Kisah Seram Zaman Sekolah

Assalammualaikum dan hai! Harini rasa nak cerita kisah seram masa dekat sekolah dulu. Yela asik baca cerita orang je kita pun nak bercerita ye dak haha.

Cerita dia ada 2 tapi aku cerita satu-satu la ea supaya tak pening.

Okay first dulu aku sekolah dekat satu sekolah SMKA dekat melaka ni. Aku tak nak la sebut yela mana tahu ada reader yang sekolah situ.

Aku tak nak la korang takut haha. Tapi cerita aku ni level seram dia biasa-biasa je sebenarnya (bagi aku la).

Masa aku Form 1 (Bunyi ketip kuku)

Cerita dia macamni. Setiap akhir tahun kiteorang akan ada buat aktiviti asrama tau. So kiteorang akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan tapi random la tak ikut dorm.

Bila aktiviti asrama macam biasala setiap kumpulan kena buat persembahan.

Ada satu malam ni group aku buat latihan persembahan tu dan group kiteorang paling last habis buat latihan.

Lepas latihan tu aku iron baju kejap. Lepastu habis iron aku masuk dorm nak tidur. Masa aku nak tidur tu aku dengar orang ketip kuku.

“Ketik” “Ketik”. Aku macam pelik sapa pula yang ketip kuku malam-malam ni sebab masatu aku orang last yang belum tidur.

Aku bangun aku cari sapa yang ketip kuku tu. Tapi takde weh semua orang dah tidur. Lepastu aku buat bodo then aku tidur je sampai pagi.

Masa form 5 (ada “benda” dalam gambar)

Cerita ni pula masa aku form 5. Kiteorang kena buat persembahan untuk jamuan akhir tahun.

Kiteorang (aspuri) buat persembahan multimedia je means record siap-siap then masa hari kejadian just tayangkan aje.

Kiteorang record dekat koridor luar dorm. Lepas dah record semua kiteorang decide nak amik gambar ramai-ramai la kan yela tahun last kan.

By the way, masa kiteorang record ni dekat asrama memang tinggal form 5 sahaja yang lain semua balik wajib.

Okay sambung, then sorang kawan aku ni upload la gambar tu dekat ig. Masa ni aku takde ig lagi haha noob kan aku.

Nak jadikan cerita ada sorang junior kiteorang ni dia nampak gambar tu dekat ig dan dia nampak “sesuatu” dekat dalam gambar tu.

Lepastu dia tanya la kawan aku tu yang dekat belakang sekali tu sapa.

Bila kiteorang tengok balik gambar tu baru perasan ada macam satu benda besar hitam rambut panjang. Kawan aku apa lagi terus padam gambar tu sebab cuak haha.

Sejak daripada kes tu, kawan-kawan aku yang ada amik gambar dekat aras yang sama terus check gambar masing-masing.

Suprisingly memang ada benda belakang dorang, yang aku tak boleh lupa ada satu gambar kawan aku tu ada macam tengkorak rupa dia. Dan aku menyesal tengok gambar tu haha.

Kawan-kawan aku yang terkena ni ada tunjuk dekat ustad kiteorang gambar-gambar ni. Dan yes benda tu memang “benda” tu huhu.

Lagi satu yang aku tak boleh lupa yang tengkorak tu sebab ustad kiteorang kata “benda” tu suka merangkak.

Memang aku terbayang je la masa dekat asrama dan aku decide nak balik rumah sampai habis paper hahaha (masatu tengah spm).

So nak cakap dekat sini kalau kita (terutamanya perempuan) jangan suka-suka sangat lagi-lagi masa malam sebab masa record tu waktu malam. Haha berani gila kan kiteorang?

Kita kena selalu jaga adab kita sebab “benda” tu ada dekat mana-mana. So jaga diri okay? Aku ada cerita lagi sebenarnya nanti aku sambung, hehe.

– Zara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *