Hai. Salam Ramadhan semua. Thanks admin sudi share kisah ini. Mulanya pulang ke kampung untuk hilangkan gundah di hati tapi rupanya menambah beban yang sedia ada.
Hidup saya ni memang kerja menumpang sana sini memandang hidup di ibu kota sangat mencabar dan sarat. Saya menumpang rumah famili suami. Kisahnya bermula disini.
Setelah mencecah 5 tahun berkahwin. Terkeluar akhirnya yang saya hanya seorang isteri bukan menantu didalam famili suami. Pelbagai isu diucapkan membuat saya bawa diri bersama anak ke rumah orang tua.
Hampir 5 6 bulan saya dirumah famili sendiri. Segala urusan rumah saya lunaskan kerana hanya mampu sumbangkan tenaga dan kedrat. Sedangkan nak membeli pampes pun meminjam sana sini sementara menunggu gaji suami. Namun..
Ingatkan segala apa yang dibuat dapat membantu. Saya silap. Rupanya menambah beban. Isu api dan air melonjak seolah kedatangan kami dua beranak hanya bikin banyak perlu dibayar.
Saya rasa sedih dan kecewa apabila saya share rupanya banyak yang jadi perbualan antara adik beradik bersama ibu. Ya. Saya memang tak mampu keluarkan not hijau atau ungu pada orang tua tapi segala apa saya buat ini rupanya itu hadiah saya terima.
Hanya kerana saya sering bangun lewat kerana itu sahaja me time dan anak saya bukan jenis tido awal. Tidonya tak menentu dan lewat pagi. Kerja di rumah takkan pernah habis dan celik mata saja dah urus segalanya.
Anak. Maafkan ibu selalu abaikan kamu hanya mahu pastikan rumah bersih. Tiada longgokan kain dan pinggan di sink. Tiada bau yang menyakitkan hidung. Usai semua baru ibu uruskan keperluan kamu.
Adik selalu kata. Ibu jenis apa selalu buat anak begitu tapi die lupa. Segala urusan rumah bulat2 diserahkan pada saya. Ya memang saya ibu takguna. Cuma pentingkan hal rumah berbanding anak sendiri.
Kerana sedar diri menumpang. Saya buat segalanya walaupun penat dan letih. Ibu sudah tua bukan kuat lagi. Saya galas tanggjawab ibu kerana pikir akan keuzurannya.
Belum lagi isu makan. Tak pernah minta yang bukan2 kerana takda duit tapi hmm. Apabila berkaitan rumah dan famili sakit. Saya utama dicari. Yela sapa yang pandang semua tu kan bila rasa terbeban.
Hendak mengadu pada suami. Siang penat berkeja mencari rezeki. Malam pula menjalankan amanah di masjid. Rasanya menambahkan beban padanya jika mengadu domba.
Nak lari? Kemana saja timbul pulak isu keja menumpang dan hanya mengganggu kehidupan orang lain. Dahulu masa di ibu kota. Dinding sahabat baik. Kerana tidakkan menikam saya dari belakang.
Manusia. Saya dah takut dan tak berani nak share apa lagi. Cukuplah terasa seperti malang tak habis dari bujang hingga menjadi ibu. Mungkin selamanya kisah hidup saya sebegini tanpa ada tulus kasih yang ikhlas dan bahagia.
Seorang surirumah yang membebankan.
– NA
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit