Assalamualaikum readers & admin. Thanks sebab approved confession aku utk kali ke-2. Confession aku yg pertama tentang kisah aku, seorang ibu tiri.
https://iiumc.com/kisah-seorang-ibu-tiri/
First of all, aku sangat-sangat berterima kasih pada readers yg komen. Terima kasih terima kasih terima kasih. Banyak kata-kata semangat yg aku dapat. Demi Allah, aku sangat hargai. Ada komen yg betul-betul triggered my sense. Yg buat aku berfikir lagi dan lagi dan lagi. Berfikir dgn positif. Strangers are sometimes more closed to us, right?
Dan of course ada juga komen yg mengecam. It’s ok. Aku ambil sebagai teguran utk aku & supaya aku boleh berfikir balik kekurangan & kelemahan aku sebagai ibu tiri.
Ada beberapa hal yg ingin aku jelaskan kat sini. Mungkin post pertama aku nampak lebih kepada luahan aku tentang pengorbanan aku, ketidakpuasan hati aku. Sampai ada yg mempertikaikan keikhlasan aku dalam menjaga anak-anak suami aku.
Ingin aku jelaskan salah faham tentang tujuan aku menulis pada post yg pertama. Tujuan aku cuma sekadar ingin berkongsi keadaan aku yg berada pada kedudukan yg dipandang negatif oleh masyarakat. Mungkin ada ramai yg berpengalaman buruk dengan mak tiri. Banyak kisah-kisah yg kita dengar dari anak tiri tentang keburukan & kekejaman mak tiri. So my story is the other side of it. Yg jarang dilihat & dirasa. Utk sama-sama baca supaya yg negatif dapat dikurangkan, yg positif dapat diterapkan. Demi Allah, bukan tujuan aku utk readers judge mak kandung diorang atau abah diorang. Tapi ada sesetengah case aku perlu elobarate sikit pasal diorang supaya readers faham situasi waktu tu. That’s all.
Takde langsung aku sebut pada post pertama aku yg mak diorang tak sayang diorang. Taknak jaga diorang. Yg aku tulis, mak diorang taknak jaga diorang dalam jangka masa lama contohnya bila cuti sekolah 2 minggu, sebulan. Mak diorang taknak jaga for the whole school holiday. Sebab memang mak diorang nak bebas. Itu apa yg mak diorang sendiri pernah bagitau masa minta kitorang datang ambil budak-budak tu. Mak dia cakap ada banyak urusan & susah nak bawak budak. Pernah beberapa kali mak dia bagi alasan ikut boyfriend pergi memancing jadi perlu bermalam dalam bot & of course anak-anak tak boleh bawak. I emphasized again, mak diorang tak bekerja. Tapi hujung minggu akan keluar dengan boyfriend (duda anak 3) ke sana sini berjalan sebab tu la dia cakap banyak urusan. Macam mana aku tahu? Dia sendiri yg canang & post gambar-gambar kat whatsapp story. What else can i say? Dalam post sebelum ni, aku tak cerita terlalu banyak pasal aktiviti & life dia, sebab tu bukan tujuan utama penulisan aku. Tapi bila ramai yg salah faham & tak nampak the real situation, so kali ni aku elobarate lebih sikit. Yes of course mak diorang sayang pada diorang, tapi yg aku tekankan, kenapa perlu ajar yg bukan-bukan, terutama sekali ajar anak biadap dengan orang yg lebih tua? Kalau sekalipun aku bukan mak tiri diorang, aku masih orang yg lebih tua. Bukan ke yg tua perlu dihormati regardless of the title?
Ada reader yg cakap aku tak adil sebab pukul canang mak dia tak pandai didik anak, sedangkan anak banyak habiskan masa dgn aku & suami berbanding mak kandung diorang. So tanggungjawab mendidik jatuh pada aku & suami aku. Yes you are right. Sekarang memang tugas aku utk mendidik diorang. Tapi yg aku maksudkan adalah didikan sebelum diorang berpisah. Anak-anak diorang banyak habiskan masa dengan mak diorang since mak diorang tak bekerja & abah diorang bekerja. Isn’t it normal to say diorang ikut acuan orang yg paling dekat dengan diorang masa tu which was their mother? Sadly to say lepas aku & suami berkahwin & ambil diorang dr jagaan mak kandung diorang, peralatan penjagaan diri memang takde langsung dia bagi. Bila aku tanya budak-budak tu berus gigi mana dia cakap takde. Bila aku tanya habis sebelum ni bersihkan gigi macam mana, diorang cuma geleng bermaksud tak tahu atau tak pernah berus gigi. Nah this is what i mean dengan jagaan. Kenapa mak dia tak ajar jaga kebersihan? Masa tu diorang umur 4 & 5 tahun. Selama 4 & 5 tahun bawah jagaan mak dia tapi mana yg kurang tak dipertikai, kenapa aku yg kurang 3 tahun bantu dalam jagaan diorang disalahkan bila diorang tak behave? Aku bukan sepenuh masa dgn diorang, malam je aku ada masa utk cover everything from head to toe.
Yes aku faham budak akan berperangai seperti budak. Aku tak salahkan diorang pun because they just be a kid. Tapi effect pada hati & perasaan aku yg buat diorang terjejas. Rasa prihatin, rasa sayang, rasa ambil berat makin lama makin berkurang disebabkan kata-kata hinaan & fitnah. And I am just being a human, yg akan sedih, down & kecewa bila dihina & difitnah. Natijahnya, sekarang aku pandang diorang tanpa rasa. The feeling just gone. Not that I force it to go. But, by time, it just gone. Aku selalu berdoa utk Allah kembalikan rasa kasih aku utk diorang, utk Allah kembalikan rasa ikhlas aku utk membesar & mendidik diorang. Tapi aku pun manusia biasa, yg perlukan sokongan. Bukan minta pujian, bukan minta penghargaan. Why people, instead of judging my keikhlasan, can you give me support? Hanya ibu tiri yg tahu keperluan sokongan dlm menerima negative vibes dari environment.
Stigma masyarakat guys, that negative stigma towards us, stepmother. Turn it to be something positive. Memang betul, kalau kita marah & pukul anak sendiri, orang takkan pertikaikan. She just give her kids a lesson. Tapi kalau seorang mak tiri marah & pukul anak tiri dengan tujuan utk mendidik, masyarakat akan ada pandangan yg sama tak? 90% no.
Ada ramai yg cakap aku tak mentally prepared sedangkan aku tahu aku berkahwin dengan duda anak 2. Guys, kalau aku tak bersedia, sebelum kahwin aku dah letak syarat supaya anak jangan bawah jagaan suami aku, serahkan je pada mak dia since mak dia pun tak bekerja dan takde komitmen. Nafkah bukan masalah sebab nafkah anak-anak yg suami aku boleh bagi memang cukup utk keperluan anak. Sebelum suami kahwin dengan aku, anak dia dlm jagaan ex wife. Takde masalah nak berjumpa. Komunikasi diorang pun takde masalah. Tapi sejak kami nikah, ex wife dia pertikaikan banyak benda & last konflik tak bagi jumpa anak. Suami aku call pun tak dapat kena block. Pastu ex wife dia sms bagitau takyah call & cari anak lagi, dia dah bagitau kat anak-anak yg abah diorang dah mati.
Dia suh suami aku beranak ramai dengan aku, suruh aku bagi anak berderet kat suami aku, tak perlu peduli dia & anak diorang. Actually masa ni kami tak tau apa masalah dia sampai macam tu. Mungkin dia tak sangka bekas suami dia akan kahwin lain. Sebab right after suami aku inform pasal majlis nikah, terus macam-macam hal jadi isu sampai hal-hal & masalah lama diorang pun ex wife dia bukak balik & jadi bahan gaduh. And for reader’s information, lepas dia putuskan hubungan suami aku & anak-anak diorang tu, dia pisahkan pulak anak-anak dia sesama sendiri. Yg no.2 dia serah pada cousin dia yg tinggal kat negeri seberang laut. Yg sulung dia serah pada mak dia. Bukan niat dia nak jaga, tapi sekadar nak pisahkan suami aku dr anak. Sebab tu suami aku usahakan ambil jagaan, merayu sana sini & semua hal tu, aku support dia sebagai isteri. Aku teman dia cari anak. Ambil anak. Niat aku nak selamatkan diorang dr jadi mangsa perceraian & supaya suami aku tak susah lagi nak berhubungan dgn anak.
Aku bukan musuh mak diorang, mak diorang pun bukan musuh aku. Aku berjodohan dgn bekas suami dia. Adakah itu satu kesalahan sampai dia burukkan aku pada anak-anak dia? Sekalipun aku tak burukkan dia pada anak-anak dia walaupun aku ada banyak peluang. Readers, kenapa ada yg cakap aku burukkan mak diorang pada diorang? Sikit hal mak diorang pun kitorang tak sebut kat rumah. Suami aku, orang yg paling banyak ditunjal-tunjal oleh ex wife even sampai sekarang, tapi tetap cool tak langsung cakap buruk pasal mak kandung diorang pada diorang.
Stigma mak tiri jahat perlu diubah. Tak semua mak tiri jahat & zalim. Tak semua mak kandung baik jaga sepenuh hati. I just wanna be a mother to them. I wont give them spoiled food, i wont beat them for no reason. Mak tiri bukan kaki dera kaki pukul. Thats all i wanna emphasized here. Mana-mana mak yg anaknya ada ibu tiri, janganlah memburukkan especially hal yg tak diketahui. Kalau betul anak awak kena dera, ada bukti, pertahankan. Buat tindakan. Tapi jangan membabi buta. Selidik lah dulu. Apatah lagi hal-hal yg sengaja direka-reka. Kenapa perlu macam tu? Pengasuh pun perlu dibayar utk jaga anak selama 9-10 jam. Mak tiri anak awak tak minta apa-apa bayaran. Makan minum, pendidikan, kasih sayang, masih tak cukup ke? This is not our responsibility. Dalam Al-Quran tak tulis bila mana seorang perempuan berkahwin dgn seorang lelaki duda, maka tanggungjawab membesarkan & mendidik adalah tanggungjawab si perempuan. Apa yg mak tiri buat adalah atas dasar kasih, ihsan, belas. Janganlah dikotorkan dgn fitnah & hinaan. We just try to be a mother. Kasihkan suami, terima apa adanya. Jadi sama-samalah awak pun terima bahawasanya anak awak dah ada seorang lagi mak yg perlu juga dihormati & disayangi. After all, perempuan mak tiri itulah yg siang malam menguruskan anak awak sepanjang anak awak berjauhan dari awak.
Buat anak tiri saya, InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya saya berusaha & berdoa supaya hati saya kembali lembut utk diorang. Saya juga mangsa perceraian, mak saya pun pernah bela anak-anak ayah saya dengan isteri ke-2 (bekas mak tiri saya) selepas ayah & bekas mak tiri saya bercerai walaupun masa tu mak saya bukan lagi isteri ayah saya. Saya pernah ada kat tempat anak tiri saya. Cuma saya beruntung sebab ada mak yg tak burukkan bekas mak tiri saya, tak ajar saya kurang ajar & biadap pada bekas mak tiri, walaupun bekas mak tiri lah punca ayah ceraikan mak. Yes i know that feeling. I will do to the best that i can utk kembalikan rasa kasih dlm keluarga saya. Doakan saya ye.
– Nur
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hi confessor…keadaan kita sama.I am a stepmom juga,berkahwin dgn suami duda anak 2.bezanya suami kematian isteri akibat sakit.
I feel you…bila apa yg kita buat tak dihargai malah dibandibgkan lagi..sedih kecewa semya lah….yg buruk-burukkan sy pulak mertua suami sy (ibu ayah arwah isteri).smp ckp dkt anak² tiri sy kena igt sy ni mak tiri je,rumah keluarga sy bukan kampung diorg,keluarga sy bkn keluarga,mak ayah sy bukan atok dan nenek dan baaanyaaaak lg lah. Instead of menghargai mak ayah sy terima cucu² dia dgn hati terbuka,instead of meraikan kehadiran sy sbg pengganti menjaga mendidik dan menyayangi cucu mereka…mereka pilih utk bermusuh pulak dgn sy,berebut hak penjagaan anak dgn kami…apa yg sy rasa?? Sama spt confessor…drpd rs ikhlas…semakin lama semakin pudar.lbh lg bila ank tiri pun dah pandai membandingkan…and it has passed 5years now…sy juga dah ada anak sendiri dgn suami..tgk anak² sy rapat dgn abg kakaknya buat sy pujuk hati sendiri..kdg ada suami sy pujuk juga..sy serahkan pd Allah swt shj nnt..yg pntg sy cuba sehabis daya upaya sy utk berikan yg terbaik utk semua..ank² tiri sy dan ank² sy..ikhlas biar Allah swt shj yg nilai.
Semoga confessor juga akn menemui damai dlm mendidik menjaga amanah yg diberikan.