Assalamualaikum warga iium confession. Thanks admin kalau confession aku disiarkan.
Sebenarnya aku nak bercerita. Bukan perihal aku tetapi perihal abang aku. Aku ada seorang abang yang setahun tua dari aku. Dia pelajar bijak, UPSR sampailah ke SPM straight A. Matriks pun dia hampir 4 flat. Aku bukan nak cerita pasal kebijakan dia tapi aku nak cerita kisah hidup abang aku.
After matriks, dia dapat sambung di Universiti Awam agak terkemuka, bidang yang agak popular yang menjamin kerjaya yang cerah. Hampir 2 tahun dia belajar, tiba2 terhenti di tengah jalan. Betullah kata orang langit tak selalunya cerah. Ayah aku dipanggil untuk jumpa lecturer dia untuk keputusan lebih lanjut. Aku sekeluarga sebenarnya terkejut dengan panggilan tu. Yalah, selama dia belajar tak pernah dia bangkitkan masalahnya.
Aku ingat semuanya berjalan lancar tetapi tidak. Lecturernya beritahu yang dia tidak datang kelas, tak buat assignment. Result peperiksaan dia pun teruk. Bila ditanya, dia hanya diam. Seperti memendam perasaan. Masa ayah aku datang ke universiti dia, dia menangis teresak-esak. Kecewa mungkin. Tapi lagi kecewa kami ini yang mengharapkan dia mendapat segulung ijazah.
Kemudian, kami bawa dia pulang. Lectereur dia nasihatkan untuk dia bercuti selama satu sem. Aku sangka dia hanya berehat selama satu sem. Masuk sem yang kedua, tak juga pulang ke universiti dia. Rupanya dia sudah berhenti terus. Sia- sia 2 tahun dia belajar.
Awal2 dahulu kami agak marah dan kecewa. Tapi sudah 2 tahun dia berhenti belajar. Dalam masa tu juga, aku tanya apa masalah dia. Nak berkongsi masalah tapi dia tetap diam. Masalah abang aku ni satu je, dia tak pernah meluah. Puas aku tanya, puas aku slow talk. Marah sudah, nasihat sudah sekarang aku hanya mampu berdoa agar dia sambung belajar lagi. Bukan apa dia pelajar bijak dikurniakan Allah otak yang cerdas.
Abang aku jadi terlalu pendiam lepas mak aku pergi. Pergi meninggalkan kami semua selama-lamanya. Abang aku rapat dengan mak aku. Walaupun mak aku garang, ´bantai’ kalau dia nakal, tetap dia manja dengan mak aku. Mak aku pergi masa abg aku belajar matriks lagi. Mungkin masa dia belajar di universiti, dia rasa kosong dan putus asa.
Tiada lagi tempat untuk dia mengadu. Tiada lagi tempat untuk dia bermanja. Aku kesiankan abang aku sebenarnya. Tiap kali aku berdoa untuk dia, risaukan masa depan dia. Aku syak abg aku ada depression masa belajar tapi dia pendam dan ambil keputusan untuk abaikan semuanya. Sampailah dia terpaksa berhenti belajar. Aku rasa mesti dia dah dapat segulung ijazah kalau mak aku ada lagi. Tapi itulah qada dan qadar Allah.
Entahlah, aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi. Tiap masa, tiap tahun aku tanya dia taknak sambung belajar lagi ke. Tapi dia diam seribu bahasa. Kunci mulut terus. Aku tahu dalam hati dia ada berbakul perasaan menyesal, tapi aku cakap move on bina hidup baru tapi tulah dia still macam tu lagi. Aku dan keluarga support dan galakkan dia untuk teruskan belajar. Aku sampai nasihat dia untuk pergi jumpa pyschiatrist sebab aku tak tahu nak bantu dia macam mana lagi.
So, untuk pembaca iium tolong beritahu aku cara nak bantu abang aku selain berdoa. Dan kalau boleh tolong doakan dia sekali. Selain tu, aku mohon korang semua tengok- tengoklah kawan- kawan, ahli keluarga dan adik beradik. Mungkin diantara mereka perlukan pertolongan, takpun mereka perlukan seorang pendengar untuk meluahkan masalah mereka.
Dan kepada sesiapa yg ada masalah, tolonglah luahkan. Cari cara untuk atasi kesusahan anda, cari rakan carilah sesiapa sahaja yang boleh mendengar. Janganlah pendam masalah itu seorang diri kerana beban yang berat itu anda yang tanggung.
– Nana
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit