Aku Lisa, balu kematian suami, sudah 1 tahun lepas suami diambil. Untuk pengetahuan, aku seorang yang cantik. Walaupun usia 40an. Putih dan gebu. Orang tak percaya aku anak 3.
Di pejabat, lelaki2 memang tergilakan aku walaupun masa aku berstatus isteri sebelum ini. Termasuk suami-suami orang. Badan aku selalu dipuji pandai jaga body dan sebagainya.
Bila suami dah meninggal orang tahu aku balu, lagi lah menggelepar lelaki nak try termasuk clients aku. Balu kan orang lebih suka dari janda.
Sebab janda ni cerai hidup mesti dia pun bermasalah dalam perkahwinan terdahulu. Dan janda biasa orang cop agak murahan. Beza dengan balu. Lelaki memang kejar balu.
Biasa bila tahu single mum, lelaki akan tanya pisah hidup atau mati? Bila tahu pisah mati, wahhh bersinar-sinar mata mereka.
Jadi faham kan maksud aku kat sini. Fahamlah kan macam mana kedudukan janda berbanding balu, dalam masyarakat. Balu lebih disukai lebih kurang macamtu lah.
Kalau bab hulur bantuan pun, tak nafi memang melimpah ruah terutama bab kewangan. Sebab orang mudah kasihan dengan balu. Dah rezeki, jangan cemburu pula ye wahai janda semua.
Tapi kasihan juga tengok janda-janda struggle besarkan anak sebab dari segi bantuan, orang tak beri perhatian pada mereka.
Eh maaf melalut pula aku pasal ni. Aku cuma nyatakan apa yang aku nampak je. Dan nak bagitau balu macam aku memang jadi buruan lelaki.
Anyway, dalam ramai yang mengejar, aku memang pilih betul-betul takkan nak pilih yang biasa-biasa je. Hehe
Antara berpuluh yang try tu, aku tertarik dengan someone ni. Aku namakan Mr R. Kedudukan sangat tinggi dalam satu company ni. Kira dia client boss aku lah. Suami orang huhu. Maaflah rasanya kena kecam ni.
Tapi orang tak berada di kedudukan aku. Ingat senang hidup tanpa suami? Rasa dulu baru bercakap okay.
Orang tak tahu betapa susahnya jadi single mum. Besarkan anak. Harta peninggalan suami ada tapi entahlah tak pasti boleh menampung tak sampai tiba anak bekerja nanti.
Aku pula dah biasa dimewahkan oleh arwah suami. Jadi yang nak jadi bakal suami aku mesti lah yang berkemampuan juga.
Mula lah episod perkenalan aku dengan R. Sehingga kami akhirnya terlanjur. Aku tak kisah dikecam.
Kau orang kalau jadi ibu tunggal kau orang baru tahu betapa gelora nya perasaan dan kesunyian. Lagipun bagi aku takde yang luak. Bukan aku anak dara yang kena jaga dara pun.
Aku rasa bahagia selepas sunyi kehilangan sayapku sebelum ini. Hampir setiap hari sebelum balik ke rumah, kami check in sekejap. Anak-anak aku semua nya di asrama ye. Jadi memang aku keseorangan.
Jadi aku tak curi pun masa R bersama family. R tak keluar jumpa aku bila dia bersama family di hari cuti. Cuma 1-2 jam selepas office hour sahaja.
R akan berkahwin dengan aku. Isteri dia dalam fasa perimenopause. Umur baru 45 tapi sudah berada pada fasa itu, kasihan juga.
Jadi wife dia dah sangat hilang nafsu tak boleh layan dia. Tapi aku cemburu juga sebab wife dia sangat dimewahkan dengan segala macam benda.
Jangan label kami curang ye. Kami nak halalkan hubungan jadi suami isteri sah, jadi tiada istilah curang di sini. Perempuan di luar sana cukuplah menghina poligami jangan sampai menafikan hukum Allah.
Apa yang aku ingin sampai kan kat sini,
Janganlah kecam jika someone yang kehilangan suami nak kahwin semula cepat-cepat.
Ada balu yang terpaksa menahan keinginan sebab masyarakat kecam mereka jika ingin kahwin semula dengan cepat. Kami manusia biasa ada keinginan.
Sementelah lelaki-lelaki pula memang memburu kami, apa salah nya antara ramai-ramai tu kalau ada yang bagus, dipilih sebagai calon suami kan.
Doakan jodoh aku dengan R ye, dia ada pakej lengkap yang aku idamkan. Ada rupa, baik, berharta juga menjamin masa depan aku dan anak-anak.
Aku juga ingin bertaubat dari dosa dengan R.
Maaf perkongsian aku sangat ringkas. Tak pandai pula nak mengarang.
– Lisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit