkabung atas kematian ayah kandung dia.

Beberapa waktu, keadaan kembali normal, Along bekerja, selalu pulang rumah kembali sampai dia dihantar bertugas ke ipoh.

Di ipoh Along mengalami kemalangan yang parah, aku lihat Along bangkit dari semua kesakitan dia, dari terbaring di icu sehingga dia kembali berjalan!

Hampir setahun aku lihat Along berhempas pulas untuk pulih. Aku sangat kagum dengan Along ketika itu, Along try to wake up every single day tanpa putus asa and setelah hampir setahun Along kembali pulih. Walau tidak secergas dulu tapi semangat Along sangat mengkagumkan aku.

Ibu? Entah lah, yang ibu selalu tanya duit Along sahaja, sekejap sekejap duit. Aku rasa Along jadi mesin atm bergerak ibu. Kadang kadang nak je marah, Along sakit kot! Yang aku lagi marah, Along tetap bagi tanpa culas!

Bila Along kembali bertugas, Along bertukar tempat kerja dan memilih duduk di pinggir bandar, di sana Along beli rumah kecil untuk diri sendiri, weekend kadang kadang kami adik beradik datang berkumpul di rumah Along!

Rumah Along best oo.. Banyak buku macam library! Banyak mainan! Ader gundam, ada anime figure, ada hot wheels, ada garden backyard, ah masa tu pertama kali masuk rumah Along. Macam sangat sangat teruja! Rupanya Along suka benda benda details! As her roles as designer!

Satu hari, aku lihat Along pulang rumah mencari ayah. Aku lihat Along menangis nangis di kaki ayah dan ibu dan selepas itu aku lihat ayah dan Along keluar bersama. Ibu cuma memandang dengan pandangan sepi!

Aku tak tahu itu pandangan kasih seorang ibu atau pandangan kasihan atau bagaimana, memang aku tak dapat tafsir apa apa dari pandangan ibu dan ibu cuma berdiam diri dan sama seperti dulu, ayah pulang tanpa Along malam itu! Ke mana Along?

31/5/2024 – ayah beritahu Along dah meninggal dunia dalam rawatan. Rupanya Along pesakit kanser. Ayah kesal sebab benarkan Along pergi malam itu!

Rupanya Along tengah kecewa ditinggalkan lelaki yang sangat sangat di harap untuk bersandar, Along ditinggalkan kerana dia ada kanser! Kejamnya lelaki itu!

Ibu? Ibu tiada respon diam sepi! Satu pun peninggalan Along tidak ke ibu, semua Along wakafkan. Aku? Aku rindu Along, rindu cerita dia, rindu nasihat dia, rindu gelak dia, tapi aku lebih kepada marah pada ibu, pada lelaki yang buang Along!

Ye jangan la cakap memang takdir! Memang aku akui ini semua takdir tapi kenapa sekejam ini Along di perlakukan! Kalau la aku tahu, pasti aku layan Along lebih baik, pasti aku belanja dia jalan jalan macam mana dia belanje aku.

Al-fatihah Along!

– Imma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *