Kisah Seram Pertamaku

Hi semua, nama saya Ms.Lily (hanya nama samaran) dan saya seorang non-muslim, so please ignore kalau bahasa saya tak sempurna.

Saya ingin nak kongsikan pengalaman kisah seram yang pertama.

Masa ini saya baru berusia 18 tahun dan saya mendapat tawaran sambung belajar ke salah sebuah insitusi di tanjung malim 100% government diploma course and sebelum ini saya tak pernah ada apax2 experinece seram and this is the first time.

Semester 1, saya tinggal di hostel perempuan, blok saya bersebelahan blok lelaki sebelah kiri dan kanan pula ada tempat gelanggang main bola jaring. Bilik saya tingkat 3 dan total ada 4 tingkat dalam 1 blok.

Saya dah lupa nama blok dan nombor bilik rasanyan macam bilik nombor 304 Tingkat 3, ingat lagi sebab saya memang suka tengok budak lelaki main bola jaring sebelah petang and dari Tingkat 3 memang senang nak tengok lah (suka cuci mata).

Kadang-kadang, kita memang ada kelas malam macam kelas tambahan atau kelas ganti memang lecturer kene buat kalau pagi dia tak dapat nak masuk kelas..

And this one time saya pun tak tahu kenapa saya rasa sejuk berjalan kaki balik ke bilik lepas kelas malam saya and memang saya rasa tak safe sepanjang hari tak pasti itu intuition ke apa..

Saya memang jenis yang kuat sembahyang lah kalau orang kita memang kita jenis pegi temple simpan barang2 sembahyang and baca mantra mantra untuk safety purposes.

And malam hari tu, dekat dekat pukul 3 lebih midnight pagi kawan saya yang bilik dia dekat ground floor panggil saya dating bilik dia sebab kawan sebilik dia (roommate) rasa macam dah kene rasuk sebab ada kacau dekat bilik.. perangai dia macam lain la,

And when I went there memang kawan saya tu dah start duduk dekat lantai pukul 3 pagi wey, dengan rambut dia tak ikat (free hair lah), tangan dia keras tengah pengang besi katil dia and menjerit suruh semua keluar..

(First2 saya ingat dia main main sahaja) tapi after that only saya tahu memang kene rasuk sebab mata dia dah ke atas Nampak ceiling and dia macam bercakap dalam Bahasa yang kita tak faham.

Sepatutnya bila situasi macam ni kita kene panggil ketua block and warden tapi salah saya masa tu saya tabahkan hati, saya ingat hati saya kuat dan memang sembahyang kuat, saya start bacakan mantra mantra yang selalu saya baca untuk safety saya.

Situasi dia memang meremang lah tapi saya buat acah2 terlebih pandai, tu lah, saya bacakan mantra memang kawan saya yang Tengah rasuk tu menjerit suruh saya stop dan keluar tapi saya tak dengar teruskan baca mantra tu.

Benda yang kene rasuk tu masa tu terus keluar dari badan kawan saya, benda tu terlalu marah, saya boleh feel aura benda tu tengah marah. Saya jugak boleh rasa yang energy positive saya tengah jatuh dan badan saya rasa lemah and lepas tu saya yang dikene rasuk.

Rasuk tu saya tak boleh nak jelaskan barang apa atau benda apa yang rasuk tapi memang saya jatuh pengsan tak pasti apa yang berlaku, kawan cerita saya start jerit kuat dan terus jatuh pengsan macam tu.

Masa tu memang saya dah mula Nampak semua macam mata ketiga saya terbuka kalau dalam Bahasa lain orang cakap bermata indigo.

The next day night, lebih kurang pukul 7.30pm lebih saya nak turun bawa guna tangga masa tu yang saya dah start feel chill , bulu roma saya naik and tangga yang bersebelahan dengan bola jaring, lampu dia start berkelip2. Hanya sebentar.

And saya start ternampak bayang 2 seorang Perempuan berambut Panjang , muka kaki tangan dia hanya macam bayang2 hitam. dia suruh saya keluar dari bilik yang saya sekarang tinggal Bilik 304. Sekejap je tapi arahan dia clear..

Saya sampai sekarang tak pasti dia cakap ikut Bahasa apa tapi saya tahu dia suruh saya keluar dari bilik tu, Masa tu saya dah start sesak nafas terus turun ke bawah tak naik balik ke bilik saya.

Saya dibawa ke bilik warden, warden block saya baik and memang masa saya explain pun dia dah tahu something wrong.

Baru ada cerita warden bagi tahu bilik yang saya Tengah stay memang dah lama tak ada sesiapa yang pernah duduk and bilik itu dikhaskan kepada something yang kita semua tak boleh Nampak.

Bilik itu tersilap bagi saya dan to my roommate, dah agak memang akan ada kacau tapi tak pasti kenapa start kacau dekat bahagian ground floor bilik kawan saya yang lagi satu.

Mungkin sebab dia nak kacau saya tak boleh, mungkin dia follow kawan saya pegi ground floor sebab memang my roommate masa tu akan stay dekat grounfloor dekat bilik kawan yang lagi satu tu sebab mereka lagi close dari saya and mereka satu kelas and department jugak.

So memang saya dan roommate saya tak sama kelas and department. Lepas insiden tu saya memang dah tak balik bilik tu lagi and roommate saya terus pindah bilik jugak tapi start that day lah saya start tengok everything,

I MEAN EVERYTHING yang hanya saya boleh Nampak dengan mata kasar.. ada lagi cerita, banyak lagi tapi may be cerita tu saya bagi tahu lain kali ye.

Thank you for everyone yang sudi mendengar, tapi 1 lesson yang saya nak bagitahu kepada akak2 adik2, jangan sesekali kalau sesiapa ada masalah disebabkan oleh benda yang kita tak pasti, kita pegi buat pandai baca mantra ke or surah apa2,

Sebab masa kita baca kita punya will power akan kurang dan positive energy kita bagi free kepada orang lain padahal kita tak ada apa2 untuk protection diri sendiri.

Itu je dari saya, sambung part 2 nanti ye.

– Ms Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *