Assalamualaikum semua. Mula-mula sekali, terima kasih untuk admin sekiranya coretan ini dipaparkan… Sebab saya tiada platform terbaik untuk memohon pandangan dan nasihat, mungkin kah pembaca iiumc boleh memberi serba sedikit pandangan dan pendapat… InsyaaAllah…
Ringkas mengenai saya, saya Alin berumur dalam lingkungan 30-an, masih belum berkahwin. Rupa paras agak biasa dengan warna kulit yang gelap antara salah satu faktor susah ada yang mahu menjadi kan diri ini sebagai suri hidup.
Biasanya, mereka hanya menjadi kan saya sebagai orang tengah kepada kawan2 saya yang cantik untuk berkenalan dan kadang kala sebagai pemberi nasihat percintaan kepada mereka, takpe la saya redha janji orang sekeliling bahagia.
Jujur, ada yang berkenalan tapi Allah nak uji hati ni mungkin dipertemukan dengan orang yang salah dulu. Saya ditipu ribuan ringgit disebabkan kesian dengan kisah hidup si dia, banyak berkorban mungkin saya buta dengan cinta masa itu namun dihujungnya berkahwin dengan orang lain. Hanya sekadar ucapan maaf dituturkan…
San, saya juga pernah dipertemukan dengan seorang yang saya kira amat baik budi perkertinya tapi akhirnya dia berjodohan dengan sahabat baik saya sendiri. Liku-liku dalam sejarah percintaan dulu yang buat saya terjatuh sehingga ke lowest point of my life, alhamdulilah keluarga penguat jiwa saya. Saya tekad membawa diri ke tempat baru dengan jiwa yang baru demi keluarga saya yang sedih tengok keadaan saya ini.
Allah Maha Kaya. Dia tau saya banyak kecewa. Dengan takdirNya, saya dipertemukan dengan Si Mata Sepet, seorang pemuda cina yang agak pendiam. Mula-mula perkenalan kami tidaklah sebaik mana… First impressions to him? He’s too lonely and alone… Itu yang saya nampak dan atas dasar kesian, saya banyak kali approach ajak dia makan waima bertanya khabar. Susah… Itu yang saya fikir dan almost give up…
Tapi, almost 4 month later… Dia suda mula terbuka hati dan mula talkative dengan saya mahupun orang sekeliling kami. Hidup dia terlalu simple… Hanya di office dan rumah, not typical young men yang mahu enjoy. Dia begitu menjaga apa yang saya boleh buat or not, dari segi makan dan tempat yang saya boleh pergi atau tidak kerana saya seorang Muslim.
Namun, perhubungan kami tidaklah semudah yang disangka.. Banyak pancaroba diawal perkenalan kami dulu… Ramai yang skeptical dan juga mendapat cemuhan orang sekeliling. Setiap kali keluar, orang sekeliling pasti memandang kami tidak kira semua kaum.
Pernah saya dan dia teringin makan di restaurant Chinese food ala buffet di satu shopping mall, saya boleh perasan seorang auntie cina yang merenung tajam kearah saya tanpa berkelip… Pandangan itu trlalu menakutkan saya sehingga saya tidak berani untuk bangun dari kerusi saya untuk mengambil makanan namun saya tidak sampai hati untuk memberitahu dia.
Seakan faham apa yang saya alami, dia bangun dan mengambil seberapa banyak makanan untuk saya dan secepat mungkin juga kami beredar dari situ. Kejadian itu, tak abis sampai disitu saja… Pernah juga kami makan disebuah restauran melayu… Semua disitu adalah pelanggan melayu dan dia seorang la pelanggan cina tapi dia turutkan saja kehendak saya makan disitu…
Saya langsung tidak perasan ada mata yang memerhatikan kami. Dikala dia ingin membayar, mak cik itu turut bangun menyapa dia dikaunter bertanyakan adakah saya ini teman wanita dia? Dia tergaman namun hanya mengiyakan saja dan terus berlalu pergi.
Saya faham dan terlalu faham bahawa orang yang tiada rupa seperti saya ini tidak layak untuk orang yang ada rupa macam dia. Hampir 4 tahun, kami hanya ignore pandangan orang sekeliling dan syukurlah kawan2 terapat kami menyokong hubungan kami berdua.
Di kala keluarga saya amat memahami, namun dipihak keluarganya sehingga sekarang, masih kami rahsiakan. Demi hubungan mereka anak beranak, saya juga turut meminta agar hubungan kami dirahsiakan sehingga sekarang. Mengharap kan masa yang sesuai… entah bila…
Selain itu, hati dia terlalu baik dan juga tertib dengan orang sekelilingnya, wang ringgit bukan segala hal bagi dia selagi boleh bantu dibantunya walaupun berbeza kaum dan agama. Alhamdulilah, kini ramai orang sekeliling menyokong kami dan ikhlas mendoakan kami.
Tiap kala selepas berdoa, ku titipkan semoga Hidayah sampai di hatinya.. Ku setia menunggu andai ada jodoh kita didunia ini…
Doakan kami…
– Alin
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit