Kisah Seorang Yang Bernama Emak

Assalamualaikum hai kawan2, saya Merah (bukan nama sebenar).

Pertama sekali saya mohon maaf jika luahan saya tidak menepati citarasa semua orang, saya tak tahu kat mana nak meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati saya, saya mohon pendapat dan nasihat dari kawan2… 

Selepas kehilangan arwah ayah yang tercinta pada tahun 2022, lepas satu satu kejadian menimpa keluarga kami. Allah tunjuk satu persatu sehingga lah ke hari ini. 

Bermulalah kisah di mana lepas arwah ayah tak ada, mak saya tinggal bersama anak dan menantu dia, memang mereka duduk bersama dari dulu lagi lah senang cerita. Saya dan adik beradik lain pun sudah berkahwin dan duduk asing².

Si anak penagih, si menantu sekejap kerja sekejap tak kerja. Mereka memang dari dulu hingga ke harini mereka tak habis² nak menyusahkan Mak saya. Sampai mak saya sanggup jadi hamba abdi mereka kerana takut kepada mereka. 

Saya dan adik beradik yang lain fikir, bila arwah ayah sudah tak ada, kami mengharapkan si anak dan menantu kesayangan ni boleh tolong jaga, rupanya tolong menghabiskan beras orang tua saja. Hari2 minta duit, hari2 ada je minta itu ini.

Sudahlah mak saya yang menanggung segala²nya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, tolong jaga anak² dia lagi, mereka boleh berfoya², tak pernah keluar duit 1 sen pun.

Selepas itu, bila saya dan adik beradik yang lain menegur, mak saya tak boleh terima, kalau orang lain semua tak betul, tapi kalau anak menantu kesayangan dia ni semua bagus, semua baik, semua elok. Siap pesan pada kami jangan pernah sebok2 hal mereka. 

Bila si anak dan menantu tahu arwah ayah ada tinggalkan tanah yang mahu dijual, mereka sudah pergi pinjam ahlong sana sini, dengan yakin mereka cakap jika dapat duit tanah tu, mereka akan bayar balik pada ahlong. Tetapi Allah sekat rezeki tu kerana tanah itu tidak terjual. 

Selepas itu saya dapat tahu mak saya banyakkkkk simpan rahsia. Rupanya dia ada buat pinjaman bank dalam sepuluh ribu, kononnya untuk diri sendiri, tapi sebenarnya untuk tolong si anak menantu kesayangan bayarkan hutang ahlong tiga ribu.

Kemudian saya juga dapat tahu si anak kesayangan kena tangkap sebab kes dadah, dia juga keluar duit tiga ribu bayar jamin, itu pun bercampur dengan guna duit raya cucu2 dia (anak kepada si anak menantu kesayangan tu), sayang betul mak saya dengan anak menantu kesayangan dia.

Saya banyak kali paksa mak saya jujur tapi mak saya tutup mulut dan menafikan hal itu. 

Macam mana lagi saya mahu buat, mak saya sudah tua sampai bila dia nak kena tanggung semua, sudahlah rumah pun tak habis2 bayar lagi, kereta lagi, ditambah pula bayar pinjaman bank bulan² selama enam tahun,

Umur mak saya tujuh puluh tahun baru habis bayar bank, si anak menantu enjoy saja tak perlu pening² fikir mana mahu keluar duit, sebab mak saya lah yang bayar segala²nya.

Lepas itu mak saya jugalah jadi bibik mereka, keluar duit beli beras hari², beli lauk hari², bila siap masak mereka happy tinggal makan, lepas makan campak dalam singki, Mak saya tolong basuh. Bila ditegur mak tak boleh terima pula. 

Saya kesian dengan mak saya, saya offer dia untuk meniaga, saya tolong mak saya, sambil² tu saya boleh melihat gelagat si anak menantu kesayangan ni.

Wahhh bila mereka dapat tahu mak saya nak meniaga mereka senyum lebar ye, sebab boleh minta duit hari², kadang² tak perlu minta pun mak saya akan bagi diam2.

Tiba tibaaaa mak saya beritahu si menantu kesayangan nak berhenti kerja dengan alasan gaji lambat, aikkkkk sudah kerja berapa lama baru sekarang nak cakap gaji lambat. Mak saya sudah kena bodoh² sama anak menantu kesayangan dia, tapi mak saya tetap sayang. 

Ada satu hal, mak suka cakap buruk pasal customer. Badan besar salah kurus salah, beli banyak salah beli sikit salah, mak saya solat lima waktu tak tinggal tetapi mulut dia mashaAllah, saya banyak sabar layan kerenah mak saya.

Saya mengaku saya pun ada salah, termarah customer kerana tukar duit besar, yelah kau beli makanan RM5 bagi RM100, kami buka warung tepi jalan bukan hotel 5 bintang, hari2 kami akan hadap perangai customer macam tu.

Saya sengaja marah customer, mak saya marah saya balik, mak cakap jangan buat macam tu dekat customer, nanti customer lari.

Saya cakap balik mak hina, body shaming customer depan² sampai muka orang tu berubah mak tak takut pula customer lari. Mak saya tak boleh terima juga apa saya cakap. Tetap dia nak menang. 

Tolonglah saya macam mana saya nak bagi mak saya sedar, saya penat, penat sangat nak nasihat mak saya ni, saya tak tahu sampai bila saya boleh hadap perangai mak saya ni,

Yang mana nak kecam² lah, yang mana bagi kata² positif, terima kasih banyak², semoga kita semua dirahmati Allah SWT Assalamualaikum. 

– Puan Merah Membara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Sama mcm saya
    Ada adik seorang penagih
    Kalau kena tangkap masuk dalam atau keluar rumah tak balik2
    Bising suruh cari sebab susah hati

    Bila ada kat rumah pun bising jugak mintak duit dia hari2
    (Mak duk makan duit pencen abah
    Alhamdulillah )

    Bila kita teguq
    Dia akan kata
    Tak jadi kat hampa lagi…
    Mcm berdoa pulak kan
    So saya diam saja la
    Ikut mak la
    Malas nak masuk campuq
    Malas nak ambik tau

    Tapi mcmana pun
    Tu la mak kita
    Sabaq la banyak2

  2. Kdg2 manusia bukan ketagih dadah saja
    malah ketagih duit
    kes sama berlaku pd abg sy umur 45,
    gaji kerani penjawat awam sj,
    beli rumah 2 tgkat di cyber
    kereta H,
    bil elektrik wifi, mak sy tlong byrkan
    servis kereta, kereta rosak, minyak kereta minta mak sy byrkan
    ikutkan abg sy tu gaji dia defisit bila byr rumah
    sy xfhm kenapa dgn gaji kecil,
    tp nafsu utk hidup mewah melampau2,
    akhirnya menyusahkan mak sy,
    mak sy tetap bantu, namun abg dtg melawat mak bila tiada duit,
    bila dpt duit dr mak, terus senyap x dtg2,
    apatah lagi si menantu perempuan itu,
    mmg jrg munculkan diri jumpa mak sy,
    tp itulah kehidupan,
    org mcm ni kita ckp apa pun
    degil yak mat, xdpt terima, lg la umur dh lanjut
    hanya berserah pd Allah,
    minta Allah tunjukkan jalan dan beri kesedaran pd dia
    itu sj yg termampu.
    doa,doa & doa,
    rsnya bila suatu hr nti mak dh xda,
    br tersedar langit itu tinggi ka rendah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *