Kisah Si Sepet II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kisah-si-sepet/).

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab sudi siarkan kisah saya ini sebelum ini… Saya baca satu persatu setiap komen yang pembaca titipkan dan setiap kata-kata semangat dan positif saya akan sematkan di dalam hati. Alhamdulilah terima kasih sekali lagi…

Sebenarnya, hanya permulaan waktu hubungan ini terjalin sahaja kami dua2 terlalu fikir kan apa orang sekeliling cakap, namun makin lama kami tidak hiraukan keliling lagi.. Setiap hari adalah hari yang positif untuk saya dan dia banyak mengubah saya supaya lebih yakin kepada diri sendiri…

Owh, lupa nak cakap actually dia ni mulut straight to the point sahaja.. Pernah la saya cuba make up over the heel untuk impress kan dia pada malam dinner birthday dia…

Usually, hari-hari biasa saya hanya berkemeja T dan jeans memandangkan situasi kerja kami dua2 di tapak pembinaan. Dia hanya cakap ‘u make up or tak sama je I tengok… just be your own self, the most comfort ones’ sambil dia membebel macam mak nenek sebab membazir wang buat birthday dinner untuk dia….

Kalau saya request bunga sejambak pun dia rela bagi sepasu bunga mawar kampung yang Rm15 sepokok tu. Okay, masa tu memang Krik3.. Ngilu juga dengar but in the same time soothing my low esteem heart that time…he slowly built up my confident level until now…

Cuma, saya tahu ada yang pertikaikan kenapa sudah lama perhubungan kami ini.. Sampai bila baru ada titik noktahnya samada happy atau duka? Tipulah jika saya tidak terpikir untuk memutuskan hubungan ini sebab saya tahu semalam tiada titik noktah…

Pernah bagi hint kepada dia tapi selepas melihat pandangan redupnya jauh sehingga tenggelam dalam lamunan dia… Saya tau dia didalam situasi diluah mati mak, ditelan mati bapak…. Family di sebelah kanannya dan juga Saya disebelah kirinya.

Dia adalah anak bongsu lelaki dan diantara tunggak keluarga. Antara faktor itu lah juga, saya minta dia balik berkerja di selatan tanah air supaya dapat menjaga ibu bapa dia yang semakin dimamah usia dan tidak menyesal seperti saya yang tidak dapat berbakti sepenuhnya kepada arwah ibu saya.

Klimaks perhubungan kami berdua ini ketika arwah ibu says meninggal secara mengejut pada tahun lepas. Jujur kehilangan ini trlalu berat untuk saya tempuhi dan hampir gila sekiranya iman tidak kuat. Separuh jiwa saya sudah hilang ketika ini…

Saya sudah ignore keadaan sekeliling dan banyak menangis.. Si dia juga saya tidak hiraukan langsung dan saya tekad 100% ingin putus kan perhubungan ini dan mahu fokus sepenuhnya kepada mencari balik agama dan diri saya yang dah hilang.

Namun, malam kedua selepas kematian arwah ibu saya, saya bermimpi tercari2 kelibat si dia… Tapi, ada satu suara mengatakan dia sudah mati.. Mati dalam keadaan belum sempat menemui apa itu Nur.. Allahuakbar.. Meraung saya ketika itu memikirkan nasib si dia di ‘alam sana’… Sampai hilang suara saya menjerit memanggil nama dia, saya rayu mohon sempatlah saya tarik dia ke jalan yang lurus..

Ketika itu, saya terjaga dan baru saya sedar basah lencun jugalah bantal yang saya tidur itu. Perasaan anxiety untuk merasai kehilangan sekali lagi itu betul2 buat saya hilang arah.. Mesej dan call dia tak angkat.. Beberapa jam selepas itu barulah berangkat, ketika itu saya cakap saya takkan tinggalkan dia sehingga dengan Kun Fayakun.. Allah izinkan Hidayah muncul didalam hatinya.

Dua bulan pertama selepas kematian arwah ibu saya, saya banyak mengelamun dan ignore walaupun dia ada disebelah saya.. Memang kesian tengok keadaan dia masa tu, tapi dia penyabar.. Tak biarkan saya sesorang. Always check on me.. Dan dia juga tahu bilamana waktu2 saya tetiba depression, secara tiba2 dia akan call to ensure I’m not alone endure this pain. Syukur ini mungkin ada hikmahnya…

Pada minggu pertama, dia sanggup drive ke pantai timur untuk saya dan adik memandangkan both of us tak kuat lagi but we eager to visit our mom grave. Dia terlalu introvert sangat tapi kesungguhan dia berjumpa dengan keluarga amatlah saya hargai sehingga sekarang. Pernah juga, saya cakap mahu cari buku pasal alam barzarh, dia ikhtiar cari dimana2 bookstore untuk saya.

Sekiranya pembaca sekalian fikir ada tak dia terfikir untuk convert? Jujur saya cakap InsyaaAllah, ada peluang itu cuma menunggu masa yang sesuai Dan di izinkan oleh Allah.. Doakan untuk dia.. Actually, dia seorang observer dan pengkaji.. Namun, kekadang ilmu saya terlalu kurang, jadi untuk membimbingnya saya juga perlu berguru dengan kenalan saya yang lebih Arif dalam bidang agama.

Dia pernah bertanya kepada saya kenapa saya kena solat 5 waktu, sedangkan ada kawan dia yang 1 kali sahaja menunaikan. Dan bila waktu puasa, tetiba tengok kawan yang puasa nyaknyok itu biasa bagi dia. Kadang2 bila waktu bulan puasa dia cuba ikut saya puasa, tapi setakat ni half day sahaja.

Pernah jugaklah dia buat perangai puasa start pukul 10malam-10pagi sebab tak tahan lapar.. Dia cakap asalkan 12jam okay dah.. hurmmmm..itu no komen.. Cuma, saya syukur sekarang dia dikelilingi kawan2 malay yang baik untuk dijadikan teladan untuk dia. Sekarang, sempena bulan Ramadhan yang akan tiba, moga2 adalah puasa penuh even 1 hari. Amin…

Ikhtiar dari saya? Ada saya mencari ustaz selebriti yang juga seorang Muslim convert, dia banyak bagi nasihat dan sekarang saya mencari peluang untuk mempertemukan si dia dengan ustaz ini…. Perlahan2… Sebab saya mahu biar ia datang ikhlas dari diri dia sendiri.

Ustaz ini juga membantu seorang saudara baru Muslim kita yang convert ketika Ramadhan yang lepas atas asbab dari perkenalan dengan saudara rapat saya juga, sebab itu saya fikir masih ada ruang dan jalan untuk si Dia kembali kepada agama fitrah.

Doa itu senjata. Saya hanya harap kan doa dari kalian. Moga ada sinar untuk kami… Dan sekiranya kami memang ditakdirkan tidak berjodohan didunia ini.. Ikhlas saya redha cuma saya berharap dia bertemu jodoh dengan nur, yang boleh pimpin dia keluar ke arah agama fitrah… Allahuakbar…

– Alin

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *