Kisah Si Bujang Terlajak

Hi guys! Assalamualaikum WBT. Nama aku Aaron, umur dah nak masuk angka 40. Masih bujang trang tang tang. Ini kisah hidup aku macam mana sampai umur sekarang aku masih bujang.

Tamat sahaja Ijazah, aku ditawarkan bekerja di Singapore. Rezeki sebab bukan mudah dah dapat peluang bekerja Negara Currency tinggi ni kan.

7 tahun aku disana tiada seorang pun boleh dijadikan calon isteri. Mungkin sebab sikap pemalu, tak hensem lepas tu selalu ke laut sebab tuntutan kerja, menjadi asbab mengapa masih menyendiri.

Bila aku kembali ke Kuala Lumpur, ada seorang gadis yang membuatkan hati aku berdengup kencang. Tapi malangnya, dia langsung tidak menerima aku disebabkan trauma dengan lelaki. Aku bertemu pula dengan seorang gadis Kedah, pun sama juga, dia tidak mahu berkahwin kerana benci dengan lelaki.

Aduhh. Aku tidak menyalahkan mereka kerana memang betul punca keretakkan rumahtangga kebanyakkannya dari lelaki. Ayah aku sendiri menjadi contoh, tinggalkan ibu aku disaat masih berpantang kerana mengejar wanita lain.

Bila aku cuba berjanji, mereka akan rasa aku seperti lelaki lain, hanya pandai menabur janji. Apabila aku hadiahkan sesuatu, mereka menolak, dengan alasan duit bukan boleh membeli hati mereka.

Beberapa tahun lepas, aku dihimpit pula dengan wanita gold digger, mula-mula aku fikir, biasalah wanita mesti perlu dimanjakan lelaki. So aku tak kisah berbelanja untuknya.

Tetapi, apabila aku didalam keadaan susah, dia meninggalkan aku. Sedih sangat! Aku jadi pening dengan wanita ni. Yang baik akhlak, yang bukan gold digger, susah dihampiri.

Aku kembali ke kampung untuk mencari jodoh disana, tetapi, aku pula rasakan yang wanita tersebut tidak sesuai dengan aku. Aku ni tak ramai kawan, so selalu masalah tempat kerja, atau masalah peribadi, aku inginkan seseorang yang boleh aku share.

Wanita tersebut memang bagus, lincah buat kerja rumah dan boleh menjadi ibu yang baik, tetapi dia tidak boleh menjadi partner hidup aku kerana dia tidak pandai untuk bersembang lebih-lebih lagi melibatkan hal kerja.

Kadang, kami orang lelaki, memerlukan buah fikiran dari pasangan untuk menghadapi stress kerja. Tapi kalau asyik jawapan “sabarlah”, “doa banyak2”, itu je yang aku dapat, susah juga.

Aku risau, bila aku kahwin nanti aku share pulak masalah aku dengan orang lain. Aku tak mahu dia menjadi mangsa hanya kerana aku ingin berkahwin

Mungkin para netizen akan cakap aku ni memilih, cerewet. Ya, mungkin. Sebab aku tak mahu berkahwin hanya kerana s*ks dan kena ada isteri. Aku perlukan seorang partner or co-pilot dalam hidup aku.

Wanita yang bekerjaya sekarang amat susah didekati, bagi mereka, mereka sudah tidak perlukan lelaki dalam hidup. Cukup berdikari dan kuat. Tapi aku harap satu hari nanti ada yang terbuka hati untuk menjadi pasangan aku.

Doakan aku guys…

– Aaron (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *