Kisah Seram Aku

Assalamualaikum semua. Terima kasih jika luahan dan cerita aku ini diterbitkan admin…

Maaf, cerita ini adalah kisah seram yang kupahat kemas sebagai ingatan juga kenangan pahit atau manis? Entahlah aku pun tak pasti.

Korang layanlah je ye. Yang pasti ini bukan cerita yang direka reka dan kisah ini benar benar berlaku dalam hidup aku beberapa tahun lepas.

Aku berjaya mendapat kerja yang ramai orang dambakan mungkin. Disinilah bermulanya hidupku. Dengan kata lain, kisah seram yang aku alami di rumah sewa lama selama aku bersendirian pjj dengan suami.

Aku mengandung anak pertama setelah 6 bulan berkahwin. Bermula dari situ, aku berusaha mencari rumah sewa untuk disewa berhampiran dengan kawasan kerja untuk memudahkan aku berulang alik.

Alhamdulillah, syukur… aku dapat menyewa rumah sewa yang jarak perjalanan hanya mengambil masa 10 minit sahaja ke tempat kerja.

Tanpa berfikir panjang, aku terus jumpa tuan rumah dan bayar deposit, dapatkan kunci. Hujung minggu terus berpindah masuk ke rumah tersebut tanpa banyak soal siasat.

Aku akui aku agak noob… hai entahlah… walaupun rumah dipandangan mata kasar kelihatan agak suram seram mungkin. Aduhh. Tapi aku mengaku aku agak berani orangnya aku pun tak tahu, apa yang mendorongku menjadi berani seperti itu…

Malam pertama aku tidur sendirian dirumah sewa tersebut maaf cakap, aku kalau tidur mesti bergelap memang tak suka cahaya tepat pukul 12 malam.

Ketangggggggg! Kedengaran bunyi benda berdentum jatuh menghentam lantai dari luar bilik aku betul betul terkejut terjaga dari tidur terus spontan bukak lampu, keluar dari bilik tapi… aneh! Tiada apa apa.

Seriuslahh. Bunyi bukan main kuat tadi hmmm. Sambung baliklah tidur aku mimpi kut!

Malam seterusnya. Aku iron baju dalam bilik tengah rumah ni ada tiga buah bilik semuanya. Kau bayangkan tengah iron baju, boleh pulak dengar bunyi pintu berkeriuk. Krekkkkkk. Krekkkkk… bunyi ni berulang ulang.

Dan buat sekian kalinya aku sangka anak jiran main pintu bilik agaknya. Husnuzon betul aku

Malah, malam malam lain pun aku diganggu dengan bunyi yang pelik pelik tapi aku tak berani nak cerita dekat suami aku entah apa lah yang aku fikir aduhai.

Dah pindah hadap jela kan janji rumah dekat dengan tempat kerja jimat gila hah! Sudahnya kena ganggu lagi… Bunyi guli.

Aku pun tak pasti tapi bunyi tu macam bunyi guli ataupun duit syiling jatuh atas lantai aduh memang kerap kedengaran siang malam.

Kadangkala, waktu aku penat balik kerja, belum mandi lepak dekat ruang tamu sambil layan mata. Tingggg… tingggggg… tinggggg… Berdenting denting. Dan lagi.

Aku masih fikir tu anak jiran punya kerja main guli! Bodoh takk. Aku pun tak faham apehal pahlawan sangat aku ni! Haha.

Bukan itu saje. Aku pun pernah rasa bila waktu mandi saja. Dalam toilet. Seakan akan rasa macam ada satu hembusan nafas saja dekat bucu telinga aku seram weh. Memang seram.

Kalau mandi saja tak kira masa mesti ada simen kecil kecil dari bumbung toilet tu jatuh atas rambut setiap kali mandi macam tu kenapa ehhh? Puas aku fikir bila pandang atas tak ada apa apa hairan sungguh…

Nak dijadikan cerita, aku ni memang kuat pelupa mungkin pembawakan baby kut. Kalau masak nasi, selalu sangat saki baki nasi dalam periuk tu lupa aku nak cuci.

Kadang kadang beli nasi bungkus maklumlah tinggal sorang sudahnya dua tiga hari jugalah aku terlupa nak cuci periuk nasi. Kau bayangkan. Dua tiga hari. Buka periuk nasi tu. Nasi masih dalam keadaan elok tak basi kau rasaaaa???!!

Dan setiap hari banyak kejadian kejadian aneh yang lain berlaku selama aku menyewa disitu panjang sangat kalau nak cerita semua sampailah aku berjaya beli rumah sendiri dalam daerah yang sama dah nak pindah lama juga aku menyewa rumah tu almost dua tahun kut…

Sampaila aku bersalin anak pertama aku cuti selama tiga bulan. Bila datang balik kau bayangkan aku tinggalkan rumah sewa tu selama tiga bulan. Rumah langsung tak ada sawang, tak ada habuk. Lantai elok elok saja. Seolah olah. Macam ada penjaga! Emm. Pelik!

Suami aku minta aku tunggu dulu dalam kereta, dia masuk nak azankan di setiap penjuru rumah sewa tu. Alhamdulillah, kejadian kejadian aneh dan pelik tu macam, entahla nak cakap dah slow sikit berbanding dulu sebelum aku bersalin.

Tapi… Tadi aku cerita kan. Dah beli rumah baru nak pindah dah. Jadi, lepas rumah siap untuk pindah, aku dan suami kemas rumah clear barang malam tu… rupanya tak habis dekat sini. Ada lagi…

Masa aku tengah kemas lipat baju. Aku terjumpa uban putih. Panjang rambutnya! Aku belekkk. Mak ai. Ni bukan benang. Aku tarikkk. Putus macam rambut kauuu! Nahhh. Memang meremang bulu roma aku habis tegak!

Maksudnya. Yang selama dok ganggu aku tu. Mungkin makhluk halus yang menyerupai orang tua kah?! Ai. Seram lah hai…

Sebelum pindahh, sempat salam salam minta maaf dengan makcik tua jiran depan rumah aku. Dia cerita macam macam pada aku!

Katanya, ada budak bujang pernah sewa rumah tu dulu tapi tak tahan kena gangguan. Gangguan sebijik macam aku kena paling sama part rasa nafas di bucu telinga dalam toilet tu!

Allah…

Alhamdulillah Allah tak bukak hijab aku untuk nampak dia selama dua tahun aku menyewa disitu!

Sampai sini jela eh cerita aku. Jumpa lagi…

– Aima (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *